#update
Esaimen berlambak, Final exam makin kemuncakk.


//Atiqah Tigertomey


Ya Allah, Sayangi Mereka :)

Thursday, October 2, 2014 @ 9:42 AM | 0 Comment [s]

Okey. Muka bahagia hantar kakak pergi UK.



Tak pernah ku sangka
Aku bisa merasakan cinta sejati
Dan tak pernah benar-benar mencintai
Manusia di bumi ini
Hingga apapun akan ku beri
Untuk kamu, kamu, kamu
Dan tak pernah aku meminta
Balasan semua, semua, semua

Tuhan pun tahu jikalau aku
Mencintai dirimu tak musnah oleh waktu
Hingga maut datang menjemputku
Ku tetap menunggu kamu di lain waktu

Hingga apapun akan ku beri
Untuk kamu, kamu, kamu
Dan tak pernah aku meminta
Balasan semua, semua, semua

Tuhan pun tahu jikalau aku
Mencintai dirimu tak musnah oleh waktu
Hingga maut datang menjemputku
Ku tetap menunggu kamu di lain waktu

Tuhan pun tahu jikalau aku
Mencintai dirimu tak musnah oleh waktu
Hingga maut datang menjemputku
Ku tetap menunggu kamu di lain waktu




"Rabbana Hablana min azwajina wazurriyatina qurratu a'yunin wajaalna lil muttakinna imama"
Wahai Tuhan Kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami , perkara- perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang -orang yang mahu bertaqwa"

Sayangku tak mampu ungkap dengan kata,
Terjemah melalui tingkah, 
Hanya doaku pautkan, 
Untukmu yang tersayang. :)



glitter-graphics.com


Hidup Atas Kaki Sendiri

@ 8:29 AM | 0 Comment [s]



Bismillah. Aucak Semua ! haha. Agak lama sudah aku tak update entri dek lantaran 'busy'nya seorang manusia yang bergelar mahasiswa. Agak dalm setahun jugak aku tak update *kire hari pakai jari* Yup. Percaya tak percaya, aku dah jadi mahasiswa *oush. sungguh jakunlah* haha. Lepas habis STAM aritu, dengan berkat doa ibubapa, kakak abang, abang ipaq dan kucing- kucing sekalian yang berbahagia di rumah, akhirnya aku berjaya diterima masuk oleh sebuah kolej universiti hak milik penuh Kerajaan Melaka.

First, apa yang aku bayangkan setiap kali aku menonton cerekarama yang mana jalan cerita tersebut berkisarkan pasal universiti. Serta - merta otak aku akan imagine these.


  1.   Pakwe- makwe.
  2.   Skandal dengan pensyarah sendiri.
  3.   Gaduh berebut awek/ pakwe.
  4.  presentation.


Nah, nampaklerr yang aku ni tonton banyak sangat sinetron. muehehe. Abaikan. Jadi, apa yang aku nak ungkapkan. Sedarlah dari mimpi. Bangkit dari lena. Universiti tak seindah apa yang korang tengok kat cerekarama. Korang bawak buku tebal-tebal. Jalan berdua dengan pakwe/ makwe. Kelas full-time beb. Tak masuk kelas, kena potong carry mark. Assignment macam tsunami. Datang tak henti-henti.  Adoii. Tutorial lagi.  Kuiz yang bertimbun macam gunung Everest. Presentation tak usah cakap. Bertangguh sampai nak dekat final. Kawan-kawan lagi problem. Berebut nak kawan dengan yang tulah, yang nilah. Group Assingment yang masalah tu. Kita separuh mati buat kerja dua hari berturut, yang dia rilek outing dengan pakwe/ makwe *sila rejam beramai-ramai manusia ini* Dengan kawan sekelas seramai 75 manusia  yang tak sebulu.  Asyik pikir  nak menang je,  Ikut cakap depa je tahu. Jujur aku cakap, Depa akan menyemakkan fikiran korang. *Jahatnya aku* Dan, time tu jugak. Korang akan rasa betapa membazirnya membeli sebuah telepon pintar Samsung Galaxy Tab atau Ipad dan sekutu dengannya sewaktu kerja dahulu kerana korang akan terbeban dengan masalah duit di universiti. Kenapa? Duit penting ya, sayangg. Duit print assignment, duit makan untuk 6 semester, duit untuk shopping *bahaha*. Bagi ibubapa mereka hak kaya tu, tak usah risau kerana duit akan masuk dalam akaun bank setiap bulan. Tapi, bagi aku yang insan serba sederhana ni, akan rasa malu untuk pinjam duit dengan mak ayah. Rasa macam menyesal gila habiskan gaji aku dulu. *er..* Dan, pernah terpikir untuk cari kerja part- time ketika itu. Malu punya pasal nak mintak duit dengan mak ayah. Adehh. Haha. Hidup kat universiti tak seindah cerekarama yang korang selalu tengok kat tv3. Seyes. Kena berdikari. Terjojol otak aku pikir mana nak dapat duit punye problem.

Tapi, apa boleh buat, rezeki aku memang disini. Nak tak nak kena teruskan hidup sebagai mahasiswa. Percaya lah, Allah takkan uji seorang hamba melainkan mengikut kadar kemampuan hambanya. Nah, nak dekat final exam dah pun. Papepun, doakan aku dapat Dekan ne. Nanti tak payah nak bayar duit pinjaman lagi. Jadi biasiswa teruih.. *hikhik*





So, Apa yang aku cerita ni, hanya pengalaman. bukan untuk memburukkan keadaan. Hanya berkongsi. Korang jangan lah pulak lepas ni tak masuk universiti pulak lepas baca entri aku ni. *hoho* Jadi, selamat malam semua. InshaAllah, akan update entri lepas publish entri ni. *hoho* Salam semua. :D





glitter-graphics.com


walimatul urus ke promote ni?

Monday, December 23, 2013 @ 8:19 AM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum again.. *Haha* *semangat making two entry for one day* Okey. Abaikan. Kali ni penulis nak bawa cerita yang kisahnya bertarikh 20 August. Lama tu.Sekarang dah nak masuk bulan 1 Januari 2014 daa.. Haha. Abaikan. Again and again.

So, Kali ni aku nak ceritakan wedding kakak kesayangan aku !! *Muahahaha*. Disebabkan dye seorang je siblings aku yang berjantina Female. So, Aku sayang dye sesangat. *Iyerlah tu.* *buat muka bodek*


Haha. Abaikan. Sekali lagi. Okey. So, Ini pictures baikk punyee. Ada sesiapa perlukan freelancer photographer? Contact him. TokSyu Zul. Gambar dye semuanya superb!


                                                                ececececehh.. sweet~




nampak tak air dah mula pasang? :3



                                                                          the hottest !




alololo..




ada apa bangg? duk intai orang dari tadi?


kan dah terkantoi. *haha*




                                                               wawa duk intai sapa tuh?

#  disebalik gambar, ada jalan ceritanya. :)


# maaf lah. penulis baru perasan gambar ni ada dalam leppi. so, rasa macam tak sedapp gak hati lau tak upload gambar kakak tembam ni. haha. Kenapa perlu aku post mende cenggini ek? Sebenarnya aku duk promote Paksu aku aka freelancer photographer tu haa.. Yang upload gambar banyak- banyak ni just nak tunjuk gambar lawa jepp. haha. anyway tengs to bride because jadi model. haha. Kak Long and Abang Long.. congrets yaa? :3







glitter-graphics.com


Maafkan aku, kawan.

@ 6:26 AM | 0 Comment [s]



Assalamualaikum. Korang.. Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf andai entry kali ni lain dari yang lain. By the way, tetibe penulis amat emotional malam ni. *mungkin pembawaan sad song dalam belog kali ini.* haha.

Bila terkenang friendship kite tahun 2006 dulu membuatkan aku tersenyum geli hati. Tapi, tak sampai beberapa saat aku tergelak, terkekeh seorang diri, air mata ni tak semena- mena keluar pulak. *start dah jiwangg*

Aku nak mintak maaf andai selama mana kita bersahabat sepanjang lima tahun tu, aku ada buat korang terguris hati dengan sikap aku. Aku tahu.. terlalu banyak yang aku buat hinggakan kauorang sanggup buat aku macam ni. Dan, aku akui .. aku bukan kawan yang baikk. Sepatutnya dari dulu lagi, aku tak patut biarkan diri aku macam ni. Aku sepatutnya tegas. serius dengan semua ni. Tapi, bila duduk dengan kauorang. aku jadi lupe.jadi alpa.

Aku teringat time kite fly sama-sama. Dari pagi sampai ke malam tak balik hostel. Lepak rumah kawan dua tiga hari, Then, baru balik hostel.*itupun setelah aku dapat call dari member hostel aku yang mengatakan mak and ayah aku ada datang hostel carik aku. Mampuih arr. kantoi habiss* Pahtu, time kite masak-masak kat dewan makan pukul 2 pagi *actually, bebudak hostel dilarang masak, makan makanan makcik kantin jep. Tapi, disebabkan masakan makcik kantin tu tak sedapp. so, kitaorang bercadang nak masak mee goreng pukul 2 pagi tuh. Dan , finally terkantoi gak dengan security guard yg kebetulan lalu belakang dewan mkn sebb dye nak pergi tndas.*. Pahtu, balik rumah member. Rumah sendiri ada. Tapi, tak balik rumah sendiri. balik rumah kawan. Lepak kat sana hampir seminggu. malam tu, duduk kat tepi jalan raya besar, tengok mat rempit dan minah rempit duk buat action bagaii. Pahtu, masuk keluar hutan.*hutan belakang rumah member* *sempat mandi sungai lagi* Belajar memasak sup ayam sama-sama. Kejar itik dan ayam ramai-ramai. *smpai terlanggar member sendiri*. Serius. Sukar untuk aku lupakan semua ni. Terlalu banyak kenangan. Ini belum masuk kes kitaorang buat hal kat sekolah. Hahaha. *sememangnya kitaorang bebudak nakal.* Excuse me. Jahat dan nakal mungkin sebutannya menyebabkan kauorang nampak macam sama tapi, hakikatnya ianya berbeza.











So, kenakalan kami tetap diteruskan dimana- mana. Di sekolah, Di rumah. and everywhere hinggalah satu hari... Tiba- tiba, aku dilayan seperti tunggul kayu. Puas aku check diri aku. Apa silap aku. Apa salah aku. Dan, aku dah dapat jawapannya. *jawapannya tu biarlah aku dan member je yang tahu* haha.

Tapi, aku tak salahkan diorang kenapa diaorang buat aku macam ni.. Malah aku salahkan diri aku sendiri. Sebabnya ia berpunca daripada aku. Aku yang menyebabkan diaorang layan aku macam ni. Tambahan, diaorang berterusan sakitkan hati aku dengan berkawan seorang perempuan yang mana namanya sebiji dengan nama aku. Atiqah. Dan, tiap kali diorang jalan bersama- sama. Dan, terserempak dengan aku,, mesti diaorang panggil nama "Atiqah". Dan, nak jadikan cerita. aku duduk sebilik dengan perempuan bernama " Atiqah" itu. So, secara tidak langsung.. Member aku suke benar melepak disitu. Mungkin diorang rasa, diorang tak buat apa-apa kat aku. Tapi, aku yang menanggungnya. Aku yang tanggung perit sakit hati ni. Melihat diorang berkawan dengan perempuan tu sama cara time diorang kawan dengan aku dulu.

Aku menangis. Terima kasih kawan buat aku macam ni. Aku takkan lupakan semua ini. Kau orang dah bagi momen manis dan pahit dalam hidup aku. Dan, aku berterima kasih juga kepada mak ayah aku yang tak henti-henti support aku even aku tahu mak ayah aku lah punca semua ini berlaku. Dan, aku tak salahkan mak ayah aku. Malah aku tenkiu sangad kat diorang sebab akhirnya diorang berjaya sedarkan aku yang sememangnya aku ni tak sedar diri dari dulu lagi.*Haha*



time gile-gile.  che'tin. aku. emy. sikin. ena.*dua orang tak de dalam gambar atas alasan balik rumah sendiri*



Jadi, sejak aku berpindah dari sekolah tu, masing- masing bawak haluan sendiri. 3 orang kawan aku tu kena buang sekolah. Ops.. Sorry. Seorang je yang kena buang sekolah. manakala, dua orang lagi tu larikan diri dari sekolah. Jadi, tinggallah dua orang lagi yang bersekolah disitu. Dan, aku pulak. kena pindah sekolah. Tapi tu crte sudah lama. Sekarang diorang dah habis belajar dahh..

Jadi, last from aku. Terima kasih sebab hadirkan kenangan paling indah untuk aku lalui. Untuk aku ingati. Kita gelak sama- sama time tuh memang aku takkan lupakan. Its such a sweet moment! Dan, sekiranya kauorang aka member paling gila-gila pernah aku jumpa dan tak sengaja terbaca entry aku kali ni. Aku nak mohon sejuta kemaafan dari kauorang. Yup! Even, cerita tu dah berpuluh abad tahun lamanya.. Aku still pinta kemaafan dari kauorang. Sebab aku tahu.. manusia. Nobody is perfect. :)


                                                        gonna miss uolls so much.






                                                       



glitter-graphics.com


Mencari Cinta

Saturday, December 21, 2013 @ 11:23 PM | 4 Comment [s]







Angin bayu yang menerobos masuk melalui tingkap bilikku perlahan-lahan menyapa tubuhku yang masih lagi berbaring malas diatas katil.  Jarum jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Tepat. Dan, aku masih lagi berbungkus dengan selimut tebal sejak subuh pagi tadi. Cadang mahu kembali melelapkan mata memandangkan hari ni cuti umum bagi setiap mahasiswa/ siswi yang berada di kolej ini  namun, mataku tetap melontarkan pandangan ke luar tingkap. Membiarkan pandangan menjamu segala kenikmatan yang Dia beri kepada hambanya. Seketika, peristiwa dua tahun lalu berlayar ditubir mataku dan ianya masih jelas dipendengaranku. 
"Maaf Nurul. Aku.."

Aku mengukir senyuman hambar. Tiada siapa dapat menebak rasa hati ini bila si dia berkata begitu. Dia? Mohd Fakhrurrazi. Lelaki yang pertama mengisi ruang hidupku dengan lawak selambanya, tutur katanya yang bersahaja, penampilannya, gelak tawanya, gerak geri jalannya. Semua itu pernah ku tatap suatu waktu dahulu. Rasa bahagia. Namun, kini ianya kosong. Ianya hambar.

"Nurul. Im so sorry. Saya tak ada niat langsung nak menduakan awak. Ianya terjadi so suddenly. Saya tak boleh nak buat apa- apa." Jelas Razi bersungguh-sungguh.  Wajahnya tepat memandang wajahku. Aku cuba menentang pandangan matanya.

"Its Okay. Even kita dah break -up. Saya boleh jadi kawan awak, kan?" pintaku sambil mengharap kenyataannya sebentar tadi dusta semata- mata.

"No. Kita takkan boleh berkawan selepas ni. Remember, Im getting married. So soon." tekan suara garaunya dihujung ayatnya. Nampak lah dia cuba menerangkan situasinya yang bakal jadi pengantin baru tidak lama lagi. Bertuah gadis itu.

Aku tertunduk lemah. Ada air mata bergenang ditubir mataku. Namun ,  pantas aku menyeka sebelum dia perasan bahawa hati ini tidak kuat lagi.

"Selepas saya berkahwin dengan Mia. Kami berdua akan ke UK untuk sambung belajar disana. Mungkin kami balik Malaysia after kami graduate kat sana." jelasnya seolah- olah merancang masa depan kebahagiaan mereka didepanku. Cemburu? Sudah semestinya. Aku menjalinkan hubungan ini selama 4 tahun lamanya. Susah senang, duka lara kami lalui bersama. Kami hampir- hampir mahu berkahwin hujung tahun ni. Akan tetapi, dengan kenyataan yang dia bawa padaku sebentar tadi, nampaknya.. perhubungan kami tidak sampai kemana. Ianya sudah terhenti. Saat ini.

Aku menarik nafas panjang sebelum mengangkat wajah, memaksa pandanganku bertemu dengan sepasang mata yang bakal aku rindui ini.

"Okaylah. Kalau macam tu. Mungkin ini last kite berjumpa. So, kalau wedding card dah siap. Jangan lupa hantar kat aku. Aku pun teringin juga nak tengok bakal bini kau." Gurauku cuba tertawa bahagia. Tapi, ada getaran pada tawaku. Hatiku sakit. Mana mungkin aku cuba menafikan rasa sayangku padanya. Marah? memang benar aku marah. Tapi, untuk apa? Ianya nampak bodoh kalau aku pertahankan sayang ku padanya yang hatinya itu sudah melayang ke wanita lain. Aku akui. Aku bukan untuk dirinya. Bukan milikmu, sayang..

Razi tergelak kecil. Barangkali mendengar aku menukar panggilan' saya' ' awak' kepada 'kau' 'aku' itu terlalu lucu baginya? Entah. Aku sudah hampir tidak mengenali dirinya.

"Okay. Okay. Aku pasti ajak kau datang. Dont worry." ujarnya dengan senyuman bahagianya. Aku mengukir senyuman kelat. Razi.. Kenapa kau langsung tidak memahami jiwa ku? Tahukah kau, hatiku sakit menerima semua ini? Hati aku berdarah. Hati aku luka. Puncanya.. adalah kau sendiri! Why you can smile while I'm here with the behaviors you grieving? 

Suasana sepi seketika diantara kami berdua. Angin yang bertiupan lembut bagaikan mengerti hati mendung ku ini. Ianya menunggu waktu saat hendak hujan sahaja. Razi yang berada dihadapanku menarik nafas panjang sebelum berkata.

"So, selepas ini kita ambil haluan masing-masing. Aku selalu doakan yang terbaik untuk kau..." Dia berjeda seketika. Sebelum menyambung kembali.

" Aku takkan datang lagi dalam hidup kau. Apa yang kita lalui 4 tahun selama ini takkan hilang dalam ingatan aku. I keep all bittersweet in my memory. Dont wanna lose it. So, aku harap.. Kau pun macam tu jugak.." Dia menghela nafas panjang sambil menyeluk poket seluarnya.

"Aku tahu kau tabah orangnya. Kau kuat. So, aku takkan serba salah bila tinggalkan kau."

Aku menahan tangis dalam hati. Menangis semahu hatiku. Namun, ianya tak mampu menzahirkan. Razi, kau kejam! Aku tak kuat ! Aku tak tabah seperti yang kau sangka. Macam mana aku boleh kuat menyimpan segala memori kita bersama sedangkan aku laluinya tanpa kau disisi.

"So, thats all. Kita takkan berjumpa lagi. Aku... pergi dulu." Razi mulai mengatur langkahnya meninggalkan ku pergi. Serentak dengan itu, air mataku mengalir deras. Ingin sahaja aku berlari, memeluk tubuhnya dari belakang dan menjerit agar jangan pergi. Namun, kaki ku seakan terpaku disitu. Cuma apa yang aku harapkan, dia menghentikan langkahnya dan menoleh semula kearahku. Tapi..

Razi mematikan langkahnya setelah dia menapak beberapa langkah. Dia langsung tak menoleh kearahku seperti apa yang aku harapkan. Ianya mengambil masa beberapa saat berdiri disitu tanpa ku ketahui apa motifnya sebelum langkahnya benar-benar meninggalkan aku bersendirian disitu. Aku terduduk. Menangisi pemergiannya.


Cinta tak semestinya indah. Ianya sakit, perit bila dia dah berada didalam hati kita tapi jasadnya entah kemana. Benarlah cakap orang, One of the hardest things in life is watching the person you love, love someone else.



2 Bulan Kemudian,

Langkahku mengahmpiri meja bulat yang disertai rakan-rakanku. Sambil menatang dulang yang berisi nasi putih dengan ayam kari juga air fresh orange itu, aku mengambil tempat disisi Nana.

"Eh, kau dah habis class?" Nana bertanya hairan.

Aku tergelak kecil. " Gila kau nak ada kelas 24 jam!"

Nana, Amira dan Heykal tergelak mendengar ayat aku.

"Mana lah tahu. Kau kan dah rajin sekarang. Asyik berkepit dengan buku je. Mana nak lepak dengan kitaorang dah. Ini pun secara kebetulan je." usik Amira pula. Aku tersengih. Dalam diam, aku tidak menafikan. Hakikatnya aku cuba melupakan Razi yang hilang entah kemana. Lesap bayangannya di kolej ini. Mungkin dah kahwin? Ataupun sudah bertolak ke UK dengan isterinya melanjutkan pelajaran disana? Sejak perpisahan hari itu, sudah tidak nampak batang hidungnya lagi. Walaupun aku tercari- cari kelibat nya mahupun Mia, gadis yang teringin benar aku jumpa. Mereka berdua tiada. Benar lah telahan aku sebentar tadi. Barangkali mereka berdua sudah melanjutkan pelajaran bersama-sama di UK. Aku terkilan. Wedding card yang aku harapkan, ianya tidak sampai kepadaku.

"Alang-alang kau ada kat sini. Jom lepak sat dengan kitaorang." Ajak Nana sambil tertawa gembira melihat aku berada disini. Aku pula hanya mengangguk , mengiyakan. Lama juga kami berbual- bual kosong tanpa tujuan. Aku dengan tiba-tiba teringatkan Razi. Kalau dia ada bersama kami, pasti gamat kafe ini dengan telatahnya. Tanpa sedar, aku tersenyum nipis. Razi, Aku rindu kau. Seketika, bunyi telefon berdering mematikan lamunanku. Aku memandang Heykal yang sudah on call . Riak wajahnya sukar untuk ku tafsirkan.  Buat seketika, Heykal memandangku dengan pandangan gelisah. Aku sudah mengerutkan kening sambil berbalas pandangan dengan Nana juga Amira yang turut perasan dengan pandangan Heykal kepadaku sebentar tadi.

" Macam mana boleh jadi macam tu..? Saya tak tahu apa- apa.. I bet, she dont know too.. Yalah, Yalah. Saya datang. Nanti saya bawa dia sekali. Terus pergi rumah makcik."

Heykal mematikan talian sambil menggeleng kepalanya beberapa kali. Perilakunya meresahkan kami bertiga.

"Asal beb?" tanay Nana ingin tahu.

"Kita kena pergi rumah Razi. Dia dah tenat."

Aku membuntangkan biji mataku. "What do you mean by tenat?" Aku sudah bangun dari tempat duduk ku. Tepat pandanganku menembusi pandangan Heykal padaku. Jantungku mulai berdegup kencang. Hatiku tidak berasa tenang. Maknanya Razi berada di Malaysia! Siapa yang telefon tadi? Isterinya?

" Doesnt have a word to reply. Kita kena cepat." Heykal bangun dan mencapai kunci kereta Myvinya. Amira dan Nana sudah menggalas beg masing-masing. Sedangkan aku? berdiri kaku disitu. Siapa yang tenat sebenarnya? Aku bingung disitu juga.

"Jom Nurul. Kita tak boleh lambat." Jerit Nana yang sudahpun berada diluar kafe. Aku segera tersedar. Dengan pantas, aku mencapai beg sandang dan beberapa buah buku tebal yang berada diatas meja. Langkahku laju menuju kekereta milik Heykal.



Di rumah Razi.

Kelihatan sanak saudara sudah berkumpul diruang tamu. Suasana rumah Razi agak suram dan sepi. Terdengar bacaan ayat suci Al- Quran sayup-sayup kedengaran di telingaku. Atur langkahku makin lemah bila dari jauh terpandang sekujur tubuh yang lesu berada diatas katil. Tubuhnya yang tegap suatu masa dahulu kini cengkung tidak bermaya. Matanya terpejam rapat seolah-olah bayi yang sedang tidur lena. Mulutnya sedikit bergerak menuturkan sesuatu tapi tidak jelas dipendengaranku. Razi! Apakah semua ini? 

Emak Razi, Puan Leha memberikan sedikit kelonggaran pada kami sebaik sahaja terpandang kami berempat di biliknya. Puan Leha dan Suaminya, Tuan Idrus berdiri di sudut hujung bilik sambil memerhatikan kami.

Mataku kabur. Air hangat mulai mengalir deras. Esakan ku kedengaran. Sempat aku berpaut pada bahu Nana. Nana seperti memahami menggosok bahuku cuba memulihkan semangatku kembali. Amira yang berada disisiku cuba menenangkan diriku. Heykal sudah duduk dibirai katil. Merapatkan bibirnya di telinga sahabatnya. Mengajar Razi tentang ucapan dua kalimah syahadah. Perlahan, bibir lesu itu mengikut perlahan. Terketar-ketar bibirnya cuba mengikut dua kalimah syahadah itu. Bibir yang selalu menghadiahkan senyuman pada ku satu waktu dahulu kini sudah tiada! Aku menangis teresak-esak sambil dipujuk oleh Amira dan Nana. 

Seketika, suasana sepi. Tiada lagi kalimah itu kedengaran. Heykal pula hanya menunduk. Aku tahu, dia turut menangis dengan kenyataan ini. Razi sudah meninggal dunia! Aku terus memeluk erat Nana sambil melepaskan tangisku dibahunya. Aku seperti Heykal. Tidak dapat menerima kenyataan bahawa Razi sudah meninggal dunia. Meninggalkan aku. Meninggalkan rakan-rakannya. Meninggalkan keluarganya. Hidupnya.

Saat itu, aku teringat kembali pertemuan kami yang terakhir.

"Okay. Okay. Aku pasti ajak kau datang. Dont worry."

"So, selepas ini kita ambil haluan masing-masing. Aku selalu doakan yang terbaik untuk kau..." 

" Aku takkan datang lagi dalam hidup kau. Apa yang kita lalui 4 tahun selama ini takkan hilang dalam ingatan aku. I keep all bittersweet in my memory. Dont wanna lose it. So, aku harap.. Kau pun macam tu jugak.."

"Aku tahu kau tabah orangnya. Kau kuat. So, aku takkan serba salah bila tinggalkan kau."


Aku terjelepuk jatuh diatas lantai diikuti Nana yang terkejut dengan tindakan refleks ku. Aku menangis semahu-mahunya disitu sambil Nana memeluk tubuhku erat. Puan Leha yang sememangnya mengenali diriku menerpa kearahku dan turut memelukku. Dia menangis. Begitu juga aku.



Selesai menguruskan pengebumian arwah, aku masih lagi duduk diatas tikar mengkuang menghadap tanah kubur yang masih lagi merah. Yang masih lagi basah. Senaskah buku poket Surah Yassin itu ku genggam erat cuba menenangkan hati yang masih lagi berkecamuk dengan apa yang berlaku semua ini. Perlahan anak mataku bergerak melihat Heykal yang duduk berhadapan dengan aku, masih lagi membacakan surah Yassin untuk arwah. Sayu mendengar suara lelaki itu mengalunkan ayat - ayat suci alQuran. Sesekali dia mengesat air matanya dengan hujung lengan baju. Asyik aku ralit memerhatikan dirinya, terasa sentuhan lembut di bahuku.
Aku mendongak. Puan Leha sedang tersenyum hambar memandangku.


"Apa yang dia buat pada Nurul, mak cik tahu. Dia ceritakan semua pada makcik."

"Apa yang dia bagitahu pada makcik? Kenapa dia tak bagitahu dia ada penyakit selama ini?" soalku ingin tahu. Kami berdua duduk di ruang tamu sambil ditemani Tuan Idrus, Nana , Amira dan Heykal pada petang yang suram itu. Anak- anak kecil yang masih belum mengerti dengan suasana sekeliling berlari riang dihadapan kami. Sudah puas mak ayah mereka menegah. Tapi, budak kecil. Apalah yang mereka tahu tentang kematian?

"Arwah hidap kanser usus selama ni. Dia tak nak bagitahu kamu semua sebab dia tak nak bebankan kamu. Mak Cik dan Pakcik pun, mula-mula tak sedar langsung dia hidap penyakit tu selama ni. Tapi, lepas Pakcik jumpa surat medical check-up hari tu, baru kami semua tahu." Puan Leha sekali-sekala mengesat air mata dengan tisu yang berada di tangannya.

Kami berempat mendiamkan diri. Tiba- tiba aku teringatkan sesuatu.

"Mia mana?"

Puan Leha tersenyum hambar. "Mia tiada dalam kamus hidupnya. Mia tidak wujud. Sengaja diciptakan watak Mia supaya Nurul bencikan dirinya sekaligus melupakan dirinya."

Air mataku mengalir semula tanpa aku sedar. Razi. Hebat betul permainan kau. Kenapa kau sanggup menyeksakan diri semata-mata kerana aku? Kenapa kau langsung tak berterus- terang dengan aku selama ni? Kenapa kau perlu jaga hati aku sedangkan diri kau...

"Nurul sebenarnya yang salah. Makcik dah amanahkan Nurul supaya jaga dia baik-baik kat kolej tapi Nurul abaikan. Nurul ingat dia gembira, dia ketawa bersama Nurul, dia sentiasa bersama Nurul, dia bahagia dengan semua ini. Nurul ingat Nurul dah jaga dia dengan cukup baik. Tapi.." keluhku kesal. Aku mengesat hidungku yang berair. Mataku sembap dek menangis sebentar tadi.

Puan Leha segera mengusap jemariku dengan perlahan. " Allah dah tentukan takdir hidupnya begini. Kita sebagai hambanya kena akur. Kita kena ingat. Pada Allah, kita diciptakan dan kepadanya juga, kita dikembalikan. Kita manusia biasa. Kita kena redha setiap apa yang berlaku. Ingat, Allah bagi kita ujian sebabnya dia sayang pada kita. Dia nak uji kita, nak tengok iman kita kuat atau tidak. Dia nak tengok perangai kita sabar atau tidak, ingat ataupun tak ingat kat Dia bila Dia beri ujian dengan pemergian orang yang kita sayang.. Kita kena banyakkan muhasabah diri kita balik." Puan Leha berjeda seketika. Dia kembali mengesat air matanya yang mengalir perlahan. Aku memandangnya simpati. Aku tahu, kata- kata itu tadi lebih ditujukan kepada dirinya kerna aku tahu pemergian anak tunggal kesayangan itu sudah pergi buat selama-lamanya. Takkan pernah kembali.

Giliran aku mengusap jemari tua itu. Simpatiku mengunung.
"Sabar lah Mak Cik, Pak Cik.. Allah lebih sayangkan dirinya. Kita kena kuat." Aku mengenggam jemari tua itu erat. Cuba mengalirkan sedikit kekuatan padaku untuk dirinya walaupun aku tahu kekuatanku tidak sebesar zarah.


Lepas Isyak, kami berempat bersalaman dengan ibubapa Razi. Kami perlu pulang memandangkan masing-masing ada kelas keesokan harinya. Sayu hati melihat hanya mereka berdua sahaja dirumah ditemani sanak saudara yang bakal pulang  ke rumah masing-masing juga.

"Saya akan selalu datang melawat makcik pakcik disini. Tunggu saya." ujarku sambil memeluk Puan Leha sambil diperhatikan Tuan Idrus dan rakan-rakanku.

"Kami dah tiada sesiapa disini. Pada kamu semualah, kami menumpang kasih." balas Puan Leha sayu sambil melepaskan pelukannya. 

Kami berempat mengangguk kecil. Memahami isi hati seorang ibu yang baru sahaja kehilangan anaknya.

"Kami akan selalu datang melawat pakcik dan makcik disini setiap hujung minggu. Anggaplah kami semua ni anak makcik dan pakcik." Ujar Heykal pula. Nana , Amira dan Aku turut mengangguk mengiyakan.

Puan Leha dan Tuan Idrus mengangguk kecil. " Sejak kamu berkawan dengan Razi dulu, kami dah anggap kamu semua ni dah macam anak kami dah."

Kami berempat tersenyum. Senang hati dengan penerimaan keluarga Razi. "Kami pulang dulu ya, makcik pakcik. Assalamualaikum.."



"Waalaikumussalam." jawabku tiba-tiba sekaligus mematikn lamunanku. Sambil bangun dari pembaringan. aku berlari anak dan sempat menyeka air mata yang gugur setitits dua dek teringat peristiwa 2 tahun lalu yang berlayar diingatan sebentar tadi. Pintu bilik dibuka dan terjengul wajah Nana dan Amirah yang sedang tersenyum manis. Kedua mereka lengkap dengan pakaian berbaju kurung. Aku mengerutkan dahi. Tanda hairan.

"Dah lupa? Kan kita dah rancang semalam nak jumpa Mak Leha dengan Pak Idrus hari ni.." Nana mengingatkan ku sambil mencelah masuk kedalam bilikku.

"Woi ! Kau tak mandi lagi? Padan tu lah bilik kau bau masam! Bau ketiak kau lah ni.. Ke bau air liur basi kau?" galak Nana mengenakan diriku. Aku mencebik. Malas mahu melayan.

"Cepatlah siap. Heykal dah tunggu kat bawah dah. Dia cakap, lau kita tak turun sepuluh minit dari sekarang. Dia bagitahu kat semua orang yang kau dengan dia dah kahwin."

Aku membuntangkan biji mataku. Celupar sungguh mulut minah seorang ni. Melihat reaksi ku, Nana dan Amirah tergelak sakan. 

Aku menghampiri meja yang berdekatan dengan tingkap bilikku. Seketika, pandangan ku sempat terarah kearah sebuah frame bersaiz empat segi tepat yang jelas memaparkan diriku dan Heykal yang lengkap berpakaian pengantin.

Siapa sangka, cuti sem tahun lepas akhirnya kami bernikah. Tiada ribut,  tiada hujan, Heykal datang masuk meminang diriku. Dan, sungguh aku tak sangka Heykal pernah menyimpan perasaannya padaku sejak dulu lagi. Aku tersenyum kecil sambil tanganku menyentuh frame itu lama.

"Woit. Cepatlah makcik. Kitaorang dah lama tunggu ni." gesa Nana yangsudah siap pun mengemas tempat tidurku tanpa aku sedar.

"Itulah. Heykal ajak duduk serumah dengan dia, tak nak. Jual mahal." sambung Amirah pula.

Aku menjuihkan bibirku. " Nama pun aku tak habis belajar lagi. Nak buat macam mana? Lagipun, aku malas nak duduk serumah dengan dia, nak buat apa je?"

Nana dan Amirah saling berpandangan. Sengihan nakal bermain dibibir mereka. " Boleh dia tanya kita, dia nak buat apa? Adoi.. Buat babylah. Apa lagi? Kitaorang pun tak sabar nak dapat anak buah ni." galak Nana bersuara membuatkan aku menjegilkan biji mataku.

Nana, You are too much!


Hidup tak seindah apa yang kita bayangkan. Kekadang apa yang kita rancangkan, Allah jua yang menentukan. Macam aku. Bercinta sakan dengan arwah Razi selama 4 tahun. Rupa-rupanya jodohku bukan dengannya. Siapa sangka? Kuasa Allah mampu menggubal sesuatu perkara. Kini, Aku sah menjadi isterinya. Amin Heykal. Suami merangkap sahabat baikku sendiri. Moga-moga dengan perhubungan ini akan menjadikan kami lebih menyayangi antara satu sama lain dengan cara yang lebih halal. Ya. Halal dalam segala-galanya. Awww!

-Tamat-



glitter-graphics.com


Kasih Seindah Syawal

Monday, August 5, 2013 @ 8:13 PM | 0 Comment [s]






"Perjalanan jauh tak kurasa..
Kerna hatiku melonjak sama..
ingin ku berjumpa sanak saudara...
yang jauh di mata.."

Lagu 'Balik Kampung' nyanyian Sudirman yang berkumandang di corong radio memenuhi segenap ruang bas itu. Nurin meletakkan beg pakainnya dihujung kaki. Nasibnya baik kali ini. Dia mendapat duduk ditepi tingkap. Makin terasa nikmat balik kampung bila melihat suasana kampung yang sudah dua tahun tidak dikunjunginya. Sawah padi yang menghijau, angin petang yang bertiupan sepoi-sepoi bahasa, layang-layang dan wau yang bertaburan di dada langit menambahkan keterujaannya untuk pulang ke kampungnya yang terletak di Sungai Aceh, Pulau Pinang. Setelah agak lama dia melanjutkan pelajaran di Uitm, Puncak Alam di Shah Alam selama setahun baru dia berjaya menjejakkan kaki ke kampung lantaran kesibukan sebagai Pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Sosial.

Deringan telefon mematikan lamunannya. Segera dia menjawab panggilan itu bila tertera wajah Ibunya di skrin telifon. Dengan senyuman, dia menjawab.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam Nurin..Kamu ada kat mana tu?"

"Nurin dah ada dalam bas dah. Tapi, bas ni belum gerak lagi. Tengah tunggu pasengger lain."

"Baguslah macam tu. Agak-agak bila sampai sini? Nanti senang mak nak suruh abang kau ambil."

"Erm..Rasanya sampai malam. Pukul 9 kot. Mak cakap je dengan Abang suruh tunggu Nurin kat situ pukul 9. Agak-agak kalau lambat, suruh dia solat terawih kat tengah jalan stesen bas tu ha.." Nurin sempat berlawak.

"Alhamdulillah lah kalau macam tu. Mati Syahid abang kamu kena langgar dek bas, ya?" Sambut Puan Rohana dengan sindiran. Nurin tergelak lucu.

"Mudahan begitulah." Sambut Nurin lagi yang semakin galak tertawa lucu bila terdengar suara abang sulungnya, Akid yang merungut entah apa di corong pemanggil sebelah sana.

"Dahlah. Mak tutup telefon dulu. Nanti bila nak dekat sampai tu, bagitahulah mak. Nanti mak suruh abang kau ambil."

"Okeylah macam tu. Assalamualaikum mak."

"Waalaikumussalam."

Masing-masing mematikan talian. Nurin tersenyum kecil sambil menggeleng kepalanya beberapa kali. Gembira bukan kepalang. Tak sabar mahu melihat ahli keluarganya yang bersetuju menyambut raya disini. Pasti meriah!

"Beg kau ke ni?" Satu suara agak garau menyapa di pendengarannya. Pantas Nurin menoleh kearah seorang lelaki yang sedang berdiri disebelah tempat duduknya. Kemudian, pandangannya tertancap pada beg galas berwarna putih yang dimaksudkan. Segera dia mengambil beg galas tersebut.

"Sorry. Duduklah." Nurin melemparkan senyuman buat lelaki yang agak kasar perilakunya itu.

Lelaki itu mendengus marah. Dia menghempas punggung disitu dengan agak kasar. Nurin menahan geram dalam hati. 'Sabar! Bulan Puasa, Nurin!'

"Pesal kau tengok -tengok aku?" Lelaki itu merenung tajam kearah Nurin.

"Siapa tengok awak?" Nurin sudah hilang sabar. Tolong jangan cabar sifat harimau dalam diri. Merana nanti.

"Apa kau fikir aku tak nampak?" Lelaki itu yang sedang bersandar pada seat , bangun tegak menghadap Nurin.

"Suka hatilah. Lagipun, ni mata saya. Apa hak awak nak menafikan nikmat Allah bulan-bulan puasa ni? Sedar sikit. Cara awak tu yang menyumbang mata-mata tu tengok kat awak. Orang lain pun ada problems tapi, takdelah emo sampai saya yang takde kena mengena dengan awak pun, boleh terlibat.!" 'Nah. Lega. Panjang pulak teks yang aku bagi ni.' bisih hati kecil Nurin.

"Mak nenek." Balasnya sepatah membuatkan mata gadis itu terjegil.

"What?!" Dada gadis itu berombak ganas. Cuma tunggu masa merempuh bagaikan tsunami. Nafasnya menderu agak kasar. Bagaikan hembusan nafas seekor naga didalam cerita Saholin dahulu kala.

"Pekak ke?" Jeling lelaki itu.

Nurin menghembus nafasnya kasar. "Awak ni datang bulan ke? Nak emo tak tentu pasal?"

Lelaki itu tersengih sinis. "Dah takde idea nak balas? Hmm..?"

Gadis itu mencuka. "You know what.. Silence is the best reply to a fool." Nurin memalingkan wajah ke luar tingkap. Meluat duduk disebelah lelaki perengus ini. Emo tak tentu pasal di bulan puasa . Ya Allah, bagilah kekuatan pada ku ini. Kedengaran lelaki perengus itu tergelak sinis. Ahh ! Makin sakit hatinya. Biarkan. Biarkan Nurin. Nyahkan perengus itu dari pandangan kau.


Nurin terbangun bila kepalanya terhantuk pada satu benda yang keras. Sekali lagi matanya terjegil. Benda yang keras dimaksudkan dahi si lelaki perengus itu!. Dia tertidur, hinggakan terhantuk dahi lelaki tersebut. Hah! Ni balasan untuk kau! Mulut celopar sangat kan tadi?! Ambik kau. Nurin tertawa dalam hati. Tawa besar hinggakan tersungging senyuman dibibirnya. Namun entah macam mana, saat itu, lelaki perengus itu membuka matanya dan memfokuskan pandangan ke arah Nurin. Nurin kaget seketika. Kedua mereka berlawanan mata. Agak lama. Masing-masing tidak mahu kalah. Namun,tak sampai beberapa minit lelaki itu bergerak sedikit membuatkan Nurin seperti tersedar. Pantas dia memandang kehadapan. Merah mukanya. Jantungnya berdetak laju. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

"Asal? Kalah? It Should be. You a loser." Lancar ayat itu keluar dari bibir lelaki itu.

Nurin merenungnya kembali. Tajam. Tidak semena, Nurin menghantuk kepalanya pada kepala lelaki itu beberapa kali hinggakan lelaki itu diam tidak berkutik. Mati agaknya. Darah pun sudah keluar meleleh dari celahan rambutnya yang pacak itu. Nurin tertawa besar. Puas hatinya.

"Ada jugak orang gila kat bulan puasa ni,ya?"

Bayangan kejam itu sekaligus terbang dek teguran lelaki itu. Nurin kembali ke alam realiti. Tawanya tadi termati. Okey, dia berfantasi sebentar tadi. Dijelingnya lelaki itu dan memandang ke luar tingkap. Sakit hatinya.

"Woi, kau budak mana, hah?" Soal lelaki itu. Cuba untuk berbual dengan nya. Namun, Nurin diam. Malas mahu melayan lelaki gila disebelahnya. Sekejap mulut celupar habis, mulut bukan main memerli orang. Lepas tu, baik pula. Entah apa yang merasuk lelaki itu hinggakan nak berbual dengannya. Memang gila.

"Woi, aku tanya kau lah."

Nurin menoleh kearah lelaki itu. Lambat- lambat. "Awak cakap dengan saya, ke?" sinis soalan gadis itu.

Lelaki itu tersenyum nipis. "Kau merajuk?"

"Buat apa? Merajuk dengan awak? Sorry. I waste my time."

Lelaki itu tertawa galak. "Okey. Waste my time ,huh?"

Selepas itu, kedua mereka senyap. Macam mumia.




Pukul 6. 30 petang, Bas Ekspress berhenti di Rehat&Rawat Sungai Perak untuk memberi kelonggaran para penumpang untuk beristirehat sebelum menyambung perjalanan selepas berbuka. Nurin bangun setelah mencapai beg galasnya. Dia mahu turun, membeli apa yang perlu untuk berbuka nanti. Dilihat lelaki itu sedang nyenyak tidur sambil mendengar mp3 dari corong headphonenya yang besar bagaikan telinga gajah. Kaki lelaki itu bersilang hebat. Macam mana dia mahu keluar kalau kaki sebesar hippotamus itu menghalang pergerakannya? Dengan selamba, Nurin menyepak kaki lelaki itu sekali. Tiada respons. Aku sepak perlahan sangat ke? Sepak buat kedua kali. Kali ini kuat sikit. Tiada respons juga. Nurin sudah mengeluh. Kenapa? Kenapa? Jangan uji aku dibulan puasa dengan ujian begini,Ya Allah..
Dengan geram dan marah yang bersarang didada, Nurin menyepak kaki lelaki itu dengan kuat hinggakan kaki kiri yang bersilang itu terjatuh dari duk bersandar dengan kaki kanan. Serta merta lelaki itu terbangun dari tidurnya. Terkebil- kebil mata kuyu lelaki itu memandang sekeliling.

"Dah sampai ke?" soal lelaki itu dengan suara serak basahnya.

Nurin tersenyum manis yang dibuat-buat. "Dah. You arrived... at hell." Nurin menekan suaranya sambil menjegil matanya tanda geram.

"Dah sana! Saya nak turun. Nak beli makanan untuk berbuka. Lainlah awak. Entah puasa ke tidak?" Perli Nurin agak kuat menyebabkan mata-mata tersenyum sumbing melihat kedua mereka. Lelaki itu memandang sekeliling kemudian kembali memandang gadis itu dengan renungan tajam.

"Sayang.. apa ni? Awak tu sebenarnya yang tak puasa. Cakap Abang pulak. Abang lelaki. Mana ada period-period ni." Bidas Lelaki itu sambil membalas pandangan 'terjegil' milik gadis itu. Nurin yang berdiri tegak dihadapannya terlopong. Abang? Period? What the...?!

Lelaki itu tersenyum. Dia bangun sambil menyimpan mp3 berserta headphonenya kedalam beg galasnya. Kemudian beg itu disandang pada bahunya. Dia mengerling sekilas kearah gadis yang masih merenungnya tanda tidak percaya.

"Jom sayang.." Senyuman masih terukir dibibir lelaki itu. Nurul mengetap bibir bawahnya. Geram. Lelaki ini sahaja mahu malukan dirinya. Ah ! Memang padan dengan muka aku. Siapa suruh aku kenakan dia, kan diri sendiri dah kena malu. Sepantas itulah, dia keluar mendahului lelaki itu. Sempat dia melanggar bahu lelaki itu. Tunjuk protes sebenarnya. Tak dihiraukan mata-mata yang memandang. Mungkin ini adegan sepasang suami-isteri 'muda' yang tak patut mereka tonton.


SEUSAI solat maghrib, Nurin menjinjing beg plastik yang dipenuhi beberapa bungkus roti, sepaket gula-gula dan satu botol air mineral. Dia berjalan ke arah tempat parkir dimana semua bas terparkir disitu. Namun, kelibat Bas Ekspress yang dinaiki sebentar tadi... macam tiada! Entah kali keberapa, matanya terjegil melihat bas yang dinaiki sudah tiada. Terpusing-pusing gadis itu mencari Bas Ekspress tersebut.

"Err.. Pak Cik ada nampak bas yang balik ke Pulau Pinang tak? Tak silap saya, Nama bas tu Internatioanl..?" tanya Nurin pada seorang pakcik yang duduk di wakaf berdekatan tempat parkir bas.

" Bas tu? Oh.. Pukul 7.15 tadi dia bergerak."

"What?!" Matanya kembali terjegil. Entah kenapa hari ini, kerap kali matanya asyik terjegil.

"Pak Cik biar betul?"

Pak Cik itu mengangguk.

Nurin seperti mahu menangis. Sebak didalam hati cuba ditahan.

"Anak ni, kenapa? Naik bas tu ke?"

Nurin mengangguk lemah. "Takpelah Pak Cik.Saya pergi dulu."


DI BAWAH POHON, Nurin melepaskan tangisan kuatnya disitu. Selamatlah bulan puasa, Kalau tidak, orang yang lalu- lalang disitu pasti seram sejuk dek dengar tangisannya yang berlagu pilu itu di waktu malam itu. Dia menimbang nasib. Sudahlah pagi tadi, dia ditakdirkan duduk disebelah 'lelaki perengus'. Kemudian, kena tinggal bas pula. Pasti Mak risau. Oh ya! Mak ! Pantas itu, dia menyeluk poket seluarnya mengeluarkan Sony Xperia lalu mendail nombor telefon rumah. Lama deringannya.

"Assalamualaikum.."

"Mak!" Terjah Nurin tanpa menjawab salam terlebih dahulu.

"Ya Allah, Nurin.. Kenapa terjerit-jerit ni? Jawab salam dulu nak oi.." bebel Puan Rohana.

"Mak! Tolong Nurin mak.." Nurin sudah tersedu-sedu disitu.

"Kenapa Nurin..?Jangan takutkan mak. Kenapa kau menangis ni?" Suara Puan Rohana Kelihatan risau.

"Mak.. Nurin tertinggal bas."

"Hah?! Tertinggal bas? Ya Allah, budak bertuah.."

"Nurin solat je pun. Tak berbuka lagi ni. Ingatkan nak berbuka dalm bas. Tengok-tengok bas dah takde.. Sengsorang pulak tu..Takde kawan.."
Rengek Nurin sambil memangis tidak henti-henti.

"Nurin kat mana ni? Biar Abang yang ambil nanti."

"Tak menyusahkan ke?" Nurin mengelap airmata dengan telapak tangannya.

"Takkan mak nak tinggalkan kau sengsorang kat situ? Tak bahagialah raya mak tahun ni. Kau satu-satunya anak perempuan mak!" ujar Puan Rohana. Sempat Nurin tersenyum terharu.

"Nurin ada kat R&R Sungai Perak. Nurin tunggu sini. Cakap dengan Abang, terima kasih."

"Baiklah. Jangan pergi mana-mana. Tunggu kat situ." pesan Puan Rohana bersungguh-sungguh.

"Baik mak. Assalamualaikum." Talian dimatikan. Serentak itu, sepasang tangan kekar menghulurkan sehelai tisu. Nurin hanya mengambil tanpa kata. Dikesat hidungnya yang berair. Kemudian, barulah dia menoleh.

"Erk?? Awak?!"

Lelaki itu tersenyum. Senyuman ikhlas buat pertama kali dihadiahkan untuk gadis itu. "Saya pun kena tinggal jugak."




TEPAT PUKUL 11 malam, kereta Hyundai Tiburon selamat berhenti di hadapan mereka. Hilmi, si lelaki perengus itu segera bangun dan membiarkan Nurin jatuh tergolek setelah dibiarkan lama kepala gadis itu 'landing' di kawasan bahunya. Nurin terpisat-pisat sambil mata kuyunya memandang Hilmi yang bangun mencapai beg galas dan beg pakaian sebelum pandangannya tertancap pada sebuah kereta Hyundai berwarna putih. Eh, macam aku kenal kereta ni?. Pintu pemandu dibuka. Dan keluar seorang lelaki yang segak dengan pakaian T-shirt polonya dipadankan seluar jeans berwarna putih bersih. Serta- merta matanya terbuntang luas. Mak Aihh!! Handsome nya!

"Abang !" Nurin pantas bangun dan berlari menghampiri abang sulungnyanya, Akid. Tak dihiraukan reaksi muka Hilmi tika itu, pantas dia memeluk abangnya seerat mungkin.

"Maaflah. Abang lambat. Jalan jam betul tadi. Maklumlah, esok dah nak raya." Akid melepaskan pelukan erat Nurin. Digosok kepala Nurin yang dibalut dengan selendang. Nurin segera mencebik sambil menepis tangan abangnya. Pantang bila tangan kekar itu menggosok kepalanya.

"Jom balik. Hah, kau.. Lama tak jumpa. Bro, whats up?" Akid menghampiri Hilmi dan seperti biasa, mereka melakukan 'shakehands' versi mereka. Nurin melopong melihat kemesraan kedua lelaki itu.
Er..Ada apa apa yang aku tak tahu ke ni?

"Abang kenal dia?"

Akid pantas mengangguk. " Ni kan kawan Abang Azzam."

Rahang milik gadis itu terjatuh dan mengeluarkan lidahnnya yang tergulung panjang. 'Kawan Abang Azzam?'. Buat seketika pandangan mereka bertembung. Segera Nurin melarikan pandangan. Tak sanggup bertatapan lama dengan mamat perengus tetapi mempunyai hati yang baik itu.

"Dia yang telefon abang suruh ambil dia. Kebetulan, dia pun tertinggal bas kat sini. Sama dengan Nurin."

Sekali lagi, rahangnya terjatuh.

"Abang ambil dia? Why?" soal Nurin ingin tahu. Bertaut kemas kedua keningnya.

"Family dia balik raya kat London tahun ni. So, dia tak balik sana dan dia akan raya kat kampung kita." jelas Akid tersenyum nipis.

"Sengsorang?" Soal Nurin sambil matanya sempat melihat Hilmi yang sudah tersegih kerang busuk itu. Hilmi melemparkan pandangan kearah Akid sebelum kembali memokus kearah Nurin. Apa sebenarnya ini? Permainan apa yang mereka mainkan ini? Kenapa Hilmi pandang Abang Akid macam tu sekali? Kenapa dia tergelak sampai macam tu?

"Means, tahun ni Hilmi beraya dengan family kita." Kenyataan dari Akid membuatkan gadis itu sesak nafas. Terkejut. Dia memandang Hilmi yang tergelak tampan. Oh, apakah perasaan ini? Gembira? Excited? Berdebar? Tapi, untuk apa aku berdebar? Dia bukannya makan orang ! Fikiran Nurin bercelaru. Pandanganya terasa kabur seiring kesakitan teramat di kepala. Perutnya terasa perit. Hilmi , si lelaki perengus akan beraya bersamanya tahun ini ?.. Maknanya, lelaki perengus itu akan tinggal sebumbung dengannya! Oh My .. Pandangannya terus kelam.



DARI JAUH, sayup-sayup kedengaran takbir raya di masjid berdekatan. Nurin membelek wajahnya yang pucat di cermin meja solek. Tubuhnya lengkap bersarung baju kurung moden yang dibeli di Shah Alam dua minggu lepas. Seketika, pintu dibuka dari luar menampakkan Puan Rohana yang sudah siap bertelekung.

"Nurin okey tak? Muka pucat je tu?"

Nurin pantas mengangguk. Bersemangat mahu menunaikan solat hari raya. Manalah tahu, tahun ni tahun terakhir dia menyambut Syawal. Siapa boleh jangka? Kuasa Allah.

"Itulah.. siapa suruh tak makan? Kan dah kena gastrik."

"Eii. Nurin makan lah." protes Nurin manja.

"Makan coklat yang Hilmi bagi tu? Mana nak kenyang." Geleng Puan Rohana. Nurin hanya tersengih. Teringat pula mereka berkongsi makanan semalam. Roti, Gula-gula, dan coklat jenama Cadbury. Memang tak kenyang. Tapi, tak mengapalah. Tengok wajah Hilmi pun dah cukup kenyang. Hehe. Erk? Apa kau dah melalut ni, Nurin?

"Dah jom. Pergi makan dulu. Semua dah tunggu kat luar. Kita jalan kaki je lah. Bukannya jauh pun."

Nurin mengangguk. Pantas langkahnya diatur mengekori ibunya dari belakang. Sebaik keluar dari biliknya, matanya meliar mencari kelibat seseorang. Okay. Target sudah dikenal pasti. Lensa mulai memokuskan pada target tersebut. Snap! Matanya menangkap kelibat Hilmi yang sedang bergelak ketawa dengan Ayahnya, Tuan Mansur dan abang-abangnya sekalian di ruang meja makan. Hilmi tampak segak dengan baju melayu Johor berwarna hitam dipadankan dengan seluar jeans berwarna biru lusuh. Alahai.. Hilmi, apa pasal ko handsome sangat? Sekali pandang macam Robert Pattinson. Tapi, dua kali pandang macam vampire pulak dah. Asal ko putih sangat ni?

"Hah, Nurin! Apa pasal duk tercegat kat situ macam public phone? Meh duduk sini dengan kitaorang!" ajak Abang keduanya, Arif sambil menepuk kerusi disebelahnya. Spontan, mata-mata memandang kearah Nurin. Namun, pandangan gadis itu tertancap pada satu. Hilmi. Yang turut memfokuskan kearahnya. Cepat-cepat gadis itu melarikan anak matanya dan menghampiri meja makan. Reaksinya selamba. Tapi, Hanya Tuhan yang tahu bagaimana hatinya saat kini.

"Hah duduk. Nurin nak makan apa?" tanya Ayahnya, Tuan Mansur prihatin.

Mata Nurin melingas kearah lauk pauk yang tersedia ada. Lemang, ketupat, rendang, ayam masak sambal pedas, lontong. Wah!! Kecur air liurnya.

"Nak semua!" jawab Nurin bersemangat. Tuan Mansur hanya tergelak.

"Kalau Hilmi nak tahu, Nurin ni memang kuat makan. Dalam banyak adik beradik diaorang, Nurin ni je lah yang rajin menghabiskan lauk pauk kat rumah ni." terang Tuan Mansur selamba. Nurin sudah tercekik. Cepat dia menyambar gelas yang terisi air sirap bandung lalu diteguk rakus.

"Nurin. apa tu? Tak senonoh betul anak dara seorang ni!" ujar Puan Rohana sambil menggeleng kepalanya beberapa kali. Dia duduk bersebelahan suaminya dan berhadapan dengan anak perempuan tunggalnya.

"Nurin memang macam ni. Kau jangan buat bini ya, Hilmi." pesan Abang Azam, yang merupakan anak lelaki terakhir dalam keluarganya. Spontan, Nurin menendang kaki Azam di bawah meja. Azam sedikit tersentak namun dia hanya mengetap bibir menahan sakit. Kurang ajar punya adik! Nurin melemparkan jelingan tajam pada Azam. Malulah! Jangan burukkan adik sendiri depan prince charming, boleh tak?! Nurin memandang Hilmi. Gulp! Hilmi sedang merenungnya sambil tersenyum tampan.


SEUSAI solat sunat Aidilfitri, Nurin terus pulang kerumah tanpa ditemani sesiapa. Puan Rohana pulang agak lambat kerana sibuk menguruskan jamuan Aidilfitri untuk jemaah masjid begitu juga dengan ayahnya. Abang Akid, dan Abang Arif turut menyertai jamuan tersebut. Dia tidak pasti pula kemana pergi Abangnya yang ketiga iaitu Abang Najmi dan Abang Azzam. Oh, Tidak ketinggalan Prince Charming Hilmi! Hurm.. mungkin duk lepak kat sawah atau main mercun dengan rakan-rakannya yang lain. Ahh, Abang-abangnya tu bukannya betul sangat. Ada je nak kenakan orang. Lebih-lebih lagi hari raya begini. Mercun memang tak lepaslah!

"Poom!" Sergah seseorang dari belakang membuatkan dia melatah secara auto. "Mak kau Hilmi sayang!"

Nurin memandang tiga sekawan yang tersengih kearahnya. Siapa lagi kalau bukan Abang Najmi, Abang Azam dan.. Hilmi!

Wait a sec! 'Mak Kau Hilmi sayang?'. Ohh Tidakk!!! kenapa nama lelaki itu juga yang terkeluar? Wae?!

"Siapa yang Nurin sayang ni? Mak ke Hilmi?" usik nakal Abang Azzam. Nurin mencebik. Tapi, hatinya berdebar kencang. Malu mahu menatap wajah Hilmi yang entah apa reaksinya bila terdengar dia melatah begitu. Segera dia meneruskan perjalanan yang tertangguh. Sementara tiga sekawan berjalan menyaingi langkahnya.

"Hei adikku comel. Tak jawab soalan lagi." Abang Najmi menyandarkan lengannya pada bahu kiri Nurin manakala Abang Azzam memegang bahu kanan Nurin. Nurin buat tak endah.

"Nurin. Nak tahu satu rahsia tak?" bisik Abang Azzam pada telinga Nurin. Nurin pantas menghentikan langkahnya. Dia menepis kedua lengan abangnya. Berat. Macam batu bata. Naik lekuk bahu dibuatnya. Spontan, langkah tiga sekawan itu turut termati.

"Apa?" Tajam matanya menatap wajah Abang Azzam. Lelaki itu tersengih. Dia memandang kearah Hilmi yang mempamerkan riak wajah kosong memandang mereka tiga beradik. Entah apa-apa je mereka ni. Namun, dicuba juga memasang telinga. Takut- takut, kedua temannya itu memberitahu sesuatu yang tidak patut. Naya !

Abang Azzam tergelak kuat. Dia mengangkat kening beberapa kali memandang Abang Najmi kemudian pandangannya tertancap kearah Nurin yang sudah lenguh menunggu.

"Nak cakap.. Yang Hilmi ni sebenarnya.."

"Woi..Ko pehal?!" terdengar suara kasar milik Hilmi di belakang. Lelaki itu menghampiri kedua temannya. Segera ditarik bahu Abang Azzam agar menjauhi Nurin. Hish ! Bahaya! Rahsianya hampir terbongkar.

Abang Azzam tergelak kuat melihat respons Hilmi.Dia menapak jauh dari situ. Dia punyai rancangan sendiri. "Hilmi suka kat kau, dik!" Sambung Abang Najmi tiba-tiba dengan kuat. Hilmi tersentak. Pantas ditarik selipar yang dipakai. Spontan, dibaling kearah Abang Najmi yang sudah jauh meninggalkan mereka. Siot punye member! Kawan makan kawan!. Abang Azzam pula tersengih lebar melihat Abang Najmi berlari mendapatkannya. Nampaknya, rancangan mereka berjaya! Dilihat Nurin Dan Hilmi yang sudah jauh ditinggalkan.

"Hilmi! Balik mintak restu mak bapak aku!" jerit Abang Azzam kuat kemudian berlalu pergi bersama Abang Najmi. Kedengaran hilai tawa jahat mereka berdua.

"Errr..?"
"Erk?"
Kedua mereka kelu. Masing-masing saling melemparkan pandangan kearah lain. Malu!

"Awak.."
"Ada.."
Kedua mereka berbicara serentak. Seketika mereka tertawa bersama. Sempat mereka bermain mata. Benarlah kata orang, Mencintai seseorang tidak akan mengambil masa yang agak lama. Sebab, datangnya dari mata terus turun ke hati. Tak perlu bicara semanis madu, ia terluah melalui pandangan sahaja. Nurin tersenyum memandang Hilmi yang turut memandangnya dengan sebuah senyuman. Lama.

"Woi !! Jangan lupa ambil selipar jepun kau, tu!" laung Abang Azzam yang dari jauh memerhatikan mereka dan sekaligus mematikan lamunan mereka.

Nurin tertawa kecil manakala Hilmi tersengih sambil menggosok kepalanya beberapa kali. Dalam hati, berharap agar Kasih kita Seindah Bulan Syawal.



glitter-graphics.com



Cerita Dulu | Cerita Baru
Have A Click!

Diary About Stuff Site

Tuan Belog :D


22 YEARS OLD
BACHELOR OF PSYCHOLOGY

FREELANCER WRITER


"Sometimes You Have To Bite The Bullet, Not Only Must You Learn To Accept Their Gaze With Your Eyes But Also With Your Heart"



glitter-graphics.com



REVIEWREVIEW

BLOG 7 PELANGI CINTA. KARYA 7 PENULIS. KLIK SINI!
PENCURI HATI DI ILHAM KARANGKRAF!KLIK SINI
MENCARI CINTA DI PENULISAN2U! KLIK SINI!


CAKAPCAKAP!



glitter-graphics.com


Awesome People !



glitter-graphics.com


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Nurul Atiqah

Best View at GOOGLE CHROME!