#update
Esaimen berlambak, Final exam makin kemuncakk.


//Atiqah Tigertomey


Tomboy VS Kasanova

Thursday, May 24, 2012 @ 9:28 PM | 6 Comment [s]









"You got it,Bro!"Aiman menepuk bahu Reza beberapa kali sambil tersenyum kagum. Hebat! Reza memang mampu mencairkan hati setiap wanita dengan caranya sendiri. Hebat betul Reza Si Kasanova ini! Reza mengulum senyuman tampannya sambil memerhatikan kelibat wanita yang tersedu-sedu itu semakin menghilang di pandangannya. Too bad kerana menjadi mangsa aku. Reza tersenyum sinis.

"So,apa yang aku dapat?"Reza menjungkit keningnya sambil memerhatikan Aiman yang tersengih kearahnya.
"Nothing to say. Ayam KFC, boleh?" Aiman tergelak lucu di hujung katanya.

Reza menjungkit bahunya."Janji aku kenyang."

Kedua mereka berlalu dari taman permainan itu.


Mimi merempuh masuk kedalam bilik sahabatnya, Ieka yang sedang khusyuk membaca komik diatas katilnya. Mimi menangis tersedu disitu. Ieka kaget.

" Kau ni kenapa tiba-tiba melalak dalam bilik aku ni? Kau ni macam tak de bilik pulak nak landing." Ieka meletakkan komik disisi katil sebelum memfokuskan kearah sahabatnya.

"Aku sakit hati!!" Mimi meraung sambil menangis bagaikan perempuan gila meroyan.

" Kau sakit hati dengan sapa ni? Cuba bagitahu aku. Nanti aku cepuk dia!" Ujar Ieka buat-buat marah. Ala, konon nak sedapkan hati kawan.

" Re..za..Reza malukan aku depan semua orang... Dia cakap dia cuma.. main-mainkan aku jer... Kau bayangkan selama 5 bulan kitaorang bercinta. Dia sanggup cakap begitu depan member dia, Aiman. Dia cakap aku ni bodoh sebab tergila-gilakan dia sangat. Dia cakap..kalau dia nak ambik isteri pun, belum tentu aku jadi calonnya."

Ieka tercengang.

"Woo woo,..Jap! Jap! Reza mana ni?"  Ieka masih bingung mendengar cerita sahabatnya.Geram? Sudah tentu geram kerana mempremainkan perasaan sahabatnya! Cuma,dia kurang pasti orang nya mana satu. Sedangkan di kolej ni beratus-ratus orang lelaki yang bernama Reza.
"Reza mana lagi? Reza jurusan kejuruteraan tulah! Hanya dia seorang bernama Reza dalam course tu." Mimi sambung meraung lagi. Kali ni lebih teruk. Hingus sampai meleleh keluar dari rongga hidungnya. Jijik Ieka melihatnya!

Reza? Macam mana dia boleh lupa? Sedangkan dia satu jurusan dengan lelaki itu. Ieka menggaru kepalanya sambil memerhatikan Mimi yang tersedu. Parah benar dia melihat keadaan Mimi. Ini benar-benar melampau! Bingkas dia berdiri mencapai sweater yang tergantung di belakang pintu.

"Kau nak pergi mana?" Soal Mimi sambil mengesat air matanya menggunakan telapak tangan. Dia memandang Ieka yang sudah bersiap dihadapan cermin.

"Aku nak jumpa jantan tu lah! Nak pergi mana lagi? Dia ingat aku akan berdiam diri kalau dia buat kau macam ni? Dia belum kenal aku lagi siapa!" Bentak Ieka geram sambil berlalu keluar membiarkan Mimi tersedu di disitu.


"Dush!" Satu penumbuk kuat tepat mengenai pipi Si jejaka jambu itu menyebabkan ayam KFC terlepas dari pegangan. Reza memgang pipinya yang terasa sakit. Aiman dihadapannya sudah terkejut beruk.

"Macam mana? Itu baru sikit kalau nak dibandingkan hati kawan aku yang parah sekarang ni." Terjegil biji mata Reza pabila melihat seorang gadis yang bercekak pinggang di hadapannya. Ingatkan lelaki mana tadi yang begitu berani meyentuh pipinya. Baru hendak membuat serangan balas. Tak sangka lah pulak ianya dari tangan seorang gadis.

"Apa yang kau cakap ni?" Reza memandang gadis berpakaian simple dengan baju berwarna kuning ditutupi dengan sweater berwarna oren. Rambutnya yang ikal diikat satu.
Macam pernah aku tengok minah ni? Reza bermonolog dalam hatinya sendiri.

"Kau jangan ingat kau tu lelaki. Berlagak rupa tu handsome, ingat kau romantik. Kau jangan anggap perempuan selemah yang kau sangkakan ! Itu baru penumbuk sulung aku. Belum kena lagi sepak terajang aku dan penumbuk bongsu aku!" Marah Ieka sambil menunjukkan buku limanya dihadapan jejaka jambu itu. Tak di hiraunya beberapa pasang mata memerhatikan mereka.

Reza tergelak tiba-tiba. "Apa yang kau merepek ni?"

"Kau tak payah nak buat action kau kat sini! Dah puas permainkan perasaan perempuan, kau berani tinggal macam tu je. Jantan jenis apa kau ni?!" Bentak Ieka bengang. Ish mamat ni. Buat muka seposen pulak!

"Owh,..Kau nak selamatkan kawan kau lah,ni?" Reza turut bangun mendekati perempuan itu. Zip sweater yang dipakai oleh Ieka itu disentuh lembut oleh Reza namun sepantas itu Ieka menepis tangan kasar milik lelaki itu.

"Jauhkan tangan kurap kau tu dari aku,Bau bangkai tau tak?"

Reza tersenyum tampan.Sengaja didekatkan bibirnya ketelinga gadis itu.

"Say to her,im sorry.."Bisik Reza.

Tubuh Reza ditolak kuat. "Sorry?  Mudahnya kau ni? Padan tulah perempuan pun mudah terikat dengan kau! Mulut banyak manis."

"Diaorang yang tergila-gilakan aku. Aku boleh buat apa? Nothing! Dan untuk hargai diorang punyai perasaan, aku couple dengan diaorang. Diaorang patut bersyukur sebab aku tak reject diaorang. Lukakan hati mereka." Reza tersenyum tampan. Ieka mengetap bibir menahan geram. Buku lima dikepalnya sebelum sempat menyinggah di pipi si jejaka jambu itu. Reza memegang pipinya yang terasa sakit. Dia memandang tajam kearah gadis tersebut.

" Itu baru penumbuk kedua aku. Jangan sampai kau makan penumbuk ketiga pulak". Sejurus menuturkan kata tersebut, Ieka berlalu pergi.



" Kurang ajar punya betina!" Reza menumbuk dinding dihadapannya. Bergegar seketika kawasan ruang tamu milik sahabatnya itu. Reza menghempas punggung sambil mengurut pipinya yang lebam kebiruan itu. Seketika, Aiman datang dari dapur membawa ketulan ais didalam beg plastik lalu dihulurkan pada Reza. Reza pantas mengambil dan ditekankan pada bahagian rahangnya yang terasa putus urat itu.

"Siapa minah tadi tu?Macam pengkid pun ad gak!"Soal Reza.

"Apa lah aku nak jawab dengan awek-awek aku nanti"Keluh Reza sendirian.Aiman pula tergelak lucu.

"Jangan cakap kau tak kenal dia?" Aiman memandang Reza.Hairan.

"Aku kenal dia ke?"Reza memandang Aiman pelik.

"Dia tu amik kos engineering sama dengan kita. Sekali dengan Mimi tulah. Selalu sangat lepak dengan budak-budak engineering kat bengkel.". Aiman menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Reza.

"Padan tu lah perangai macam jantan."Getus Reza perlahan tapi mampu didengari Aiman.Aiman tersenyum.

"Ieka tu baik orangnya.Cuma kau cari pasal dengan dia.Of Course lah dia cari pasal dengan kau balik."

"Hello..Aku cari pasal dengan kawan dia..bukan tomboy tu!!"Reza menegakkan keadilan dirinya.

"Waalaikumussalam..Bermakna kau cari pasal dengan dia. Dah nama kawan ,kan?Macam kau kena tumbuk sekarang ni, aku yang kena tempiasnya". Aiman memberikan perumpamaan tapi dianggap lain oleh Reza.

"Aku blah dululah. Ada kau pun bukan nak tenangkan hati aku. Taulah aku ni playboy. Konon jahat. Mainkan perasaan perempuan. Tapi,sekurang-kurangnya aku tak ajak kau buat jahat."Reza bangun.

"Ek eleh,mamat ni. Touching pulak dah. Kau dengan perempuan, punyalah gentleman nak mampus. Dengan kawan sendiri pulak nak menacing" Gurau Aiman sambil mencebikkan bibirnya. Reza tersenyum simpul sambil duduk kembali.

"Itu perempuan. Lainlah kalau kau perempuan jugak. Tu lain ceritalah.." Reza tergelak kecil. Aiman menggelengkan kepalanya melihat telatah Reza.

"Bila lah kau nak jumpa cinta sejati kau , ek ? Asyik-asyik mainkan perempuan je.. " Keluh Aiman. Reza tersenyum tampan.

"Sampai aku rasa dia boleh ubah sikap kasanova aku ni?"




"Kau ni gila ke sengal ke atau dah kena sawan?"  Ujar Ieka tidak puas hati. Melemparkan pandangan tajam kearah Mimi.
" Betullah. Kau jangan malukan aku lagi. Cukuplah aku malu dengan dia pasal rejected day hari tu. Aku tak nak dia musuhkan aku lebih teruk lagi. " Mimi merayu separuh mati. Ieka menggelengkan kepalanya beberapa kali menidakkan perkara itu.

"Jangan cakap kau cintakan dia lagi.."

"Aku tak cakap aku cintakan dia.."Lirih suara Mimi tika itu.

"Dah tu? Suka?  Nak berkawan? Heii..Aku tak fahamlah dengan kau ni. Lelaki macam tu jangan dikenang. Banyak lagi lelaki yang baik-baik kau boleh cari. Tapi, jangan dia. Remember. Dia reject kau, okey?"

"Ieka!!!" jerit Mimi bengang.

Kedua mereka senyap. Baik Ieka mahupun Mimi. Hanya mata mereka saling berpandangan.

"Okey, im sorry."Ieka mengalah.

"Tapi, itu tak bermakna aku lepaskan perkara ni begitu sahaja dan aku takkan minta maaf pada orang macam tu. Dia dah buat kau menangis. So, dia kena terima balasan yang sepatutnya."



Suasana di Kafe bising dengan mahasiswa/sisiwi yang menjamah hidangan tengah hari disitu. Ieka, Mimi, Fauzan dan Arif turut menjamu selera. Tiba-tiba,

"OMG..Kau ni Mimi kan? Budak yang kena rejected dengan Reza tu, kan?" Tanya satu suara ala gedik lagi menyampah. Siapa yang tidak kenal Farhana? Semua kenal! Minah publisiti yang mengaku teman wanita Reza di kolej itu. Mereka berempat tersentak. Mimi pula sudah berhenti mengunyah. Dia menunduk sahaja. Mungkin malu. Arif, Ieka dan Fauzan saling berpandangan. Ieka kemudiannya  memandang Farhana tajam. Seperi hendak menelan gadis bertubuh tinggi lampai itu. Baru sahaja Ieka mahu bangun dari tempat duduknya mahu menyelesaikan masalah dengan gadis itu. Satu tangan kasar menggapai tangan milik Farhana. Secara gentleman.

"Darling? why you took so long?" Suara Reza kedengaran. Semua mata memandang kearah Reza. Namun tidak bagi Mimi, Dia sudah lari terlebih dahulu.

"Aku ikut Mimi.."Fauzan menolak kerusi dan mengejar Mimi.

"Kesian.. Itulah lain kali, jangan nak cuba cuba rampas pakwe orang." Kedengaran suara Farhana tergelak sinis. Ieka berang. Dia bangun dan betul-betul berdiri dihadapan pasangan bahagia itu.

"Assalamualaikum Cik Ana,belum sampai masanya Si Kasanova ni tinggalkan kau lagi. Aku fikir baik kau cuba cari penawar sendiri nak ubat penyakit gatal lagi miang pakwe kau ni. Rasanya jantan ni bukannya nak sangat dengan kau pun.." Ieka berpeluk tubuh sambil menjeling tajam kearah pasangan itu.

"Honey, tengok minah ni. Dia kutuk darling.." Suara Farhana merengek-rengek manja meloyakan tekak Ieka.

"Hei minah..Kau dengar sini baik-baik ea? Jangan sekali-kali kau nak kutuk Ana tau. Dia tak tahu apa-apa" Reza memberi amaran.

"Of Course dia tak tahu apa-apa! Sedangkan aku tahu semua pasal kau! Jangan ingat kau ugut aku ni, Aku kecut lah. Kirim salam,okey? Kau fikir lepas kau permainkan perasan kawan aku, Aku boleh biarkan aje? Belum tentu Encik Kasanova. Kau kan terima padahnya." Ieka sudah menunjukkan belangnya. Suasana di Kafe mulai terasa gamat pabila semua mata memerhatikan drama spontan ini. Reza mencebik. "Apa kau ingat,aku takut dengan kau?" Reza mulai meninggikan suaranya.

"Siapa cakap kau takutkan aku?I didnt say anything! Kau yang fikir lain!" Marah Ieka yang turut meninggikan suaranya.

"Minah ni...memang!" Reza kehilangan kata-kata.Dia hanya mendengus.

"Apa memang??!!"Keningnya terjungkit.

"Kau nak sangat gaduh dengan aku,kan? Okey,Fine! Aku isytiharkan peperangan mulai saat ini, jam ini dan hari ni..! Itu yang kau nak,kan?" Reza memberi kata putus.

"Okey, kalau itu yang buatkan dendam aku terbalas,aku terima. Lagipun setakat lelaki jambu macam kau ni, ada apa?" Ieka gelak maut campur kejam diikuti suara-suara yang mendengar penuh berminat. Mungkin barangkali mereka yang ketawa itu turut melahirkan rasa tidak puas hati pada Reza. Reza mengetap bibir menahan geram.

"Ini baru permulaan. Esok, tengok nasib kau!" Ugut Reza.

"Whatever.."




Ieka bengang tahap dewa. Seminggu ibarat setahun bila Kos Kejuruteraan Automasi sibuk-sibuk pula mahu melawati Proton City yang terletak di Perak. Tambahan pula, disebabkan bilangan pelajar kejuruteraan Automasi yang ramai. Jadi kumpulan dipecahkan mengikut 4 kumpulan. Dan sudah pasti, Reza Si kasanova itu menjadi ahli kumpulannya. Bengang. Reza pegang ketua Kumpulan pula tu. Ieka mendengus geram.

"Dah,tak payah nak buat muka badak tertelan pisang goreng pulak. Angkut semua barang masuk dalam homestay. Dah macam naga aku tengok kau ni. Hidung tu keluar api, tau tak ?" Perli Reza sambil mengerling tajam kearah Ieka.

"Apasal pulak aku? Barang kau, angkat lah sendiri !" Suara Ieka yang kuat menarik perhatian para pelajar yang berdekatan.Aiman yang duduk di sebelah Reza mulai terasa bahang kepanasan hubungan mereka. Dia menepuk bahu Reza beberapa kali agar menghentikan pertengkaran tersebut.

"Aii..melawan pulak?" Reza sudah mencekak pinggang sambil matanya hampir terbeliak memandang wajah Ieka tika itu.

"Kau angkat semua barang aku. Aku ni leader. Kang aku kasi tahu kat Encik Salman kau boikot arahan aku baru padan muka kau kang!" Gertak Reza.

"Kau angkat sendiri! Mak bapak aku pun tak pernah suruh aku angkat barang diaorang.. Nikan kau pulak banyak lemak!" Marah Ieka sambil menendang beg pakaian milik Reza. Beg pakaian lelaki itu terseret ke kaki Reza hendaknya. Reza membuntangkan biji matanya. Terkejut dengan tindakan Ieka.

"Hoi pengkid! Kaki kau tu nak kena potong ke apa?!" Suara Reza mulai meninggi berserta amukan marahnya itu. Rambut pacaknya itu disebak beberapa kali ke belakang.

"Apa? Pengkid? Kurang ajar kau!"  Ieka turut marah. Mereka menghampiri satu sama lain. Jarak hidung antara mereka hanyalan 10 cm sahaja. Terasa nafas hangat keluar dari rongga hidung masing-masing.

Mahasiswa/ siswi yang berdekatan cuba merungkai pertengkaran itu. Aiman memeluk Reza dari belakang manakala Mimi separuh mati menenangkan Ieka yang sedang marah itu.

"Apa kecoh-kecoh ni?" Terdengar suara Encik Salman di antara mereka berempat.

Ieka segera menjarakkan diri. Begitu juga Reza.

"Kau orang ni asyik nak bergaduh je! Dalam kelas saya, gaduh. Kat luar kelas pun nak gaduh! Matang lah sikit!" Tegur Encik Salman yang turut bengang dengan tingkah mereka. Kang aku kahwinkan budak dua orang ni jugak kang! getus hati Encik Salman.

"Sebagai hukuman, korang duduk luar homestay. Berjaga sampai pagi esok."Encik Salman memberi arahan. Tegas.

"Tapi..." Kedua mereka bicara serentak. Kemudian, saling berpandangan. Akhirnya menjeling tejam antara satu sama lain.

"Takde tapi-tapi. Dah, yang lain boleh masuk homestay masing-masing. Reza. Ieka. Awak berdua duduk luar, makan kat luar, segala-galanya duduk luar selagi korang tak selesaikan masalah korang, faham?"Encik Salman memandang kedua mereka. Tajam.

"Faham Encik."jawab mereka serentak. Setelah kelibat Encik Salman menghilang, ,mereka saling berpandangan dengan pandangan penuh amarah.

"Ni semua kau punya pasal, pengkid!" Maki Reza.

"Kau lah! Playboy!"


Malam itu, terpaksa Reza dan Ieka bermandi di sebuah surau yang berdekatan. Tak ketinggalan, menunaikan solat maghrib juga Isyak disitu.
Selesai melipat telekung, Ieka keluar dari surau dan terkejut melihat Reza berdiri di sebatang pokok rendang berhadapan surau sambil bermain telefon bimbitnya.

Ieka mengerutkan keningnya. Playboy ni tunggu aku ke?

"Woii!!"sergah Ieka kuat dari belakang. Reza terkejut beruk. Hampir sahaja dia mahu menyekeh kepala yang membuat dia terkejut sebegitu rupa. Reza mendengus marah sebaik sahaja ternampak Ieka yang sedang ketawa terkekek-kekek kelucuan.
"Penakut!!"Ieka masih lagi ketawa.

"Bising lah pengkid ni!!"Reza bengang.Dia berjalan mendahului Ieka.

"Kau tunggu aku,ea?"Soal Ieka masih lagi dengan tawanya.

"Kepala otak kau! Kenapa pulak aku nak bazirkan masa tunggu kau ? Aku takut kau tu jer yang takut nak balik sengsorang. Almaklumlah, perempuan.." Sindir Reza sambil meneliti telefon bimbitnya. Ieka mencebik.

"Aku boleh balik sengsorang! Alah, lagipun dekat je."

"Aku ni ketua kau! Kalau kau hilang, siapa nak tolong cakapkan dekat mak bapak kau? Mak cik kat Kafe?hah?" Reza menjeling tajam kearah Ieka.

Ieka ketawa kelucuan.Tiba-tiba dia dapat idea nakal untuk mengenakan Reza.

"Kau ni asal baik sangat dengan aku?" Soal Ieka sambil memandang Reza yang khusyuk bermain telefon bimbitnya  Terus sahaja Reza memandangnya. Pelik. Kemudian, lelaki itu tersenyum menggoda. Timbul niat nakal ingin mengenakan Ieka tanpa mengetahui gadis itu turut mengenakannya.

"Kenapa? Kau rasa pelik ke?" Langkahnya termati sambil memegang lengan Ieka lembut. Langkah gadis itu turut terhenti sambil memandang jejaka itu dengan kaget.
Apahal pulak mamat ni?

"Biasanya,aku buat lebih daripada yang aku buat sekarang ni." Reza tersenyum sambil mendekatkan dirinya pada Ieka.

"Hah?" Ieka menjungkitkan keningnya.Bingung dengan telatah Reza.

Reza mengelus rambut Ieka yang terjuntai didahi sambil mendekatkan bibirnya pada telinga Ieka. Sempat dia berbisik perlahan.

"Kau minta,aku bagi."

Dengan cara kasar ,Ieka menolak tubuh sasa Reza. Reza terdorong ke belakang.

"Kau gila ke apa?!" Marah Ieka sambil memandang tajam kearah Reza.

"Aku bukan perempuan macam tu tau! Sekali kau sebut benda-benda lucah macam ni. Jangan tanya kenapa kalau muka kau lebam sebelah!" Ieka betul-betul marah. Penumbuknya dikepal lalu ditayangkan hadapan wajah Reza. Reza tergelak separuh mati.

"Kau fikir aku nak sangat kat kau,ke?"Ujar Reza masih lagi dengan sisa tawanya. Pecah perutnya melihat telatah Ieka. Ieka pula mendengus geram. Lain yang dia mahu kenakan, sudah-sudah dia sendiri yang terkena.

"Sudahlah. Aku malas nak layan kau. Layan kau tak memberangsangkan minda aku langsung." Ujar Reza selamba sambil meninggalkan Ieka bersendirian disitu.
Mata Ieka tajam memandang kearah Reza sebelum kelibatnya hilang disebalik pandangan.


Ieka ketawa terbahak-bahak didalam bas sambil melihat Reza berlari laju mengejar bas yang sedang bertolak pergi. Ieka melambai tangan nada mengejek. Itulah, padan muka! Kenakan aku lagi malam semalam. Disebabkan mereka dikuarintin oleh Encik Salman sejak hari itu lagi, mereka terpaksa bermalam disurau lama yang tidak digunakan penduduk tempatan. Jadi, pagi subuh tadi sengaja dia tidak mengejutkan Reza yang tidur di ruang solat lelaki. Biar giliran aku pulak kenakan dia pagi ni! Ieka gelak maut. Mimi yang berada disebelah kaget melihat sahabatnya yang tergelak seorang diri itu.

"Yang kau ni apesal? Dah tak de kerja lain nak buat?"soal Mimi Hairan.
Serta-merta tawanya mati. Dia memandang Mimi.

"Cuba kau tengok kat luar tingkap. Terbaik.." Ieka menunjukkan ibu jarinya membuat tanda bagus. Mimi akur. Terjegil biji matanya melihat Reza berlari laju di belakang bas. Rasa kasihan pula. Dia memandang Ieka.

"Ieka,kau ni tak baiklah!"Ucap Mimi sedikit geram.

"Apasal pulak tak baiknya? Baiklah itu dia kejar bas kita. Itu baru sikit." Ieka masih dengan tawanya. Mimi mendengus tidak puas hati. Lantas,dia bangun dan berlalu ke hadapan untuk memberitahu pada pemandu bas. Perlahan-lahan bas berhenti disimpang jalan. Kemudian, Mimi mendekati Ieka yang duduk di bahagian belakang tempat duduk.
Dia duduk disebelah sahabatnya yang memandang kearahnya dengan pandangan tidak puas hati.

"Apa semua ni?"Ieka bertanya dengan nada marah.

"Kau tak faham ea? Aku kata cukuplah semua ni. Sampai bila kau nak bermusuh dengannya? Ni hal aku dan dia. Kau tak perlu susah nak masuk campur dalam hal kitaorang. Aku tak suka!" Marah Mimi namun dicuba kawal suaranya agar tidak menarik perhatian orang ramai.

"Masalahnya dia buat kau sedih,okay? Kau menangis bagaikan nak gila hari tu depan aku. Kau dah lupa?" Ieka cuba mengingkatkan kedukaan Mimi beberapa bulan yang lalu. Mimi tertunduk. "A..Aku tak nak cakap pasal ini lagi dah." Terus Mimi melontar pandangan ke luar tingkap. Malas mahu bertengkar dengan Ieka. Memang saat itu dirinya rasa terluka! Namun,dia sedar siapalah dia kalau nak dibandingkan dengan Reza. Bagaikan pipit dengan enggang bezanya. Teringat kembali suatu dahulu dia menjadi kekasih Reza. Teringat dirinya yang cukup bahagia dilayan seperti seorang puteri. Terbayang kembali beberapa ramai gadis memusuhinya gara-gara dia bercinta dengan Reza. Sekarang? Semua itu sudah musnah! Dia akui dirinya alpa ketika bersama Reza. Bahagia! Itulah yang dirasainya tika dahulu.

"Sedap kau makan asap?" Lamunanya terhenti tatkala terdengar suara Ieka disebelahnya. Dia memandang Ieka sebelum matanya terarah pada Reza yang duduk di kerusi hadapannya. Gulp! Mimi terus terkaku. Dia melontarkan pandangan diluar tingkap. Membatukan diri.

"Terlebih kenyang! Terima kasihlah sebab tak kejutkan aku pagi tadi." Perli Reza sambil menjeling tajam kearah Ieka.
Ieka tergelak besar. Terasa kemenangan berpihak padanya kali ini.

"Your welcome honey." Ieka tersenyum sinis.



Lima hari duduk disitu umpama 1o bulan lagaknya. Lebih-lebih lagi bila masalahnya dengan Reza belum selesai. Pergaduhan terjadi dimana-mana. Ada sahaja yang tidak puas hati sesama mereka. Ieka melepaskan keluhan berat sambil duduk dibangku yang disediakan pihak homestay. Memikirkan masalahnya dengan Reza juga Mimi. Kebetulan, pintu Homestay dibuka dari dalam dan menampakkan Mimi yang sedang berjalan kearahnya. Mimi duduk disebelahnya.

"Aku nak selesaikan masalah aku dengan kau." Mimi bersuara perlahan.

Ieka hanya mendiamkan diri menantikan keterangan dari Mimi.

"Kita dah lama kawan. Aku sayangkan kau. Dan aku tahu kau pun sayangkan aku jugak. Tapi,masalah kita lain-lain. Aku tak perlu kau untuk sedapkan hati aku bila kau buat bermacam-macam pada Reza. Dan aku rasa kau tentu rasa macam kebudak-kan bila buat benda ni pada Reza. Cukuplah tu, masalah aku takkan selesai kalau kau asyik buat macam ni." Mimi terhenti seketika. Dia menarik nafas panjang sebelum menghelanya perlahan.

"Makin bertambah masalah aku bila kau buat macam ni. Aku tak nak panjangkan permusuhan aku dengan dia. Kau faham apa yang aku cakapkan?" Jemari Mimi menyentuh perlahan tangan Ieka. Ieka mengangguk perlahan sambil tersenyum pahit.

"Lupakan lah apa yang dia buat pada aku selama ni. Kau tentu susah nak terima. Tapi,aku yang kena. Jadi tentulah aku rasa lebih berat lagi. Aku perlu kuat untuk teruskan hidup ni. Mungkin ini balasan untuk aku bila aku tinggalkan kau masa aku couple dengan dia dulu. Maafkan aku." Mimi sudah teresak dihadapan Ieka. Ieka simpati. Dia menarik sahabatnya lalu dipeluk erat tubuh Mimi.
"Kau tak salah apa-apa. Dah tentu kau malu kawan dngan aku. Aku tomboy. Pengkid kot?! Reza sendiri cakap macam tu dengan aku." Dihujung tawanya, Ieka ketawa kecil teringatkan pergaduhan diantara dia dan Reza melibatkan hal itu. Bila teringatkan semua itu. Wajahnya bertukar murung. Sudahlah wahai hati. Hentikan permainan yang kau jalankan ini.



Tinggal sehari lagi sebelum pagi esok mereka bertolak pulang. Petang itu, acara bebas. Ieka, Mimi dan beberapa rakan lagi melawat sekitar homestay mereka yang dipenuhi landskap. Sedang mereka berbual-bual,Reza dan kawan-kawannya datang menghampiri.
Mata Ieka tertancap pada Mimi yang kelihatan tenang. Tenang? Hati nya pula berdegup kencang bagaikan baru selesai membuat larian jogathon. Tenanglah hati. Reza dengan selamba duduk disebelah Ieka.

"Lama tak gaduh dengan kau?Kau dah insaf ke?" Perli Reza sambil memandang Ieka yang duduk senyap membatukan diri.Ieka terus memandang Reza. Tajam. Namun,dia melepaskan keluhan berat sambil memandang Mimi. Dia teringatkan tentang tempoh hari. Terus sahaja Ieka bangun dari tempat duduknya dan berlalu meninggalkan mereka yang sedang terpinga-pinga.

Ieka memberhentikan langkahnya betul-betul dihadapan tasik yang berhadapan dengan homestay mereka. Sudah tentu pemergiannya sebentar tadi tidak menimbulkan tanda tanya orang ramai. Sudah tentu! Jawapannya senang. Reza berada disitu. Masing-masing sudah sedia maklumyang mereka berdua pantang bertemu. Tapi, bukan itu Ieka cuba larikan dirinya.Ianya ada sesuatu. Dan, mungkin hanya dirinya sahaja yang merasai perasaan pelik lagi aneh itu. Ieka melontar pandangan kearah tasik. Hatinya mendesak ingin berpatah kembali ke laman landskap tetapi akalnya berkata tidak! Dia tidak kuat berhadapan dengan Reza. Kenapa dengan aku ni? Takkanlah aku jatuh cinta dengan mamat Kasanova itu? Jatuh cinta? Kau buat lawak Ieka! Tak mungkin! Tapi, dia teringin sangat mahu berjumpa dengan wajah itu. Dia Rindu. Sah! Dia jatuh cinta! Tapi, dengan lelaki itu? Jemarinya menyebak rambut pendeknya kebelakang. Cinta penuh dengan teka-teki hinggakan dia tak mampu menyelesaikannya.

"Ehem.ehem.." Suara berdehem mengejutkannya. Dia berpaling kebelakang. Reza!

"Dah tak laku ke duduk sengsorang kat sini?" Soal Reza sambil berdiri disebelah Ieka.

"Asal kau pulak nak kisah aku laku ke tak? Suka hati aku lah."Marah Ieka buat-buat.
Reza tertawa tampan.

"Takpelah. Sekurang-kurangnya kalau kau tak laku. Aku boleh tolong pinangkan kau dengan Aiman. Dia tu pun solo lagi." Reza memandang wajah Ieka dari sisinya .Rindu setelah beberapa hari tidak bertemu. Kebetulan, dia melalui sekitar homestay. Dia ternampak Ieka. Peluang yang ada jangan dilepaskan.

"Asal pulak aku dengan mamat tu? Carik lah orang lain! Brad Pitt ke? David Beckham ke? Handsome pun handsome. Kaya pun Kaya. Senang aku nak kebas duit diaorang." Ujar Ieka sambil meyeluk poket seluarnya.

"Owh? Habis, Aku ni tak handsome lah? Sebab tu kau tak layan?" Tanya Reza sambil memandang Ieka. Tepat. Ieka terus memandang Reza. Ada kelainan pada soalannya itu. Lama mereka berpandangan mentafsirkan hati masing-masing.
Ieka berdehem beberapa kali. Dia sendiri tidak sedar dia memandang Reza begitu lama. Reza pula seperti tersedar. Dia berbuat-buat terbatuk kecil.

"Sejuklah petang-petang kat sini,kan? Untung siapa yang duduk disini." Reza mengalihkan topik untuk berbual. Ieka tersenyum kecil.

"Kau lah nanti! Dah kahwin dengan Farhana. Beli satu homestay ni hah! Tak payah aku nak keluarkan duit banyak-banyak semata-mata nak tengok kau kahwin dengan minah gedik tu." Ieka cuba meleraikan suasana kekok diantara mereka.

"Eeuw..Minah gedik tu? Apa kau ingat aku ni suka sangat dengan dia?"

"Kau dah berapa kali cakap macam tu! Suka sangat aku dengan kaulah, Dialah, last-last kahwin dengan kau juga." Ieka tergelak besar.

"Selisih malaikat 44 tau tak! Dia tu tak layak nak jadi isteri aku. Setakat nak permainkan, bolehlah." Selamba sahaja ayat itu keluar dari mulutnya. Ieka memandang Reza tajam. "Kau nak makan penumbuk aku tak?" Reza tersengih kerang busuk mendengar ayat Ieka.

"Lah.. Betul lah. Tapi, kalau kau, mungkin aku boleh pertimbangkan juga."

"Reza!"Tempik Ieka marah.




Ieka rindu. Rindu pada Reza Si Kasanova. Sejak dia pulang dari Perak memang dia tidak berkesempatan menyapa Reza apatah lagi mahu menjengahnya walaupun mereka satu kuliah. Lebih-lebih lagi peperiksaan sudah bermula pada minggu ini. Masing-masing sibuk. Komputer riba dihadapan ditenung lama sambil ingatannya terbang melayang pergi pada kenangan manis sewaktu berada di Proton City. Teringat semasa mereka dalam perjalanan pulang didalam bas. Reza duduk disebelahnya manakala Mimi pula duduk disebelah Aiman. Kata Reza, teringin nak duduk disebelahnya. Tak masuk akal! Sepanjang perjalanan tak banyak dibualkan. Tapi, Reza selalu sahaja bertanya tentang kehidupannya dan dia dengan senang hati menceritakan tentang kehidupannya. Mempunyai 2 orang abang dan seoarang Ayah. Emaknya sudah lama meninggal dunia tika melahirkan Ieka. Sampai sekarang, dia rasa bersalah kerna tidak mampu membahagiakan Ayahnya nya yang hidup keseorangan tanpa isteri tercinta. Andai aku boleh putarkan masa, aku lebih rela mati dalam kandungan ibu asalkan ibu bahagia bersama Ayah. Itu katanya pada Reza.

"Woi!" Sergah Mimi dari belakang. Ieka terkejut beruk. Terbang segala kenangannya hilang entah kemana.

"Kau dah siap study? Tekun benor kau hadap laptop tu." Mimi tersenyum sambil menghulurkan semug berisi air milo panas. Ieka hanya tersenyum sambil menyambutnya mug tersebut lalu menghirup perlahan. Baki yang tertinggal diletakkan di sisi meja belajar.

"Kau dari mana?" Soal Ieka hairan. Setahunya tadi, Mimi tiada dirumah. Tup tup, sudah berada dihadapan mata.

"Aku keluar dengan kawan."

"Kawan? tak pernah-pernah kau keluar dengan kawan selain aku. Siapa yang bertuah tu?" Ieka menutup laptopnya lalu memfokuskan pada sahabatnya.

"Aiman."Sepatah Mimi jawab sambil tersenyum lebar.

"Sejak bila kau kawan dengan Aiman?"Ieka sedikit terkejut.

"Ala, adil lah tu. Kau kawan dengan Reza. Aku kawan dengan Aiman." Jawab Mimi selamba. Ieka mencebikkan bibirnya.

"Ieka. Lepas exam kan, Encik Salman cakap dia nak raikan dengan majlis makan malam kat dewan." Beritahu Mimi bersungguh-sungguh.

"Kau tahu mana ni? Kenapa aku tak tahu apa-apa?" Ieka sedikit tercengang.

"Aiman baru bagitahu aku tadi. Dia cakap majlis makan malam tu ada tema." Mimi mengukir senyuman kecil. Sudah mengagak reaksi Ieka sebentar nanti.

"Tema? Ni yang aku rimas ni! Tema apa?" Ieka sedikit membentak.

"Aku malas nak beli baju ea! Kalau melibatkan baju-baju ni, jangan tanya kenapa kalau aku tak datang majlis tu nanti!" Sambung Ieka.

"Nanti dulu, dengar apa yang aku nak cakap. Tema tu berkenaan formal."

" Apa kena formal dengan majlis makan tu? Dah nama majlis makan,dahlah! tak payah nak tema-tema bagai" Ieka membentak.

"Kau ni! Kita sem akhir ,okay?! Sudah semestinya majlis ni buat gempak-gempak gitu ha.." Terang Mimi sambil menggayakan tangannya di awangan.

"Tak kuasa aku nak pergi. Kalau kau nak pergi, ajak Aiman. Aku tak nak pergi." Ieka bangun membetulkan urat-sarafnya yang mengendur.

"Aiman tak nak pergi. Jom lah pergi dengan aku. Majlis tu amat bermakna bagi aku."

"Bermakna? Apa maksud kau?" Ieka memandang Mimi. Bermakna? Ia cuma majlis makan malam. Tiada apa-apa pun!

"Jom lah. Aku janji. Duit baju aku sponsor!" Mimi mengangkat tangannya seperti orang bersumpah.

"Aku tak kisah pasal baju. Masalahnya aku tak nak pergi. Kau ajaklah orang lain."

"Please lah Ieka. Kau sorang kawan aku dunia akhirat. Tiada yang lain." Mimi membuat janji manisnya bersertakan reaksi mukanya yang simpati. Ieka memandang lama wajah sahabatnya. Perlahan-lahan dia mengukir senyuman sambil mengangguk.

"Tapi, duit baju ko sponsor! Aku malas nak keluarkan duit untuk semua-semua ni."

"Promise!" Mimi bersuara girang.

Baju sudah dibelikan. Ia sejenis Gaun.Gaun labuh berwarna ungu bold. Nampak sesuai bila dikenakan pada tubuh Ieka yang kurus itu.

"Apasal gaun?" Tanya Ieka sedikit rimas dengan gaun yang labuh menutup hingga ke buku lali. Macam mahu sapu lantai sahaja. Bahagian dada pula ditutupi dengan penggubahan labuci yang kreatif dan berwarna-warni.

"Kan formal. Kau nak suruh aku beli baju singlet kat ko, ke?" Tanya Mimi yang sibuk memadankan baju yang telah dipilih pada tubuh Ieka. Aiman yang duduk diruang menunggu hanya tersenyum simpul melihat telatah kedua sahabat itu.

"Aku rimas lah pakai baju ni! Aiman! Kau nasihatkan girlfriend kau,ni. Entah mana dapat duit banyak-banyak semata-mata untuk majlis tu." Ieka melihat Aiman yang hanya menjungkit bahu malas mahu mengambil tahu. Manakala Mimi hanya menjegilkan mata kearah Ieka yang berani melemparkan perkataan 'girlfriend' pada Aiman. Malulah sikit cik kak oi! Couple-couple jugak tapi jangan lah nak malukan kawan kau ni.

"Kau amik yang ni lah..Nampak cantik." Mimi memberikannya sebuah gaun berwarna kuning yang agak labuh. Tampak ringkas. Ieka pun berkenan tanpa banyak soal.

Setelah dibeli pelbagai keperluan untuk mereka berdua. Mereka berehat di Big Apple sambil menikmati donut-donut yang sedap. Aiman hanya menurut dari tadi. Dia juga turut membeli keperluannya sekali.
"Aku tak nampak Reza pun dari tadi. Kau kata dia datang." Ieka memulakan perbualan tanpa mengesyaki apa-apa.

"Sekejap lagi datang lah tu. Dia busy kot." Jawab Aiman sambil tersenyum kecil. Sempat matanya melirik kearah Mimi yang turut melemparkan pandangannya ke arah pasangannya.
Mereka saling bertukar senyuman.Cuma, Ieka yang tidak perasan.

"Hai!" Sapa Reza dari jauh. Terus dia mengambil tempat disisi Ieka. Ieka terkejut namun dia simpan perasaan itu dalam hatinya. Entah kenapa dia jadi kelu berhadapan dengan Reza. Reza pula tampak kacak dengan baju T-shirt hitamnya dipadankan seluar jeans berwarna biru lusuh.

"Dah siap shopping? Banyak gile kau beli barang! Macam nak kahwin."Sindir Reza pada Mimi. Mimi tergelak kuat. Sengaja dia 'mesra' begitu mahu melihat reaksi Ieka. Ieka bungkam. Dia seperti patung disitu. Reza tidak langsung melayannya. Tahulah sudah berkawan rapat dengan Mimi, tak payahlah tinggalkannya seperti mana dia tinggalkan Mimi sewaktu dahulu. Ieka hanya membatukan diri.

"Haii..Ieka. Yang kau diam ni, kenapa? Tadi bukan main becok tanya pasal Reza." Mimi mengusiknya. Ieka tersentak kecil. Dia memandang Mimi dan Aiman yang merenungnya sebelum dia mengalihkan pandangan memandang Reza disebelahnya. Harapnya Reza turut memandangnya. Hampa! Reza hanya memandangnya sekilas. Ieka berpura-pura tersenyum.

"Dah Reza dah datang. Apasal aku nak tanya pasal dia lagi." Jawapan itu membuatkan Aiman dan Mimi ketawa lucu. Entah apa yang lucu, dia tidak tahu.

"Aku sebenarnya on the way nak pergi rumah Farhana ni. Aku gerak dululah." Reza tiba-tiba bangkit. Sempat dia menumbuk mesra bahu kawannya sebelum dia pergi. Ieka hanya memerhati dengan perasan sakit hati.

"Aku tak nak pergi!"

Mimi memandang Ieka hairan.

"Kau ambil balik baju, kasut dan barang-barang yang kau beli untuk aku ni. Kau pakailah sendiri." Ieka
menghulurkan beg plastik pada Mimi yang sibuk mengulangkaji untuk peperiksaan buat kali terakhir kerana esok tamatnya dia memegang Ijazah Kejuruteraan Automasi.

"Kau jangan nak buat drama pula kat sini. Aku dah cakap dengan Encik Salman yang ko pergi."Mimi memandang Ieka.

"Tapi,aku tak nak pergi. Aku nak packing barang balik kampung malam esok."

"Please lah Ieka. Kau tak sayang ke kawan kau ni? Penat-penat beli barang kau seharian petang tadi, kau buat aku macam ni?" Mimi sedih. Ieka perasan akan perubahan ketara pada wajah sahabatnya. Tapi,dia sakit hati. Sudah tentu gara-gara pasal Reza.
"Reza ada kat majlis tu?" Mimi tercengang dengan soalan cepumas tersebut. Lama dia berfikir sebelum menggeleng perlahan. Ieka kembali masuk kedalam biliknya berserta beg plastik tersebut. Mimi mengukir senyuman kecil sambil menggeleng kepalanya. Kau dah banyak berubah, Ieka.


Setelah siap segalanya, Ieka duduk menghadap cermin solek dibiliknya. Lama dia termenung disitu. Memikirkan Reza! Ya! Asyik-asyik Reza! Dia sudah mengakui yang sebenarnya dia sudah jatuh cinta pada Kasanova Reza. Dia meraup mukanya sambil melepaskan keluhan berat.

"Ieka, kau dah siap?" Terjengul wajah Mimi yang menggayakan gaun singkat paras betis berwarna kuning terang itu. Cantik!

"Dah."sepatah dia menjawab.

"Jom." Ieka memperkemaskan gaunnya juga rambut ikalnya yang serabai ditiup angin kipas tersebut. Setelah
berpuas hati. Dia melangkah keluar.


Aiman menjemput mereka berdua dengan kereta miliknya. Mimi duduk dibahagian depan sebelah pemandu manakala Ieka duduk dibelakang melemparkan pandangan ke luar tingkap. Hatinya murung. Begitu juga wajah nya. Selamat juga lah Reza tiada di majlis itu. Sekurang-kurangnya dia boleh juga lah melampiaskan rasa bengangnya dengan menelan semua makanan di majlis tersebut. Hilangkan stress! Ieka tersenyum hambar.

Tanpa disedarinya,Mimi dan Aiman yang berada dihadapan hanya tersenyum kecil.


Kereta betul-betul berhenti dihadapan Dewan Naib Canselor. Mimi dan Ieka turun disitu sementara menunggu Aiman memarkirkan keretanya.

"Apasal dewan ni gelap? Macam majlis tak mula lagi je?" Ieka bersuara hairan.
Mimi tercengang.

"Jomlah masuk dulu. Diaorang nak buat surprise kot.." Mimi bersuara sebaik sahaja Aiman datang menghampiri. Ketiga mereka masuk. Suasana dewan gelap.

"Diaorang bukan buat kat sini kot. Jomlah kita balik." Ieka bersuara perlahan dan mula melangkah pergi. Tapi, dia berasa keseorangan disitu. Bila dia melihat sekeliling, Aiman dan Mimi sudah menghilang entah kemana. Ieka Kaget. Takkan kena culik dengan hantu pula ni? Dah lah gelap! Ieka berjalan cepat menghampiri pintu utama namun belum sempat dia keluar dari dewan tersebut. Pintu itu sudah tutup dengan sendirinya. Ieka mulai ketakutan.

"Hooi!! Korang nak apa hah?! Nak main-mainkan aku pulak!!" Ieka bersuara lantang melawan rasa takutnya.

Tiba-tiba ada sebuah cahaya lampu spotlight menerangi dirinya tika itu. Serentak dengan itu, alunan muzik yang merdu kedengaran. Ieka buntu. Dia seperti tercari-cari punca semua ini. Terasa ada sepasang tangan kekar menutup matanya perlahan dan saat itu Ieka menggunakan segala taktik silat yang dipelajari disekolah dulu.Pantas gadis itu menyiku perut si dalangnya.

"Ouch!!" Terdengar suara lelaki mengaduh kesakitan. Belum sempat Ieka mahu membuat serangan lebih lanjut. Lampu dewan terbuka kesemuanya. Apa yang dia namapak dihadapan matanya adalah..Reza! Dia terkedu.

"Sakitlah dodol! Aku main-main je tadi." Reza memandang Ieka sambil mengusap perutnya yang kesakitan. Ieka bingung. Semalam bukan main sombong. Apasal hari ni nak main tutup-tutup mata pulak ni? Ieka menarik muka masam. Dia tidak mahu tertipu dengan Kasanova Reza! Tidak !

"Yang kau main tutup-tutup mata aku, apasal? Nak buat surprise pun mengagak lah!" marah Ieka sambil berpeluk tubuh. Matanya memandang sekeliling. Kosong! Kata Mimi, ada majlis makan malam?

"Kata ada makan malam?" Tanya Ieka dingin.

"Ada!Dengan aku!"

"Jangan nak perasanlah!"

"Betul. Jom aku bawak kau." Reza mahu memimpin tangan Ieka namun secepat mungkin Ieka menepisnya.

Reza membawanya di sebuah taman yang indah dengan lampu-lampu yang berkerlipan ditambahi pula dengan sinaran cahaya bulan purnama. Di tengah-tengah taman, terletaknya sebuah meja bulat dikhususkan untuk dua orang.

"Apasal meja satu je? Mana yang lain?" Tanya Ieka hairan.

Reza tersenyum.Peluang keemasan jangan ditolak.

Reza mencapai tangan Ieka lalu dikucup perlahan. Ieka semakin bingung. Dia hanya membiarkan.

"Dah kau tanya soalan tu,aku tak boleh nak buat apa-apa lagi dah"

"Apasal pulak?"Ieka buntu.

"Majlis makan malam untuk kita berdua.Tiada orang lain."

"Dah Mimi cakap ada Encik Salman dan budak-budak ni sekali?"

"Tak Sayang,,itu semua lakonan sahaja."

Ieka merentap tangannya dari Reza. Apasal Sayang-sayang pulak ni?

"Kau nak apa sebenarnya ni? Kenapa kau bawak aku kat tengah-tengah hutan ni? Kau bazirkan masa aku nak packing barang aku sebab esok aku balik kampung, tau tak?." marah Ieka bengang.

Reza tersenyum tampan. "Kau tanya semua ni?"

"Dah tu? aku nak jawab semua soalan ini? Aku tak faham dengan kau ni! Semalam punye sombong tak nak tegur aku. Sekarang ni, apa? Sayang? Makan malam? Aku tak faham dengan Kau!" Ieka menahan tangisnya. Dia berlagak marah padahal hatinya menangis.

"Simple word but such hard to say it."Ucap Reza tenang.
"What?"

Tiba-tiba Reza duduk bertongkatkan lutut ala-ala nak melamar pasangannya untuk berkahwin. Ieka bingung.

"I love you.."Ucap Reza sambil mengeluarkan sekotak baldu berwarna putih. Dibukanya baldu tersebut dan terdapat cincin didalamnya. Ieka tergamam. Permainan apakah ini?

"Nur Syafika Adnan, sudikah kau menemani diriku sekaligus hidupku dengan menjadi teman dunia akhirat ku?"

Ieka terkaku.

"Re..za.?Apa..semua ni?" Tergagap-gagap suara Ieka. Bingung, gembira dan terharu bersatu dalam diri.

"Like im said. Its a simple word but its such hard to says.. But i just say that, I love you. Ieka." Ulang Reza tanpa jemu. Terasa air hangat mengalir dipipinya.

"Sudikah kau jadi isteri aku?" Tanya Reza penuh harapan Ieka akan menerimanya.

Ieka menekup mulutnya tidak percaya.Perlahan-lahan dia mengangguk."Yes! I Do!."

Reza bangun dan terus menyarung cincin di jari manis milik Ieka yang menangis terharu.

"Esok,kita balik rumah mak,ya?"Pinta Reza.

"Mak?" Ieka yang sedang membelek cincin yang bertatahkan tiga berlian itu tersentak.

"Mak sayang lah, kan esok balik rumah sayang." ujar Reza tersenyum lebar.

Ieka hanya mengangguk sambil tersenyum lebar.

Tanpa segan silu, Reza telah memanggilnya sayang. Dan itulah kali pertama panggilan tersebut digunakan. Biasanya panggilan yang digunakan untuk kaum wanita selain Ieka hanya Darling, Baby dan Honey. Maksud ketiga-tiga itu tidak mendatangkan apa-apa makna melainkan sayang. Ya. Ianya sayang kerana aku sayang padanya. Reza mengelus rambut Ieka penuh sayang sambil tersenyum lega.

"Reza,Terima kasih."

"Dont mention it, Abang tak kisah. Abang nak tanya. Ayah dan abang-abang sayang garang dan kaki pukul macam Ieka tak? Takut tak sempat nak jejak sampai kat rumah sayang, selipar dah kena atas kepala Abang. Abang tak nak lah macam tu. Hilanglah kemachoan Abang." Dihujung tawanya, Lelaki itu tergelak bahagia.

"Reza!"

Reza tergelak besar. Nur Syafika. Dialah gadis pertama yang berjaya mengubah segala hatiku, akalku.. Dan hidupku.. Love You Always, Sayang..

~TAMAT~



glitter-graphics.com



Cerita Dulu | Cerita Baru
Have A Click!

Diary About Stuff Site

Tuan Belog :D


22 YEARS OLD
BACHELOR OF PSYCHOLOGY

FREELANCER WRITER


"Sometimes You Have To Bite The Bullet, Not Only Must You Learn To Accept Their Gaze With Your Eyes But Also With Your Heart"



glitter-graphics.com



REVIEWREVIEW

BLOG 7 PELANGI CINTA. KARYA 7 PENULIS. KLIK SINI!
PENCURI HATI DI ILHAM KARANGKRAF!KLIK SINI
MENCARI CINTA DI PENULISAN2U! KLIK SINI!


CAKAPCAKAP!



glitter-graphics.com


Awesome People !



glitter-graphics.com


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Nurul Atiqah

Best View at GOOGLE CHROME!