Mrs .Sempoi (Cerpen)
Thursday, July 12, 2012 @ 1:27 AM | 4 Comment [s]
"Lak ala kau !! Tak mengagak kau ek ?" Rungut Adam bengang apabila tin minuman 100 PLUS yang diteguknya hilang di tangannya. Pantas matanya tertancap pada Aina yang sedang meneguk minuman tersebut dengan selamba. Aina menghabiskan minuman tersebut. "Buuurrpp!!!"Aina sendawa panjang. Dia memandang Adam dengan satu sengihan. "Dah habis dah. Sorry." Aina tersengih kambing sambil menghulurkan tin minuman tersebut pada sahabatnya. Adam bengang. Kot ye pun letih main badminton, janganlah habiskan air aku! "Kau nak suruh aku buat apa tin ni? Simpan? Bawak balik jadikan frame, gitu?" Sindir Adam masih lagi marah dengan telatah 'sempoi' Aina. Aina merupakan sahabatnya sejak kecil. Dari tadika hinggalah ke universiti, perangai 'sempoi'nya tidak pernah berubah. Padan tulah, tiada lelaki mahu mendekatinya. Ada seorang dua pun , macam ambil endah tidak endah sahaja pada Aina. Takut dengan ke'sempoi'annya. Selekeh pun ada juga bila melihat sekali dua kali pada Aina. Hanya dia sahaja yang mampu bertahan dengan telatah Aina. Dia sudah terbiasa walaupun agak bengang dengan sikap Aina yang terlalu sempoi. Tidak terlalu feminim dan tidak terlalu boyish . Aina yang berada dihadapannya tersengih panjang. "Nanti aku belanja kau balik,ok?" Aina sudah pun bangun dari tempatnya. Segera dia mencapai beg sandangnya dan memandang Adam. "Malam nanti keluar lah. Kata nak buat revision pasal assignment. Sambil tu, aku belanja kau air." Ujar Aina tersenyum lebar. Ada makna disebalik senyumannya. Adam yang mengerti hanya mendengus kecil. "Tak ada topik lain ke? Bosan lah!" dengus Adam. "Alah kau..Dulu, waktu kau dengan Yana. Siapa yang tolong rekemenkan? Aku jugak. Ni je peluang yang ada, bukan selalu. Kali ni, kau lah tolong aku pulak." Aina tersenyum meleret. Ditepuknya bahu Adam beberapa kali sebelum ditepis perlahan oleh Adam. "Yalah. Yalah. nanti aku bagitahu Farhan." Entah kenapa, hatinya berdegup pantas terdengar tawa kecil yang tercetus dibibir gadis itu. Hatinya terasa panas bila melihat Aina yang begitu senang tika ini bila membicarakan tentang lelaki bernama Farhan. Dia mengetap bibirnya. Sukar mentafsirkan dirinya saat ini. SEPERTI yang dijanjikan, malam itu mereka berjumpa di kafe. Mereka memilih meja disudut hujung sekali. Bersama buku-buku tebal yang mereka bawa, Adam tidak lupa membawa komputer riba kesayangannya. Mereka mengulangkaji bersama sebelum Aina membuka topik pasal Farhan. "Farhan ada tanya apa-apa tak pasal aku?" Soal Aina sambil memandang tepat kearah Adam. Adam yang sedang meneliti laptopnya sedikit sebanyak, tumpuannya terganggu. Dia mengangkat wajah dalam keadaan terpaksa memandang Aina yang begitu dekat wajah dengannya. Adam terpana. Seketika dia dapat melihat raut wajah Aina yang putih bersih tanpa sekelumit jerawat dan jeragat. Dia mengelamun panjang membayangkan Aina akan menjadi miliknya suatu hari nanti. "Hoi!" sergah Aina sambil memetik ibu jari dihadapan wajah Adam. Adam tersentak. Dia kembali ke alam nyata. Dia memfokuskan ke arah wajah Aina. "Aku tanya kau ni. Farhan ada cakap apa-apa tak pasal aku?" Ulang Aina sekali lagi. Adam mengeluh perlahan. Dia kembali menyandarkan badannya pada kerusi. Belum sempat dia membalas kata-kata Aina. Ada satu suara menegur mereka. "Hai, korang!" tegur Farhan sambil membawa air minuman teh o ais dan juga terdapat beberapa buah buku rujukan di tangan kirinya. Mereka berdua tersentak. Masing-masing kelu. Adam kaku seketika bila bertembung dengan situasi begini. Farhan yang menyimpan perasaan pada Aina dan kebetulan Aina turut mempunyai perasaan yang sama pada Farhan, Aina merupakan sahabat karibnya sejak tadika lagi. Dia seolah-olah berasa takut tiba-tiba. Dia tidak bersedia melepaskan Aina pada orang lain selain dirinya. Manakala, Aina pula tidak menyangka akan berjumpa Farhan disini. Menurut Adam yang selaku rommate Farhan, Farhan jarang keluar malam pada waktu-waktu begini. "Boleh aku join korang?" Tanya Farhan sambil memandang kedua insan dihadapannya. "Boleh!" "Tak..." Tekan Adam. Dua pasang mata pantas beralih kearah Adam yaang selamba meneliti laptopnya. "Er..duduklah Farhan! Jangan dengor cakap Adam tu , haa.." Aina segera menarik kerusi yang berada disebelahnya .Farhan dengan senang hati menghempas punggung disisi Aina membuatkan Adam makin berang. Namun,ditahan dalam hati agar tidak terlepas amarahnya .Tak pe Aina, Hari ni hari kau. Esok hari aku pula. Bisiknya geram. "Aku ganggu korang ke?" Tanya Farhan yang terasa pandangan Adam agak lain padanya berbanding hari-hari lain. Pandangan Adam agak tajam memandang wajahnya. Bagaikan mahu menelan dirinya ketika ini. "Tak delah. Kenapa rasa macam tu? Lagipun, kitaorang saja bersembang-sembang sambil temankan Adam buat assingment." Jawab Aina teruja. "Bukan aku seorang. Kau pun sama! Kata nak buat assignment sama-sama dengan aku malam ni. Tapi, duduk buat date nan Farhan." Laju ayat yang menyakitkan hatinya itu keluar dari mulutnya. Tak dapat tahan lagi hatinya yang agak marah tika ini. Aina yang menganggap Adam mengusiknya hanya tergelak besar. Ditampar lengan Adam berkali-kali supaya tidak keterlaluan mengusiknya. Manakala, Farhan yang terasa perasaan cemburu Adam tika itu hanya tersenyum kecil. Dia tahu lelaki itu cemburu. Siapa yang tidak cemburu? Berkawan lebih dari 20 tahun, tiba-tiba lelaki asing datang merapati Aina yang kadang-kadang mencuit hatinya dengan sikap sempoi milik Aina. Malam itu, berlalu dengan penuh gelak tawa antara dua insan Aina dan Farhan manakala Adam hanya memendam perasaan amarahnya tanpa mengetahui perasaan amarahnya itu rupa-rupanya sebuah cemburu. Keesokan harinya, di Kafe, Seperti biasa Aina menanti kedatangan Adam di meja yang mereka duduki semalam. Meja itu menjadi tarikan mereka berdua kerana dapat melihat suasana di unversiti kesayangan mereka. Orang ramai yang lalu lalang di luar kafe masih dengan pelbagai gelagat masing-masing. Air teh o ais disedut perlahan. Sudah tinggal separuh airnya menanti kedatangan Adam bagaikan menunggu buah hendak gugur. Tiba-tibanya matanya tertancap pada pasangan bahagia yang baru memasuki kafe tersebut. Adam dan Yana! Aina mengetap bibir menahan geram. Aku tunggu separuh mati disini. Dia sesedap dating dengan awek dia! Lemak betul! Dia makin mencuka bila melihat pasangan bahagia itu menghampiri mejanya. "Woi!" Adam mengambil tempat berhadapan Aina yang sudah mencebikkan mulut memandangnya.Yana pula duduk mesra disisi Adam. Meluat! Aina menjeling tajam kearah Adam. "Aku tunggu kau bagai nak longgar skru kaki, kau boleh gelak-gelak dengan awek kau ,ek?" Tanpa berselindung, Aina bersuara dengan nada marah. "Maaflah Aina. Tadi, kitaorang singgah library jap. On the way nak balik ni tu jumpa awak tu." Sopan suara Yana. Namun, Aina tidak mengendahkannya. Matanya lebih tepat terarah pada Adam yang berwajah selamba. "Oh? Buat apa pergi library? Study ? Tinggalkan aku sengsorang kat sini. Janji lepas habis class, terus pergi kafe. Jauh pula menyimpangnya." Sinis suara Aina sambil melontar pandangan ke luar dinding cermin kafe tersebut. "Alah kau. Macam tak pernah kena tinggal je." Suara Adam selamba. Dia menyandarkan badannya pada belakang kerusi sambil berpeluk tubuh. Sengaja dia berkata demikian, ingin melihat reaksi Aina yang sakit hati dengannya sebagaimana gadis itu menyakitkan hatinya malam semalam. Bila berdua bersama dengan Farhan, lupa terus dirinya yang berada disisi gadis itu .Macam tunggul kayu. Aina merenung tajam melihat Adam. Ada yang nak kena ni,kang! Yana yang melihat situasi tegang itu hanya menggeleng kepalanya. Tiba-tiba dia teringat janjinya dengan seseorang. "Eh,Korang! I have to go! Ada meeting dengan Prof.Azhar lah. Bye!" Pantas gadis itu berlalu pergi meninggalkan kedua insan itu. Masing-masing saling bertatapan. Tidak diendahkan langsung pemergian Yana dari situ. Bagi mereka, itu tidak penting. Kedua mereka bersabung pandangan. Tajam. Masa untuk menghamburkan segalanya. "Asal kau tak puas hati sangat dengan aku,ni?" Soal Adam kasar. "Kau patut tanya diri kau!" bentak Aina geram. "Aku buat salah apa?" "Aku buat salah apa? Tunggu kau macam tunggu buah durian gugur tau tak? Sesedap kau je buat date nan Yana. Aku ni apa?" Bentak Aina marah. "Oh? Habis tu semalam? Kau fikir aku tak tunggu kau macam buah durian gugur? Duk melayan Farhan macam aku tak de kat sebelah! Kau fikir kau tu siapa? Kau tu kawan aku, tau!" Balas Adam dengan nada keras sekali. "Aku dengan Farhan berkawan.. Kau tahu pasal tu!" "Berkawan? Apa yang aku tengok.Dah lebih! Meluat ta, tak!" Tanya Adam serius. "Yang kau nak jealous tak tentu pasal ni kenapa? Disebabkan kau suka Yana dulu. Aku yang tolong rekemenkan Yana kat kau, tau. Kau patut bersyukur samapai sekarang hubungan korang kekal. Tapi, kau nampaknya lupa diri." ujar Aina. "Kau tak tahu apa- apa. Kau langsung tak faham perasaan aku Aina. Kita dah 20 tahun berkawan. Dalam erti kata, sejak kita baby lagi, kita duduk sebelah-sebelah saja masa di hospital. Kau kenal aku. Aku kenal kau. Kita berkawan baik. Tapi, sekarang ni... Kita dah jauh." Ujar Adam mulai mengendurkan suaranya. "Memang! Kau yang mulakan dulu! Kau memang tak sukakan tengok aku kawan dengan Farhan? Dari dulu sampai sekarang. Tak pernah nak berubah. Bila ada lelaki cuba tackle aku, muka kau memang nampak sangat yang aku ni tak sesuai untuk mana-mana lelaki! Yalah. Aku selekeh, clumsy, gelabah tak bertempat, sempoi. Pakai make-up pun tak nak. Aku pakai selipar jepun je. Baju pun baju bundle. Aku tak buat teknik rebonding,facial treatment macam trend zaman sekarang. Orang makan pakai sudu garfu, aku still guna tangan. So, memang aku tak layak untuk mana-mana lelaki, kan? Sesempoi aku pun, aku ada hak untuk rasa mencinta dan dicinta." terang Aina panjang lebar. "Kau tak pernah kenal lelaki. Dan aku tak nak kau kenal lelaki lain sebab aku tahu, diorang hanya pura-pura pada kau." "Sama macam kau kan? Kau fikir aku ni ,apa? Anak kau yang boleh kau kelek sana-sini? Aku dah tak faham dengan kau lagi dah. Sejak kita mula-mula masuk U, kau buat aku ni macam patung kau. Ikut suka hati kau nak ambil aku bila-bila masa. Tapi, waktu kau dengan Yana, ada aku ganggu korang ? Kau patutnya kasi lebih masa untuk aku dan Farhan malam semalam. Tapi,kau tak? duduk melongo depan kitaorang. Dan sampai masa, kau cakap kau bagaikan tunggul kayu. Apa ni? Kau boleh balik lah kalau kau nak balik. Aku tak kisah!" "Aku tak nak kau rapat dengan lelaki lain. Aku tak suka." tegas kedengaran suara Adam dipendengaran Aina. Aina hanya tergelak sinis. "Apasal? Apa hak kau? Kita cuma kawan. Tiada yang lebih dari tu. Kau tak de hak nak tentukan lelaki mana yang aku patut kawan. Selama ni, kau dengan minah-minah lain. Ada aku marah maki-maki kau? Tak de kan?" "Bukan itu masalahnya...Aku..." "Sudahlah Adam. Kalau kau rasa kau nak control aku.Lupakan jelah yang kita pernah berkawan baik. Aku tak suka orang kongkong hidup aku. Jadi, lepas ni kau buat kerja kau. Aku buat kerja aku. Full stop." Sebaik menuturkan kata tersebut, Aina pantas mencapai beg galasnya dan melangkah laju keluar dari kafe tersbut. "Aina.. kau memang tak sayangkan aku." Bisik Adam perlahan dengan melepaskan sebuah keluhan. SEJAK kejadian tempoh hari di kafe, masing-masing mengambil haluan masing-masing. Kadangkala mereka bertembung hanya pandangan kosong dilemparkan. Aina seperti biasa, cuba mengelak sebaik mungkin dari berjumpa. Kadang itu,dia melempar pandangan kearah lain bila masa pandangan mereka berdua bertaut. Adam pula hanya membuat muka selambanya seperti tiada apa-apa. Tiada sapaan mesra seperti dahulu. Walaupun begitu, kedua-dua mereka dipalut rasa rindu yang mendalam. Namun,mereka kuburkan perasaan itu sedalam yang mungkin. "Aina!" Panggil Farhan. Lelaki itu berlari-lari mendapatkan Aina. Gadis itu menoleh kearah Farhan. "Ada apa?" Soal Aina malas. Dia benci melihat wajah itu. Farhan yang disangka menyayangi dirinya rupa-rupanya hanya tinggal kenangan. Farhan mengambil kesempatan keatas dirinya dengan menjadikan dirinya sebagai orang tengah diantara percintaan Farhan juga Yana.Ya!! Yana yang merupakan 'awek' kepada Adam itu rupa-rupanya menjalinkan hubungan dengan Farhan dibelakang Adam. Kejam! "Mana Yana?" Soal Farhan. Aina sekadar menjungkit bahu. Malas mahu mengambil tahu. "Kau ada bagi tak bunga kat dia semalam?" Tanya Farhan. Aina memandang wajah Farhan. Lama membuatkan wajah Farhan sedikit cuak. "Aku tak bagi pun bunga tu." "Hah?!" "Aku buang. Kau tahu kenapa? Sebab aku suka kau." Terang Aina tanpa dalih. Farhan jelas terkejut. Terbeliak biji matanya memandang Aina yang bersahaja. "Kenapa?T ak percaya?" Aina tergelak sinis. " Tapi, itulah hakikatnya." Aina berlalu. Namun, lengannya ditarik Farhan membuatkan Aina sedikit terdorong kebelakang. "Kau suka aku?" Tanya Farhan meminta kepastian. Aina menepis tangan Farhan kasar. " Aku bodoh. Aku syok sendiri bila kau 'bunga'kan aku dengan ayat-ayat manis kau tu. Rupa-rupanya betul cakap Adam. Lelaki pandai pura-pura. Kau gunakan aku, jadikan aku orang tengah dalam percintaan kau dengan Yana." Terang Aina. Lelaki dihadapannya seperti berfikir sesuatu. Sejenak,dia tergelak. "Kau gila ke apa?" Aina sudah membuat muka cuak. Tawa masih kedengaran dibibir Farhan. Aina kemudiannya mendengus geram. Mahu saahaja dia menampar muka lelaki itu. Benci. Benci dengan tawanya. "Aku rasa kau dah salah faham." "Boleh jelaskan apa-apa yang aku salah faham?" Tajam mata gadis itu merenung wajahnya. "Sebenarnya.. Aku dan Yana tu dah couple. Aku minta tolong dengan Adam dulu. Suruh rekemenkan Yana kat aku. Sebab tulah, diaorang dulu-dulu selalu berkepit berdua." jelas Farhan namun belum memuaskan hati gadis itu lagi. "Yang kau rapat dengan aku gila-gila ni, kenapa?"Soal Aina kasar. "Amboi! Garangnya! Sopanlah sikit. Padan tu Adam selalu kena beralah dengan kau." Aina hanya menjeling tajam kearahnya. "Kenapa kau rapat gila dengan aku dulu kalau kau cakap kau couple dengan Yana sekarang. Jadikan aku orang tengah bagai. Apa guna Adam tu ,hah?!" Farhan terdiam seketika.Dia agak ragu-ragu untuk menjawab. "Em..saja nak test kau." "Apa maksud kau , ni?" Kakinya pantas melangkah menghampiri sesusuk tubuh yang aktif bermain badminton. Dia diluar court. Berharap agar kedatangannya dikesan. Tapi, lelaki itu masih lagi bergerak aktif membalas gerakan pihak lawan. Aina mengetap bibir. Adam merajuk dengannya. Teringat pula perbualannya dengan Farhan tengah hari tadi. "Adam tu sayang kat kau." "Asal pulak? Dah nama kawan, tentulah sayang." "Haii.. Kau mengaku pulak dia kawan kau. Hari tu kata tak? Masing-masing ambil haluan masing-masinglah .Apa kes?" Ujar Farhan tanpa menyedari Aina sedang merenung tajam kearahnya. "Adam cerita apa kat kau?" "Dia cemburu waktu malam yang kita gelak sama-sama tu. Aku tahu perasaan dia walaupun dia tak bagitahu aku langsung. Aku dapat cam muka dia. Well, kita orang sama sejenis, kan? Macam yang aku cakap tadi, Adam langsung tak bagitahu apa-apa pun pesanan kau untuk aku. Sumpah aku tak tahu yang kau sukakan aku. Dia langsung tak bagitahu aku. Serious." "Apa motif dia?" Bisik ku perlahan namun mampu didengari Farhan. "Its simple to say. He loves you." Aku terpana. Pantas aku memandangnya, meminta kepastian. "Dia jealous kau dengan aku. Dah terang-terang semua pesanan kau aku tak terima. Nampak sangat dia tak bagi aku kawan dengan kau." Dihujung katanya, dia tergelak lucu. "Adam..Adam.."geleng Farhan. "Asal kau menyibuk pulak ni?"Kasar suara Adam mematikan lamunan Aina. "Er...Aku nak minta maaaf." sayu suara Aina. "Untuk apa? kau tak buat salah pun. Aku yang salah mengongkong kau sangat." Adam mengambil botol mineral sejuk lalu diteguk rakus. "Kau jangan cakap macam tu. Sayu hati aku. Aku salah. Aku bodoh sangat waktu tu. Maafkan aku, ye?" Aina tersenyum sambil membuat muka simpati namun tak dilayan oleh Adam. Dia mengambil tuala kecil lalu dilap peluh pada muka juga lehernya. "Dahlah. Aku tak rasa apa-apa pun pasal tu. Aku dah lupakan dah pun." Aina masih belum puas hati lagi. Selagi dia tak nampak senyuman pada bibir lelaki itu. Dia tekad takkan memaafkan dirinya. "Janganlah macam ni. Aku salah. Ya. Aku tahu.." "Heii.. kawan jangan dibuat sempoi." "Hah?!" Aina tercengang. Apa kena dengan sempoi pulak ni? "Kau fikir kau buat aku macam tu. Senang -senang aku nak lepaskan kau? "keras suaranya. Aina hanya mendiamkan diri. Pasrah dengan apa yang dikatakan oleh Adam. Marahlah kau sepuas-puasnya. Janji kau mengukir senyuman lepas ni. bisik Aina dalam hati. "Aku takkan maafkan kau! Aku tak suka kau! Aku benci kau! Kau bukan kawan aku! Dahlah selekeh, sempoi habis, padan tu lelaki tak nak kat kau. Selipar pun pakai selipar jepun. Pakai baju bundle. Makan pakai tangan.Orang mandi berus gigi. Kau tak.. cuma berus gigi je! Kalau makan, kau pilih mana yang kau rasa jimat dan mengenyangkan sahaja. Itu yang kau kata bawa haluan masing-masing? Macam mana aku nak bawa haluan masing-masing kalau kau dah ragut semua trend aku, hah?" Aina mengangkat wajah memandang Adam. Matanya sudah basah dek tangisan. Sayu hatinya mendengar kata-kata Adam. Adam sayang! Maafkan aku! "Cara kau hari tu memang tak patut. Kau berjaya buatkan aku sakit hati." "Adam. Aku minta maaf sangat-sangat. Jangan marah aku lagi." Aina sudah teresak. Adam tersenyum dalam hati .Memang buruk rupa Aina sedang menangis. Dengan tudung nya yang senget. Wajahnya agak berpeluh dek terik panas matahari bercampur dengan tangisan. Adam mengeluh. "Jadi,a ku tak nak panjangkan lagi pergaduhan kita. Aku..sayangkan ..kau." Lambat-lambat Adam menutur kalimah tersebut. Aina mengesat air matanya. "Aku pun sayangkan kau jugak." Adam tersenyum."Dah lah tu. buat-buat sempoi sudaahh.. Tak pernah-pernah kau menangis depan aku macam ni. Lagak macam aku dah jalan aje." Gurau Adam sambil menumbuk mesra bahu gadis itu. Gadis itu tesenyum nipis. Seketika dia tergelak besar. Adam kaget sekejap. Biar betul minah ni? Tadi melalak. "Entah !Sempoi sudah. Bodoh betul aku melalak tadi. Macam mati laki pulak." Kedua mereka tertawa kelucuan. "Tak pelah. Janji kau Cik Sempoi aku. Sesempoi kau pun ,kau layak untuk mencintai dan dicintai oleh orang selayaknya. Eh.. Eh.. siapalah lelaki yang bertuah sangat tu?"Ujar Farhan berpura-pura tidak tahu. Aina tersenyum nakal. "Entah.Farhan kot." usik Aina selamba. Adam menjegilkan biji matanya. "Kesini kau!" Petang itu riuh dengan suara kedua insan tersebut. ~tamat~ glitter-graphics.com |
Have A Click!
Tuan Belog :D "Sometimes You Have To Bite The Bullet, Not Only Must You Learn To Accept Their Gaze With Your Eyes But Also With Your Heart" glitter-graphics.com
REVIEWREVIEW
CAKAPCAKAP!
glitter-graphics.com
Awesome People ! glitter-graphics.com
The Credits!
Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn Full Edited : Nurul Atiqah
|