"CINTA CURI-CURI"
Saturday, May 19, 2012 @ 11:27 PM | 8 Comment [s]
"Hoi budak!! Jangan lari!" jerit pekik seorang lelaki sambil berlari laju mendapatkan seorang budak perempuan yang turut berlari laju menyelamatkan diri daripada ditangkap lelaki berkemaja biru itu. "Masaklah aku macam ni.." keluh perempuan itu sambil berlari memasuki simpang kecil dan full stop. Jalan mati! "Adeh." Perempuan itu melepaskan lelah disitu. Tercungap-cungap dia melepaskan nafas disitu. "Mampuslah aku macam ni..Aku tak nak masuk lokap." Di ingatannya,terbayang wajah mak dan adiknya, Nurain yang menangis-nangis kerana perut lapar. "Aku tak boleh macam ni!" Demi azam yang jitu, Nadia meneruskan langkahnya untuk berpatah balik namun kelibat lelaki berkemeja dihadapannya menimbulkan kecut perut dihatinya. Nadia kaku. " Kau nak lari mana lagi ni, ha?" Lelaki itu mengukir senyuman sinis sebaik sahaja ternampak raut wajah gadis itu yang ketakutan. Dalam nafas yang tercungap-cungap keletihan. Dia menghampiri gadis itu. " Kau pulangkan balik beg duit aku dan aku lepaskan kau." Lelaki itu memulakan tawar-menawar dengannya namun Nadia makin mengeratkan lagi genggamannya itu. Dia mengundurkan langkah sebaik lelaki itu mara kearahnya. "Aku janji aku takkan report polis kalau kau bagi balik beg duit aku.." Lelaki itu cuba mengawal emosi marahnya bila melihat gadis itu masih mendiamkan diri. "Okey! Kau liat sangat nak bagi kan? Aku telefon polis" Lelaki bernama Zuhairi itu mengeluarkan telefon bimbitnya dan menayangkan dihadapan gadis itu bertujuan menakutkan gadis itu. Positif! Gadis itu menghulurkan beg duitnya dengan tangan terketar-ketar. Zuhairi menghampiri gadis itu perlahan-lahan. "Aku janji. Aku takkan telefon polis kalau kau bagi beg duit kat aku..Promise!" Zuhairi menekan suaranya menunjukkan dia benar-benar mengotakan katanya sambil mengangkat tangan seperti bersumpah di hadapan mahkamah. Namun, belum sempat dia mengambil beg duitnya hatta menyentuh sekalipun. Gadis itu pantas menyiku perut Zuhairi dengan menggunakan lututnya. Zuhairi terduduk kesakitan. Dikesempatan itu, gadis itu mengambil peluang dengan terus melarikan diri. "Aaaarrghhh!!"jerit Zuhairi bengang. "Kakak dah balik!" Nadia masuk ke rumah usangnya sambil melepaskan keluhan berat seiring menghempas punggung di kerusi malas yang sudah berkarat itu. Peristiwa tadi masih lagi bermain di mindanya. Harap-harap lelaki itu tidak membuat laporan polis. Tapi, bodoh lah lelaki itu membiarkan sahaja beg duitnya kena ragut dengan aku.kan? Dah kaya sangat agaknya? "Kakak dah balik?" suara Nurain yang berusia 13 tahun itu menerjah ke ruang pendengarannya. Nadia memandangnya sambil mengangguk. "Kakak dah dapat kerja? Kerja apa? Letih sangat nampaknya ni..Biar Ain buatkan air untuk akak." Nurain berlalu ke dapur manakala Nadia menyeluk kocek seluar tracksuitnya mengeluarkan dompet hak milik lelaki tadi. Dompet dibuka. Terdapat kad pengenalan dan beberapa keping kad bank didalamnya. Dibuka bahagian duit dan menampakkan beberapa keping not 50 ringgit didalamnya. "Banyaknya!"ujar Nadia spontan. "Apa yang banyak?"Soal Mak Temah tiba-tiba di muka pintu.Nampak gayanya mak Temah baru pulang dari kebun arwah suaminya Dollah. Mengusahakan hasil tanaman pisang milik arwah ayahnya yang sudah meninggal beberapa bulan yang lalu. "Err..tak ada apa-apa." Geleng Nadia serba salah sambil memasukkan kembali beg duit kedalam seluarnya. "Kau baru balik dari bekerja?" Nadia mengangguk. "Alhamdulillah. Baru hari ni mak nampak kau balik lambat. Biasanya tengah-tengah hari kau dah balik. Ni dah lewat petang baru balik. Kerja apa yang mak tengok kau ni letih sangat?" tanya Mak Temah tanpa mengesyaki apa-apa. Nadia tercengang-cengang."Err..Tukang cuci pinggan kat warung je mak." mendatar suara Nadia. Bersalah kerana menipu mak Temah. "Baguslah tu dapat kerja macam tu walaupun gajinya sikit. Keluarga kita miskin. Dapat menampung duit makan pun jadilah. Mak tak nak lah sebabkan keluarga kita miskin kau buat kerja yang bukan-bukan. Merompak orang sana-sini, Jual beli dadah. Kaya memang kaya. Tapi, ingat hukum Allah. Hasilnya kita yang makan duit haram." Panjang lebar Mak Temah meberi peringatan. Nadia hanya mengangguk. Terkesan juga dihatinya. " Eh. mana pulak Ain ni? Kata nak buat air.."Nadia menukar topik. "Duk tunggu air masak lah tu.."jawab Mak Temah sambil mengesat peluhnya di dahi. Nadia bangun tiba-tiba."Kakak nak pergi mandi dululah mak. Dah melekit sangat dah badan ni." Nadia memasuki bilknya meninggalkan Mak Temah bersendirian di ruang tamu. Didalam bilik, Nadia terbaring memandang atap yang semakin rapuh dimakan anai-anai. Terinagt pesanan arwah ayahnya sebelum ayahnya meninggal dunia. "Kakak anak sulung. Tanggungjawab pada keluarga,besar. Jaga mak dan adik kalau ayah dah tiada nanti. Kena ingat. Sehina-hina kita orang miskin, hina lagi orang yang memakan hasil haram" Pesanan itu jauh menusuk kedalam hatinya. Dengan perlahan-lahan dia bangkit menuju ke meja solek yang agak usang itu lalu menarik laci dan mencapai beg duit lelaki itu. Dompet dibuka dan Nadia mengeluarkan kad pengenalan tersebut. "Muhammad Zuhairi binti Ahmad Fuad" Matanya tidak lepas memandang lelaki tersebut. Di kediaman Zuhairi, "Yang kau ni,aku tengok gelabah semacam,kenapa?" tegur Amir yang khusyuk bermain playstation. Zuhairi yang bermundar-mandir dihadapannya menghenyakkan punggung disisi sahabatnya. "Dompet aku kena curi!" kenyataan itu singgah di telinga Amir namun sahabatnya diam tak bereaksi. "So,apa nak pelik? adatlah tu orang KL..Kau ni macam baru tahun ni pulak masuk KL." Ujar Amir selamba. "Masalahnya,banyak kot duit dalam tu! Baru dapat gaji dari syarikat bapak aku tu!" Tempelak Zuhairi. "Alah. Tak de masalah lah wei. Kau tu bos. Lain lah macam aku mat despatch je. Kau petik jari je bapak kau terus bagi duitlah.." Ujar Amir masih lagi melayan playstationnya. "Gaji pertama aku dodol! Kau apa tahu?" Zuhairi menyekeh kepala Amir. "Aduh! Beragaklah Bro!" Amir menggosok kepalanya yang sakit itu. "Itulah kau. Kedekut lagi! Kan dompetnya dah kena copet" Dihujung kata-katanya, Amir tergelak besar. Memang tak dinafikan lagi, Zuhairi seorang yang kedekut lagi Haji Bakhil! "Masalahnya yang copet duit aku bukan seorang lelaki gila atau apa..dia seorang perempuan.." "Hah?!" Amir terus memandang wajah rakannya. Biar betik? "Cantik ke tak?" Buat kali kedua,Kepala Amir disekeh oleh Zuhairi. "Aku tengah serius ni! Cubalah jangan main-main dengan aku kali ni.." Amir mencebik sambil menggosok kepalanya yang sakit itu. "Aku serius lah ni. Kau tu sekeh aku, apa kes?!" marah Amir bengang. "Maaf lah Bro,aku betul-betul pening ni.. Kalau lelaki ke atau apa, memang aku dah lapor pada polis, tapi,ini perempuan.. macam kesian pulak nak report kat polis.." luah Zuhairi. Benar! Sebaik sahaja terpandang gadis yang kelihatan takut-takut itu di jalan mati petang tadi .Dia merasakan gadis itu baru petama kali melakukan perbuatan tak bermoral ini. Tapi,..dia memegang perutnya. "Sakit gila dia siku perut aku tadi.." "KAHKAHKAHKAH!!"Amir tergelak kuat. "Dia siku kau, Bro? Lelaki jenis apa kau ni?!" Amir masih lagi ketawa dengan khusyuknya. Zuhairi mengecilkan kelopak matanya memandang Amir. "Aku potong gaji kau. Full stop." Zuhairi bangun dan berlalu masuk ke bilik. Manakala Amir terpinga-pinga mendengar kenyataan dari bosnya. Pagi Sabtu. Terdengar ketukan di muka pintu apartmennya .Zuhairi yang terlelap diatas sofa terganggu lenanya. Dia mengambil bantal dan menekup telinganya. Kacau betul! Hari cuti inilah selalu benar setiausaha menganggu waktu cutinya. Ketukan bergema lagi. Kali ini agak lama. Zuhairi mendengus geram sambil bangun dengan selimut yang masih berbungkus di badannya. Pintu dibuka. "Aaa!" Terdengar jeritan kecil milik seorang perempuan. Namun, Zuhairi tidak mengendahkannya. "Kan saya dah cakap waktu cuti saya jangan ganggu! Apa masalah awak ni, Lina?" Dengan mata yang masih tertutup dan dia masih lagi mampu menguap mulut dengan luasnya! Macam bluehippo pun ada sekali pandang. "Ehem.." Suara itu berdehem. "Saya bukan Lina." Terus sahaja mata Zuhairi terbuka luas. "Kau rupanya!!" Kening Zuhairi terjongket sedikit mendengar keterangan gadis itu. Setelah memperkenalkan diri sebagai Nadia, gadis itu terus menyatakan tujuannya ke sini. Memulangkan semula beg duitnya. Zuhairi memandangnya dengan mata skejap kecil dan sekejap besar. Biar betul budak ni! Jujur Gila! Dia terdiam bila Nadia meminta maaf dengannya dan berjanji takkan buat perbuatan seperti ini lagi. Zuhairi menyandarkan tubuhnya di sofa empuk itu. "First time saya jumpa orang jujur gila macam awak ni..Apa awak nak sebenarnya?" Keluh Zuhairi sambil memandang Nadia yang ringkas berpakaian seluar tracksuit hitam dan baju t-shirt lusuh berwarna kuning. Nadia tersenyum bila ditanya sebegitu. Zuhairi terpempan! Mak Aii!! baru aku perasan budak ni comel bila dia senyum macam tu. Ada lesung pipit pulak tu. Saat itu jantungnya mula berdegup kencang. Duduknya mulai tak senang. Dia berdehem beberapa kali menenangkan hatinya yang mulai resah tak tentu hala. "Saya tak minta apa-apa cuma nak tahu samada Encik maafkan saya atau tidak? Itu sahaja. Setelah saya berfikir masak-masak semalam, saya rasa menyesal dengan perbuatan saya ni..Jadi, saya beranikan diri berjumpa dengan Encik nak minta halalkan atas apa yang saya buat semua ni.."Ujar Nadia. "Atau..awak takut awak dipenjarakan?" terpacul soalan kebudakan di mulut Zuhairi. "Ya.Saya takut saya masuk lokap sebab bila saya tiada nanti, siapa yang akan tolong jaga mak dan adik saya. Ayah saya sudah lama meninggal. Jadi, saya lah harapan keluarga. Sekali lagi, saya memohon maaf atas perlakuan saya ni.." Terasa air sejuk yang mengalir pada tubuh Zuhairi mendengar kemaafan dari gadis itu. Dan dia yakin membuat keputusan kali ini. Tekad. "Kalau macam tu,awak nak kahwin dengan saya?" Hampir tersembul biji mata Nadia dibuatnya.Gila betul mamat ni! Mereng pun ada! "Encik..erm.. Saya rasa encik ni mami lagi tak?" Nadia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik dengan kerenah lelaki dihadapannya. Tahulah baru bangun dari tidur tak payahlah buat Drama King pulak tengah-tengah ruang tamu ini. "Awak ingat saya main-main? Im serious okey. " Tekan Zuhairi sambil memandang tepat ke anak mata hak milik Nadia. Namun, Nadia terkekek kelucuan. "Encik. Saya pasti sangat Encik tengah mamai-mamai lagi ni. Saya rasa baik Encik pergi mandi dulu. Dan biarkan saya pulang beritahu perkara mengarut macam ni kat mak saya. Mudah-mudahan mak saya terima lamaran Encik,ya?" Nadia bangun dari tempat duduknya .Kepalanya digelengkan beberapa kali sambil tersenyum kelucuan. "Saya pulang dulu.." Belum sempat kakinya menapak pergi .Tangan kasar milik Zuhairi menggapai tangan halus Nadia. Terpaku Nadia sebentar. Terus dia memandang tangannya yang erat dipegang lelaki itu sebelum matanya jatuh tepat memandang lelaki tersebut. Ini sudah melampau! Bob, yang ada kaitan sebagai pakcik saudara di rumah pun tak berani memegang tangannya yang putih mulus ni apatah lagi lelaki yang bukan muhrimnya. Dia memandang tajam.Cuba meminta perhatian agar tangannya diminta lepaskan. "Awak fikir saya main-main? Kalau macam tu, selagi awak tak kahwin dengan saya, selagi tu saya tak nak maafkan awak." Bicara Zuhairi sambil melepaskan tangannya. Lelaki itu tersenyum sinis sambil menyandarkan dirinya di sofa empuk itu. Nadia pula sudah berpeluk tubuh. Fikirannya buntu bercampur bengang. Melampau! Nak kata gila rumah dah besar macam ni, Mustahil bagi orang gila mempunyai rumah sebegini besar. Huurm,..Nak kata tiada calon mustahil juga. Rupa sehandsome begini takkan tidak mempunyai tunang langsung. "Encik suka saya,ea?" tanya Nadia bendul. Entah macam mana soalan itu yang terpacul keluar dari bibirnya. Giliran Zuhairi pula ketawa kelucuan. Ketawa sambil terguling-guling pula tu. Siap jatuh dari sofa lagi. Benar-benar melampau! Nadia terus menarik muka masam. "Kalau cakap nak kahwin,asal gelak separuh nyawa pulak? Encik main-main kan saya ya? Dahlah,saya pergi dulu,Assalamualaikum!" Dengan perasaan bengang terus dia melangkah keluar tanpa menghiraukan lelaki itu lagi. "First and the last,Encik!" gumamnya sendirian. "Hai kak,Kau tak kerja hari ni,?" Pagi-pagi buta lagi, Mak Temah sudah keluar mahu mencari kerja untuk menyara mereka sekeluarga. "Awal lagi ,mak..nantilah keluar."jawab Nadia malas. "Susah nanti nak dapat bas kalau kau keluar lambat.baik pergi cepat-cepat. Nanti kalau jumpa pakcik Azmi kau tu boleh kau tumpang sekali." Mak Temah duduk di anak tangga sambil memerhatikan Nadia yang sedap terguling diatas tikar mengkuang yang lusuh itu. "Biarlah Pakcik Azmi keluar ambik budak sekolah dulu. Malas lah nak tumpang dia." Nadia menggeliat malas sebelum bangun menuju ke dapur. "Haa.. Macam tu lah kau. Ikutkan perangai malas kau tu.. Sampai bila-bila, tak de laki nak masuk minang kau macam ni." Leter Mak Temah. Nadia yang baru sahaja ingin meyuap ubi rebus kedalam mulutnya tersentak. Teringat pula peristiwa pagi semalam. Terus dia menggeleng. Lelaki tu memang! Kalau jumpa sekali lagi, giliran aku pulak kenakan dia. Nadia sudah mengukir senyuman kejam. Mempunyai agenda tersendiri. " Kau pasti ke syarikat besar ni perlukan pekerja? Tipulah kau.." Nadia memandang Bob yang tersengih-sengih disisinya. "Betullah .Syarikat ini perlukan kerja bawahan. Ala, setakat cuci tandas memang sesuai dengan muka kau.." Gelak Bob kuat. Terus Nadia mencubit geram lengan pakcik saudaranya yang tua 5 tahun darinya. "Kau tahu mana ada kerja kat sini?" Soal Nadia ingin tahu. "Kawan aku rekemenkan tapi aku tolak. Yelah, warung mak aku siapa nak jaga? Aku lah harapan nusa dan bangsa." Dengan suara yang agak meninggi, kedua belah tangan lelaki itu mendabik dadanya penuh megah. Nadia mencebik. Macam King Kong! "Dahlah. Jom masuk. Sampai ke subuh esokjadinya kalau aku asyik layan kau tak henti-henti,tau tak?" Kedua-dua mereka masuk kedalam Syarikat Berjaya Holding Sdn.bhd. "Awak boleh mulakan sekarang kalau awak desperate sangat nak kerja. Tak susah, Awak perlu ke tingkat 13 dan jalankan kerja awak sampai pukul 5 petang. Dan for your information, kakitangan-kakitangan di pejabat 13 tu agak fussy dan selalu kerja over time. So,its mean, Awak lakukan kerja baik-baik, cermat dan mesti overtime kalau kakitangan pejabat 13 turut overtime. Faham?" Suara garang milik Kak Anita selaku Ketua bahagian Kebersihan memberi arahan dengan lantang. Beberapa pasang mata yang berada di bilik kebersihan itu turut melemparkan pandangan tidak puas hati padanya. "Err..Faham. Tapi, saya rasa macam saya seorang je ke kerja kat tingkat tu?" Soal Nadia berhati-hati. Mana tahu silap sikit. Kena jerkah tiap hari bulan. "Hei. Awak patut bersyukur kerana ditempatkan bahagian itu. Ramai nak sangat kerja kat situ cuma tak de siapa yang sanggup lakukan kerja seberat tu,tau tak? Gaji pun lumayan. Macam mana? Nak atau tak nak?Kalau tak nak, saya pass kat orang lain je." Suara angkuh Kak Anita kedengaran lagi. Tanpa membuang masa, terus sahaja Nadia mengangguk. Siapa tak nak gaji lumayan,kan? Sudah dua hari kerja disitu.Sekarang mengertilah dia kenapa dia diletakkan disitu. Nadia memandang sekeliling. Semak! Kotor! Busuk! Kertas-kertas dokumen boleh berterbangan di sana sini. Malah, Bekas-bekas makanan dan minuman pula berterabur diatas meja masing-masing. Sibuk sangatkah? Itu yang bermain difikirannya sekarang. Deringan telefon memekakkan telinga.Workholic! Apalah nasib? Nadia melepaskan keluhan sambil mengatur langkah yang malas, dia mencapai berus mop lalu di mop lantai mozek dan sekitarnya. Belum sempat dia mahu mengemop di tempat lain. Beberapa kesan tapak kasut yang kotor sudah meninggalkan tandanya disitu. Nadia mendengus geram. Ini dah lebih! Macam tunggul kayu pulak dia disini. Tak nampakkah aku tengah bersihkan lantai ni? ;alu lah tempat lain. Luas lagi kot? "Encik. cantik tapak kasut!" Tegur Nadia geram .Sengaja bersuara lantang hinggakan beberapa pasang mata melihat kearahnya. Biar satu dunia tahu, Dia juga mempunyai perasaan! Kelibat lelaki yang berada dihadapannya terhenti. Dia menoleh kebelakang. "Awak cakap dengan saya,ke?" Perlahan suara garau itu menyapa pendengarannya. "Kau?" "Kau?" Nadia menunduk memandang lantai sambil jemarinya menguis hujung bajunya. Masaklah aku! Aku betul-betul tak tahu lelaki ini CEO rupanya. Dia mengeluh berat dalam hati. "What the surprise?!" Zuhairi tergelak lucu dihadapannya. "Desperate sangat awak nak duit ,ya? Hari tu, saya jadi mangsa rompak awak. Sekarang ni bekerja kat syarikat saya pulak? Kebetulan.." "Saya tak ada niat langsung nak bekerja dengan awak. Kalau saya tahu, ini syarikat awak memang saya takkan kerja kat sini." Dingin suara Nadia. Zuhairi mengangguk sambil tersenyum kecil. "So,sekarang ni apa awak nak buat? Berhenti kerja dari syarikat saya? Gitu?" Zuhairi mencantumkan kedua jemarinya menjadi satu lalu diletakkan di bawah dagu sambil memerhatikan Nadia yang tertunduk dari tadi. "Kalau ikutkan nak,.." "Tapi tak de duit, right? Terpaksa kerja!!" Nadia mengetap bibir menahan geram. "Itulah jual mahal.. Kita nak kahwin dengan dia. Tak nak.."ejek Zuhairi "Apa kena pulak dengan kahwin ni? Saya tak nak lah kahwin dengan awak!" tengking Nadia bengang. "Tapi saya serius ni, awak tengok muka saya betul-betul, Ada muka serius kan?" Zuhairi menuding jari kearahnya .Nadia mengangkat wajah melemparkan pandangan kearah wajah lelaki itu. Namun,tak beberapa saat. Lelaki itu tergelak lucu. Nadia bengang. "Sudahlah. Saya bukan perempuan yang senang-senang awak nak mainkan. Saya lebih rela berhenti kerja dari menghadap muka awak." Nadia menahan sebak dalam hati. Entah kenapa, terasa dirinya dipermainkan oleh lelaki itu. Nak ajak kahwin buatlah cara serius sikit, Ini tak, main-main pula. "Saya keluar dulu" Belum sempat lelaki itu menutur sesuatu, Nadia sudah menghilangkan diri disebalik pintu. "Dia ingat aku ni apa? Senang-senang nak ajak aku kahwin. Pastu, bila aku tanya serius ke tak? Dia boleh gelak-gelak lagi.. Siapa yang tak bengang? Aku tahu, aku ni miskin, pernah cuba nak rompak dia tapi, aku tak sentuh pun duit dia langsung. Selamat aku jujur bagi balik duit tuh, kalau tak? Padan lah muka kau situ." Ngomelnya sambil tersedu-sedan di bilik kebersihan itu. Sudah tak tahan sangat air matanya tadi. Terus sahaja dia melampiaskan rasa sedihnya di bilik kebersihan tingkat 13 itu. Dia mengambil tisu yang entah mana dari datangnya . "Terima Kasih." ucapnya sambil mengesat air matanya itu namun gerakannya terhenti tiba-tiba. Dia memandang sebelah. Terjengul wajah Zuhairi disebelahnya. "Kau?Apa kau buat kat sini?" "Dah lupa? Ni office aku..Suka hati aku lah nak ada kat mana pun." Zuhairi dan Nadia tidak lagi menggunakan nama panggilan "saya" dan "awak". Sebaliknya menggunakan panggilan "kau" dan "aku". Itu lebih mudah. Nadia mengetap bibir menahan malu. Mesti dia dengar apa yang aku bebel tadi. "Kau tahu, kenapa aku nak kahwin dengan kau?" Setelah agak lama mereka berdiam diri, Zuhairi mula bersuara. Nadia memandang Zuhairi yang duduk disebelah. Dia menggeleng perlahan. "Sebab kau dah curi perhatian aku masa kita mula bertemu." Nadia membuat muka blur. "Aku tak faham" "Kau curi duit aku,..kau." "Excuse me. Tak curi pun ea? aku dah pulangkan dah pun duit kau" pintas Nadia laju. "Syyhh..Dengar dulu apa aku nak cakap.." Zuhairi memegang kedua belah pipi milik Nadia sambil memandang tepat ke anak mata gadis yang mulai disayanginya itu. "Kau dah curi duit aku. Kau dah tengok segala isi dalam tu. Tapi,kau pulangkan balik. Kau jujur. Itu yang aku nampak dalam diri kau. Aku pasti. Itu first time kau lakukan perangai macam ni.." "Tapi,tak mustahil kalau aku buat untuk kali kedua.." "Siapa cakap? Kau takkan buat untuk kali kedua sebab selepas ni kau dan keluarga kau aku tanggung semuanya..." Mata Zuhairi ditatap lama oleh Nadia sebelum dia melarikan pandangnya. "..Kita Kahwin...Hmm..?" Suara Zuhairi kedengaran serius di pendengaran Nadia. Gadis itu memandang Zuhairi. Lama. Mencari kejujuran di sinar mata milik lelaki itu. Dia percaya.lelaki itu tidak main -main kali ini. Tanpa sedar, dia mengalirkan air mata gembira . "Kau tahu..ini first time orang lelaki ajak aku kahwin terus." Zuhairi tersenyum bahagia sambil mngehela nafas lega. "Darjat, Pangkat, Cantik, Kaya dan semua itu tak penting..Yang penting hati aku dah mulai sayang pada gadis yang selama ni jadi pencuri..." "Pencuri?" Pintas Nadia terus memandang Zuhairi tajam . "Pencuri hati aku.."Zuhairi menyambung ayatnya yang tergantung."Suka sangat terjah cakap orang."getus Zuhairi sambil mengukir senyuman paling manis. Nadia menyeka air matanya menggunakan telapak tangan. Sensitif tau!" Kedua mereka tergelak bahagia. ~TAMAT~ glitter-graphics.com |
Have A Click!
Tuan Belog :D "Sometimes You Have To Bite The Bullet, Not Only Must You Learn To Accept Their Gaze With Your Eyes But Also With Your Heart" glitter-graphics.com
REVIEWREVIEW
CAKAPCAKAP!
glitter-graphics.com
Awesome People ! glitter-graphics.com
The Credits!
Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn Full Edited : Nurul Atiqah
|