#update
Esaimen berlambak, Final exam makin kemuncakk.


//Atiqah Tigertomey


Mencari Cinta

Saturday, December 21, 2013 @ 11:23 PM | 4 Comment [s]







Angin bayu yang menerobos masuk melalui tingkap bilikku perlahan-lahan menyapa tubuhku yang masih lagi berbaring malas diatas katil.  Jarum jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Tepat. Dan, aku masih lagi berbungkus dengan selimut tebal sejak subuh pagi tadi. Cadang mahu kembali melelapkan mata memandangkan hari ni cuti umum bagi setiap mahasiswa/ siswi yang berada di kolej ini  namun, mataku tetap melontarkan pandangan ke luar tingkap. Membiarkan pandangan menjamu segala kenikmatan yang Dia beri kepada hambanya. Seketika, peristiwa dua tahun lalu berlayar ditubir mataku dan ianya masih jelas dipendengaranku. 
"Maaf Nurul. Aku.."

Aku mengukir senyuman hambar. Tiada siapa dapat menebak rasa hati ini bila si dia berkata begitu. Dia? Mohd Fakhrurrazi. Lelaki yang pertama mengisi ruang hidupku dengan lawak selambanya, tutur katanya yang bersahaja, penampilannya, gelak tawanya, gerak geri jalannya. Semua itu pernah ku tatap suatu waktu dahulu. Rasa bahagia. Namun, kini ianya kosong. Ianya hambar.

"Nurul. Im so sorry. Saya tak ada niat langsung nak menduakan awak. Ianya terjadi so suddenly. Saya tak boleh nak buat apa- apa." Jelas Razi bersungguh-sungguh.  Wajahnya tepat memandang wajahku. Aku cuba menentang pandangan matanya.

"Its Okay. Even kita dah break -up. Saya boleh jadi kawan awak, kan?" pintaku sambil mengharap kenyataannya sebentar tadi dusta semata- mata.

"No. Kita takkan boleh berkawan selepas ni. Remember, Im getting married. So soon." tekan suara garaunya dihujung ayatnya. Nampak lah dia cuba menerangkan situasinya yang bakal jadi pengantin baru tidak lama lagi. Bertuah gadis itu.

Aku tertunduk lemah. Ada air mata bergenang ditubir mataku. Namun ,  pantas aku menyeka sebelum dia perasan bahawa hati ini tidak kuat lagi.

"Selepas saya berkahwin dengan Mia. Kami berdua akan ke UK untuk sambung belajar disana. Mungkin kami balik Malaysia after kami graduate kat sana." jelasnya seolah- olah merancang masa depan kebahagiaan mereka didepanku. Cemburu? Sudah semestinya. Aku menjalinkan hubungan ini selama 4 tahun lamanya. Susah senang, duka lara kami lalui bersama. Kami hampir- hampir mahu berkahwin hujung tahun ni. Akan tetapi, dengan kenyataan yang dia bawa padaku sebentar tadi, nampaknya.. perhubungan kami tidak sampai kemana. Ianya sudah terhenti. Saat ini.

Aku menarik nafas panjang sebelum mengangkat wajah, memaksa pandanganku bertemu dengan sepasang mata yang bakal aku rindui ini.

"Okaylah. Kalau macam tu. Mungkin ini last kite berjumpa. So, kalau wedding card dah siap. Jangan lupa hantar kat aku. Aku pun teringin juga nak tengok bakal bini kau." Gurauku cuba tertawa bahagia. Tapi, ada getaran pada tawaku. Hatiku sakit. Mana mungkin aku cuba menafikan rasa sayangku padanya. Marah? memang benar aku marah. Tapi, untuk apa? Ianya nampak bodoh kalau aku pertahankan sayang ku padanya yang hatinya itu sudah melayang ke wanita lain. Aku akui. Aku bukan untuk dirinya. Bukan milikmu, sayang..

Razi tergelak kecil. Barangkali mendengar aku menukar panggilan' saya' ' awak' kepada 'kau' 'aku' itu terlalu lucu baginya? Entah. Aku sudah hampir tidak mengenali dirinya.

"Okay. Okay. Aku pasti ajak kau datang. Dont worry." ujarnya dengan senyuman bahagianya. Aku mengukir senyuman kelat. Razi.. Kenapa kau langsung tidak memahami jiwa ku? Tahukah kau, hatiku sakit menerima semua ini? Hati aku berdarah. Hati aku luka. Puncanya.. adalah kau sendiri! Why you can smile while I'm here with the behaviors you grieving? 

Suasana sepi seketika diantara kami berdua. Angin yang bertiupan lembut bagaikan mengerti hati mendung ku ini. Ianya menunggu waktu saat hendak hujan sahaja. Razi yang berada dihadapanku menarik nafas panjang sebelum berkata.

"So, selepas ini kita ambil haluan masing-masing. Aku selalu doakan yang terbaik untuk kau..." Dia berjeda seketika. Sebelum menyambung kembali.

" Aku takkan datang lagi dalam hidup kau. Apa yang kita lalui 4 tahun selama ini takkan hilang dalam ingatan aku. I keep all bittersweet in my memory. Dont wanna lose it. So, aku harap.. Kau pun macam tu jugak.." Dia menghela nafas panjang sambil menyeluk poket seluarnya.

"Aku tahu kau tabah orangnya. Kau kuat. So, aku takkan serba salah bila tinggalkan kau."

Aku menahan tangis dalam hati. Menangis semahu hatiku. Namun, ianya tak mampu menzahirkan. Razi, kau kejam! Aku tak kuat ! Aku tak tabah seperti yang kau sangka. Macam mana aku boleh kuat menyimpan segala memori kita bersama sedangkan aku laluinya tanpa kau disisi.

"So, thats all. Kita takkan berjumpa lagi. Aku... pergi dulu." Razi mulai mengatur langkahnya meninggalkan ku pergi. Serentak dengan itu, air mataku mengalir deras. Ingin sahaja aku berlari, memeluk tubuhnya dari belakang dan menjerit agar jangan pergi. Namun, kaki ku seakan terpaku disitu. Cuma apa yang aku harapkan, dia menghentikan langkahnya dan menoleh semula kearahku. Tapi..

Razi mematikan langkahnya setelah dia menapak beberapa langkah. Dia langsung tak menoleh kearahku seperti apa yang aku harapkan. Ianya mengambil masa beberapa saat berdiri disitu tanpa ku ketahui apa motifnya sebelum langkahnya benar-benar meninggalkan aku bersendirian disitu. Aku terduduk. Menangisi pemergiannya.


Cinta tak semestinya indah. Ianya sakit, perit bila dia dah berada didalam hati kita tapi jasadnya entah kemana. Benarlah cakap orang, One of the hardest things in life is watching the person you love, love someone else.



2 Bulan Kemudian,

Langkahku mengahmpiri meja bulat yang disertai rakan-rakanku. Sambil menatang dulang yang berisi nasi putih dengan ayam kari juga air fresh orange itu, aku mengambil tempat disisi Nana.

"Eh, kau dah habis class?" Nana bertanya hairan.

Aku tergelak kecil. " Gila kau nak ada kelas 24 jam!"

Nana, Amira dan Heykal tergelak mendengar ayat aku.

"Mana lah tahu. Kau kan dah rajin sekarang. Asyik berkepit dengan buku je. Mana nak lepak dengan kitaorang dah. Ini pun secara kebetulan je." usik Amira pula. Aku tersengih. Dalam diam, aku tidak menafikan. Hakikatnya aku cuba melupakan Razi yang hilang entah kemana. Lesap bayangannya di kolej ini. Mungkin dah kahwin? Ataupun sudah bertolak ke UK dengan isterinya melanjutkan pelajaran disana? Sejak perpisahan hari itu, sudah tidak nampak batang hidungnya lagi. Walaupun aku tercari- cari kelibat nya mahupun Mia, gadis yang teringin benar aku jumpa. Mereka berdua tiada. Benar lah telahan aku sebentar tadi. Barangkali mereka berdua sudah melanjutkan pelajaran bersama-sama di UK. Aku terkilan. Wedding card yang aku harapkan, ianya tidak sampai kepadaku.

"Alang-alang kau ada kat sini. Jom lepak sat dengan kitaorang." Ajak Nana sambil tertawa gembira melihat aku berada disini. Aku pula hanya mengangguk , mengiyakan. Lama juga kami berbual- bual kosong tanpa tujuan. Aku dengan tiba-tiba teringatkan Razi. Kalau dia ada bersama kami, pasti gamat kafe ini dengan telatahnya. Tanpa sedar, aku tersenyum nipis. Razi, Aku rindu kau. Seketika, bunyi telefon berdering mematikan lamunanku. Aku memandang Heykal yang sudah on call . Riak wajahnya sukar untuk ku tafsirkan.  Buat seketika, Heykal memandangku dengan pandangan gelisah. Aku sudah mengerutkan kening sambil berbalas pandangan dengan Nana juga Amira yang turut perasan dengan pandangan Heykal kepadaku sebentar tadi.

" Macam mana boleh jadi macam tu..? Saya tak tahu apa- apa.. I bet, she dont know too.. Yalah, Yalah. Saya datang. Nanti saya bawa dia sekali. Terus pergi rumah makcik."

Heykal mematikan talian sambil menggeleng kepalanya beberapa kali. Perilakunya meresahkan kami bertiga.

"Asal beb?" tanay Nana ingin tahu.

"Kita kena pergi rumah Razi. Dia dah tenat."

Aku membuntangkan biji mataku. "What do you mean by tenat?" Aku sudah bangun dari tempat duduk ku. Tepat pandanganku menembusi pandangan Heykal padaku. Jantungku mulai berdegup kencang. Hatiku tidak berasa tenang. Maknanya Razi berada di Malaysia! Siapa yang telefon tadi? Isterinya?

" Doesnt have a word to reply. Kita kena cepat." Heykal bangun dan mencapai kunci kereta Myvinya. Amira dan Nana sudah menggalas beg masing-masing. Sedangkan aku? berdiri kaku disitu. Siapa yang tenat sebenarnya? Aku bingung disitu juga.

"Jom Nurul. Kita tak boleh lambat." Jerit Nana yang sudahpun berada diluar kafe. Aku segera tersedar. Dengan pantas, aku mencapai beg sandang dan beberapa buah buku tebal yang berada diatas meja. Langkahku laju menuju kekereta milik Heykal.



Di rumah Razi.

Kelihatan sanak saudara sudah berkumpul diruang tamu. Suasana rumah Razi agak suram dan sepi. Terdengar bacaan ayat suci Al- Quran sayup-sayup kedengaran di telingaku. Atur langkahku makin lemah bila dari jauh terpandang sekujur tubuh yang lesu berada diatas katil. Tubuhnya yang tegap suatu masa dahulu kini cengkung tidak bermaya. Matanya terpejam rapat seolah-olah bayi yang sedang tidur lena. Mulutnya sedikit bergerak menuturkan sesuatu tapi tidak jelas dipendengaranku. Razi! Apakah semua ini? 

Emak Razi, Puan Leha memberikan sedikit kelonggaran pada kami sebaik sahaja terpandang kami berempat di biliknya. Puan Leha dan Suaminya, Tuan Idrus berdiri di sudut hujung bilik sambil memerhatikan kami.

Mataku kabur. Air hangat mulai mengalir deras. Esakan ku kedengaran. Sempat aku berpaut pada bahu Nana. Nana seperti memahami menggosok bahuku cuba memulihkan semangatku kembali. Amira yang berada disisiku cuba menenangkan diriku. Heykal sudah duduk dibirai katil. Merapatkan bibirnya di telinga sahabatnya. Mengajar Razi tentang ucapan dua kalimah syahadah. Perlahan, bibir lesu itu mengikut perlahan. Terketar-ketar bibirnya cuba mengikut dua kalimah syahadah itu. Bibir yang selalu menghadiahkan senyuman pada ku satu waktu dahulu kini sudah tiada! Aku menangis teresak-esak sambil dipujuk oleh Amira dan Nana. 

Seketika, suasana sepi. Tiada lagi kalimah itu kedengaran. Heykal pula hanya menunduk. Aku tahu, dia turut menangis dengan kenyataan ini. Razi sudah meninggal dunia! Aku terus memeluk erat Nana sambil melepaskan tangisku dibahunya. Aku seperti Heykal. Tidak dapat menerima kenyataan bahawa Razi sudah meninggal dunia. Meninggalkan aku. Meninggalkan rakan-rakannya. Meninggalkan keluarganya. Hidupnya.

Saat itu, aku teringat kembali pertemuan kami yang terakhir.

"Okay. Okay. Aku pasti ajak kau datang. Dont worry."

"So, selepas ini kita ambil haluan masing-masing. Aku selalu doakan yang terbaik untuk kau..." 

" Aku takkan datang lagi dalam hidup kau. Apa yang kita lalui 4 tahun selama ini takkan hilang dalam ingatan aku. I keep all bittersweet in my memory. Dont wanna lose it. So, aku harap.. Kau pun macam tu jugak.."

"Aku tahu kau tabah orangnya. Kau kuat. So, aku takkan serba salah bila tinggalkan kau."


Aku terjelepuk jatuh diatas lantai diikuti Nana yang terkejut dengan tindakan refleks ku. Aku menangis semahu-mahunya disitu sambil Nana memeluk tubuhku erat. Puan Leha yang sememangnya mengenali diriku menerpa kearahku dan turut memelukku. Dia menangis. Begitu juga aku.



Selesai menguruskan pengebumian arwah, aku masih lagi duduk diatas tikar mengkuang menghadap tanah kubur yang masih lagi merah. Yang masih lagi basah. Senaskah buku poket Surah Yassin itu ku genggam erat cuba menenangkan hati yang masih lagi berkecamuk dengan apa yang berlaku semua ini. Perlahan anak mataku bergerak melihat Heykal yang duduk berhadapan dengan aku, masih lagi membacakan surah Yassin untuk arwah. Sayu mendengar suara lelaki itu mengalunkan ayat - ayat suci alQuran. Sesekali dia mengesat air matanya dengan hujung lengan baju. Asyik aku ralit memerhatikan dirinya, terasa sentuhan lembut di bahuku.
Aku mendongak. Puan Leha sedang tersenyum hambar memandangku.


"Apa yang dia buat pada Nurul, mak cik tahu. Dia ceritakan semua pada makcik."

"Apa yang dia bagitahu pada makcik? Kenapa dia tak bagitahu dia ada penyakit selama ini?" soalku ingin tahu. Kami berdua duduk di ruang tamu sambil ditemani Tuan Idrus, Nana , Amira dan Heykal pada petang yang suram itu. Anak- anak kecil yang masih belum mengerti dengan suasana sekeliling berlari riang dihadapan kami. Sudah puas mak ayah mereka menegah. Tapi, budak kecil. Apalah yang mereka tahu tentang kematian?

"Arwah hidap kanser usus selama ni. Dia tak nak bagitahu kamu semua sebab dia tak nak bebankan kamu. Mak Cik dan Pakcik pun, mula-mula tak sedar langsung dia hidap penyakit tu selama ni. Tapi, lepas Pakcik jumpa surat medical check-up hari tu, baru kami semua tahu." Puan Leha sekali-sekala mengesat air mata dengan tisu yang berada di tangannya.

Kami berempat mendiamkan diri. Tiba- tiba aku teringatkan sesuatu.

"Mia mana?"

Puan Leha tersenyum hambar. "Mia tiada dalam kamus hidupnya. Mia tidak wujud. Sengaja diciptakan watak Mia supaya Nurul bencikan dirinya sekaligus melupakan dirinya."

Air mataku mengalir semula tanpa aku sedar. Razi. Hebat betul permainan kau. Kenapa kau sanggup menyeksakan diri semata-mata kerana aku? Kenapa kau langsung tak berterus- terang dengan aku selama ni? Kenapa kau perlu jaga hati aku sedangkan diri kau...

"Nurul sebenarnya yang salah. Makcik dah amanahkan Nurul supaya jaga dia baik-baik kat kolej tapi Nurul abaikan. Nurul ingat dia gembira, dia ketawa bersama Nurul, dia sentiasa bersama Nurul, dia bahagia dengan semua ini. Nurul ingat Nurul dah jaga dia dengan cukup baik. Tapi.." keluhku kesal. Aku mengesat hidungku yang berair. Mataku sembap dek menangis sebentar tadi.

Puan Leha segera mengusap jemariku dengan perlahan. " Allah dah tentukan takdir hidupnya begini. Kita sebagai hambanya kena akur. Kita kena ingat. Pada Allah, kita diciptakan dan kepadanya juga, kita dikembalikan. Kita manusia biasa. Kita kena redha setiap apa yang berlaku. Ingat, Allah bagi kita ujian sebabnya dia sayang pada kita. Dia nak uji kita, nak tengok iman kita kuat atau tidak. Dia nak tengok perangai kita sabar atau tidak, ingat ataupun tak ingat kat Dia bila Dia beri ujian dengan pemergian orang yang kita sayang.. Kita kena banyakkan muhasabah diri kita balik." Puan Leha berjeda seketika. Dia kembali mengesat air matanya yang mengalir perlahan. Aku memandangnya simpati. Aku tahu, kata- kata itu tadi lebih ditujukan kepada dirinya kerna aku tahu pemergian anak tunggal kesayangan itu sudah pergi buat selama-lamanya. Takkan pernah kembali.

Giliran aku mengusap jemari tua itu. Simpatiku mengunung.
"Sabar lah Mak Cik, Pak Cik.. Allah lebih sayangkan dirinya. Kita kena kuat." Aku mengenggam jemari tua itu erat. Cuba mengalirkan sedikit kekuatan padaku untuk dirinya walaupun aku tahu kekuatanku tidak sebesar zarah.


Lepas Isyak, kami berempat bersalaman dengan ibubapa Razi. Kami perlu pulang memandangkan masing-masing ada kelas keesokan harinya. Sayu hati melihat hanya mereka berdua sahaja dirumah ditemani sanak saudara yang bakal pulang  ke rumah masing-masing juga.

"Saya akan selalu datang melawat makcik pakcik disini. Tunggu saya." ujarku sambil memeluk Puan Leha sambil diperhatikan Tuan Idrus dan rakan-rakanku.

"Kami dah tiada sesiapa disini. Pada kamu semualah, kami menumpang kasih." balas Puan Leha sayu sambil melepaskan pelukannya. 

Kami berempat mengangguk kecil. Memahami isi hati seorang ibu yang baru sahaja kehilangan anaknya.

"Kami akan selalu datang melawat pakcik dan makcik disini setiap hujung minggu. Anggaplah kami semua ni anak makcik dan pakcik." Ujar Heykal pula. Nana , Amira dan Aku turut mengangguk mengiyakan.

Puan Leha dan Tuan Idrus mengangguk kecil. " Sejak kamu berkawan dengan Razi dulu, kami dah anggap kamu semua ni dah macam anak kami dah."

Kami berempat tersenyum. Senang hati dengan penerimaan keluarga Razi. "Kami pulang dulu ya, makcik pakcik. Assalamualaikum.."



"Waalaikumussalam." jawabku tiba-tiba sekaligus mematikn lamunanku. Sambil bangun dari pembaringan. aku berlari anak dan sempat menyeka air mata yang gugur setitits dua dek teringat peristiwa 2 tahun lalu yang berlayar diingatan sebentar tadi. Pintu bilik dibuka dan terjengul wajah Nana dan Amirah yang sedang tersenyum manis. Kedua mereka lengkap dengan pakaian berbaju kurung. Aku mengerutkan dahi. Tanda hairan.

"Dah lupa? Kan kita dah rancang semalam nak jumpa Mak Leha dengan Pak Idrus hari ni.." Nana mengingatkan ku sambil mencelah masuk kedalam bilikku.

"Woi ! Kau tak mandi lagi? Padan tu lah bilik kau bau masam! Bau ketiak kau lah ni.. Ke bau air liur basi kau?" galak Nana mengenakan diriku. Aku mencebik. Malas mahu melayan.

"Cepatlah siap. Heykal dah tunggu kat bawah dah. Dia cakap, lau kita tak turun sepuluh minit dari sekarang. Dia bagitahu kat semua orang yang kau dengan dia dah kahwin."

Aku membuntangkan biji mataku. Celupar sungguh mulut minah seorang ni. Melihat reaksi ku, Nana dan Amirah tergelak sakan. 

Aku menghampiri meja yang berdekatan dengan tingkap bilikku. Seketika, pandangan ku sempat terarah kearah sebuah frame bersaiz empat segi tepat yang jelas memaparkan diriku dan Heykal yang lengkap berpakaian pengantin.

Siapa sangka, cuti sem tahun lepas akhirnya kami bernikah. Tiada ribut,  tiada hujan, Heykal datang masuk meminang diriku. Dan, sungguh aku tak sangka Heykal pernah menyimpan perasaannya padaku sejak dulu lagi. Aku tersenyum kecil sambil tanganku menyentuh frame itu lama.

"Woit. Cepatlah makcik. Kitaorang dah lama tunggu ni." gesa Nana yangsudah siap pun mengemas tempat tidurku tanpa aku sedar.

"Itulah. Heykal ajak duduk serumah dengan dia, tak nak. Jual mahal." sambung Amirah pula.

Aku menjuihkan bibirku. " Nama pun aku tak habis belajar lagi. Nak buat macam mana? Lagipun, aku malas nak duduk serumah dengan dia, nak buat apa je?"

Nana dan Amirah saling berpandangan. Sengihan nakal bermain dibibir mereka. " Boleh dia tanya kita, dia nak buat apa? Adoi.. Buat babylah. Apa lagi? Kitaorang pun tak sabar nak dapat anak buah ni." galak Nana bersuara membuatkan aku menjegilkan biji mataku.

Nana, You are too much!


Hidup tak seindah apa yang kita bayangkan. Kekadang apa yang kita rancangkan, Allah jua yang menentukan. Macam aku. Bercinta sakan dengan arwah Razi selama 4 tahun. Rupa-rupanya jodohku bukan dengannya. Siapa sangka? Kuasa Allah mampu menggubal sesuatu perkara. Kini, Aku sah menjadi isterinya. Amin Heykal. Suami merangkap sahabat baikku sendiri. Moga-moga dengan perhubungan ini akan menjadikan kami lebih menyayangi antara satu sama lain dengan cara yang lebih halal. Ya. Halal dalam segala-galanya. Awww!

-Tamat-



glitter-graphics.com



Cerita Dulu | Cerita Baru
Have A Click!

Diary About Stuff Site

Tuan Belog :D


22 YEARS OLD
BACHELOR OF PSYCHOLOGY

FREELANCER WRITER


"Sometimes You Have To Bite The Bullet, Not Only Must You Learn To Accept Their Gaze With Your Eyes But Also With Your Heart"



glitter-graphics.com



REVIEWREVIEW

BLOG 7 PELANGI CINTA. KARYA 7 PENULIS. KLIK SINI!
PENCURI HATI DI ILHAM KARANGKRAF!KLIK SINI
MENCARI CINTA DI PENULISAN2U! KLIK SINI!


CAKAPCAKAP!



glitter-graphics.com


Awesome People !



glitter-graphics.com


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Nurul Atiqah

Best View at GOOGLE CHROME!