Cinta Si Jejaka Langsir
Monday, October 1, 2012 @ 3:30 AM | 0 Comment [s]
"Mirul !!" Panggil Haziq dari dalam kedai. Amirul yang sedang mengemas kain-kain langsir di stor terkejut dengan laungan tersebut. Pantas,dia keluar dari stor dan menghampiri Haziq. "Apa pasal?" tanya Amirul yang berdiri disebelah Haziq. Matanya terpandang kearah dua gadis yang sedang meneliti kain langsir. Seorang dalam berusia 30-an manakala yang seorang lagi masih kabur-kabur dalam meneka umurnya. Samada umur 20-an atau lingkungan belasan tahun. "Ni haa.. Kakak ni nak beli kain langsir. Kau kan pandai decorate bentuk-bentuk langsir ni, kau buat lah. Aku layan customer lain, tau?" Haziq berkata kemudian berlalu kearah pelanggan yang baru tiba kedai langsir itu. "Akak nak pilih langsir macam mana? Bentuk apa?" Tanya Amirul sambil memegang pembaris meternya. Difokuskan sepenuhnya permintaan pelanggan yang mungkin pelbagai ragam. Memang itulah diperintahkan untuk pekerja-pekerja kedai langsir. Customer always right! " Katakan saya beli kain langir jenis ni, bentuk apa yang sesuai untuk rumah saya?" Soal gadis yang dianggarkan berusia 30-an itu. Ditunjukkan kain cotton berwarna maroon itu. "Tingkap rumah akaq bentuk macam mana?" tanya Amirul memfokuskan kearah gadis berusia 30-an itu. " Bentuk macam mana dik?" soal gadis berusia 30 an itu pula kepada gadis disebelahnya. Tahulah Amirul bahawa kedua gadis itu sebenarnya mempunyai hubungan adik beradik. Dianggarkan si adik dalam lingkungan belasan tahun. Bergaya dengan kemeja feminim berwarna biru dipadankan juga dengan seluar denim yang berwarna biru. " Tingkap kita tingkap casement." ringkas sahaja jawapan si adik. "Oh, casement. Kalau macam tu, akak kena pilih kain ni." Amirul bergerak mengampiri kain langsir jenis cotton berwarna coklat gelap yang tidak mempunyai corak. Si kakak kelihatan teragak-agak. "Colour lain takde ke? Dinding rumah saya cat colour kuninglah. Takut nanti tak matching pulak". tanya Si kakak teragak-agak. " Okeylah tu. Cantik. Kata nak antiklah, kayu jatilah, kan? Matching lah tu dengan dinding rumah akak." sampuk si adik tiba-tiba. Amirul pula hanya menyaksikan perbualan kedua beradik tersebut. "Ya ke?" Si kakak kelihatan ragu-ragu. Dia memandang Amirul penuh kepastian. " Rasanya.. Matching ke kain langsir colour ni dengan dinding rumah akak? Dinding rumah akak betul-betul cat kuning." Jelas si kakak bersungguh-sungguh. "Cantik kak. Lebih -lebih lagi tingkap casement. Nanti akak boleh minta tukang jahit jahitkan jenis biasa kat atas kain tu. Lepastu, tambah header yang colour ala-ala kuning cat kuning rumah akak. Boleh hiaskan header dengan renda-renda tu." terang Amirul yang turut membayangkan keadaan tingkap tersebut. Dia memandang si adik yang turut mengiyakan. Si kakak mula mengangguk kecil. "Okeylah kalau macam tu.." Dan, perbincangan tentang membuat langsir berjalan memakan masa selama 3 jam lamanya. Hanna menguap seluas mungkin. Diperhatikan lelaki yang bernama Amirul dan si kakaknya, Aina yang masih berada di meja kopi yang sengaja diletakkan bersebelahan kaunter pembayaran itu. Hanna yang berjam-jam tunggu di pintu masuk kedai itu masuk kembali ke kedai menghampiri kedua insan tersebut. "Kak, lambat lagi ke?" Hanna menarik kerusi sebelah Amirul. Dengan selamba, dia duduk menghempas punggung disitu. "Nanti dulu. Lambat lagi." jawab Aina ringkas. "Alah, suruh dia ukur sendirilah tingkap rumah akak. Suruh dia datang esok. Ana ada kelas petang ni." desak Hanna bersungguh-sungguh. Aina mendiamkan diri. Dia memandang lelaki dihadapannya. "Esok Amirul free tak?" Amiru hanya menjugkit bahu. " Kena tanya bos dulu, kalau dia bagi perlepasan saya on gi rumah akak." "Baiklah kalau macam tu. Ni akak sediakan nombor telefon akak. Apa-apa hal, kau contact je akak kat nombor tu." Ujar Aina sambil mengeluarkan kad nama dari beg tangan dan dihulurkan kepada Amirul. Amirul menyambut dengan satu anggukan berserta senyuman. "Terima kasih Mirul.." "Sama-sama kakak. Jumpa lagi." Matanya sempat menangkap kearah Hanna yang hanya berpeluk tubuh di satu sudut. "Hello?" Kedengaran satu suara halus merdu menyapa gegendang telinganya. Amirul gugup seketika. Entah kenapa, jantungnya berdegup pantas mendengar suara halus ni. Seperti pernah didengarinya cuma agak kabur-kabur siapa tuan empunya suara ini. "Hello? Siapa ni?" pemanggil bersuara sekali lagi. "Err..Hello! Ni Aina ke?"gagap Amirul bertanya. "Eh,tak! Ni adik dia. Dia dah tak guna nombor ni lagi." Suara gadis itu menjawab. Amirul sudah cuak. Masakan Hanna? Dia meneguk liur. "Ni siapa ye? Boleh mintak nombor telefon Aina?" "Siapa ni? Kawan dia ke?" "Ni Amirul.. Lelaki yang kat kedai langsir tu.." jawab Amirul lambat-lambat. Rasa merendah diri itu pasti ada dalam dirinya yang hanya bekerja sebagai pekerja di kedai langsir cuma. "Amirul..? Oh? Amirul ! Kejap ye?..Akak! Pak Cik kat kedai langsir tu telepon!" Kedengaran Hanna memanggil kakaknya. 'Pak Cik? Pak Cik kau panggil aku? Ada jugak yang nak kena gesel kat jalan tar ni! Aku bukannya tua sangat pun. Baru 24 tahun. Memang nak kena !' bebel Amirul dalam hatinya. "Amirul?" Suara Aina menyentakkan lamunannya. Segera dia kembali kealam nyata. "Ya kak?" "Kau free hari ni?" soal Aina. "Yup! Bos kasik keluar atas urusan kerja. Mana satu rumah akak ni? Kita dah sampai kat kawasan perumahan dah ni. Cuma lorong rumah tak pasti yang mana satu." "Okey. Kau cari nama Jalan Delima. Rumah akak nombor 48." jelas Aina. "Okey set. Thanks kak." "Most welcome." talian dimatikan. Terlopong mulutnya melihat kediaman milik Aina. Ni bukan kawasan perumahan dah ni. Ni rumah persendirian! Tergamam melihat kediaman banglo tiga tingkat milik Aina. Dia hampir tertipu dengan permulaan simpang untuk masuk ke kawasan perumahan ini. Rupanya setiap lorong mempunyai ciri-ciri rumah tersendiri. Dan dia berbesar hati, dapat berkhidmat di rumah sebesar ini. Loceng ditekan beberapa kali. Kemudian, beberapa minit seorang perempuan 50-an membuka pintu rumah utama sebelum menekan suis automatik pintu pagar utama rumah tersebut. Kagum! Amirul memasuki perkarangan rumah mewah itu dengan rakan sekerjanya, Adam. "Untung kau Mirul. Dapat customer kaya gila! Ni bukan jutawan dah ni. Ni billionwan!" Gurau Adam sambil tergelak riang. Amirul hanya tergelak tipis. "Hah! Mirul !Masuklah. Siapa ni? Kawan kerja kau?" Riuh mulut Aina menyambut tetamunya. "Kenalkan ni Adam. Adam, ni Kak Aina." Amirul memperkenalkan kedua insan tersebut. Masing-masing hanya mengangguk sambil tersenyum kecil. "Eh, duduklah dulu. Tunggu sekejap. Hanna tengah buat air." Aina berlalu kedapur kemudiannya. "Hanna? Siapa tu?" tanya Adam ingin tahu. "Adik dialah." jawab Amirul sambil memerhatikan rumah banglo yang besar, luas dan mewah itu. Takkan lah dua beradik itu tinggal didalam rumah yang serba indah ini? Nak bertanya, seganlah pula. Siapa dia mahu menanyakan hal yang dirasakan terlalu peribadi dengan keluarga yang serba kaya ini? Lagipun, dia cuma pekerja sahaja. Bukan sesiapa. "Kau ni rapat semacam je dengan family ni? Sampaikan kau boleh kenal nama adik beradik dia?" tanya Adam hairan. "Yang tu, kemudian cerita. Sekarang ni selesaikan masalah ukur-ukur langsir ni dulu. Kau ukur langsir, Aku decorate langsir, okey?" Amirul mulai membahagikan tugas. Sengaja! Duduk dengan Adam kerjanya hanya bergosip sahaja. Satu kerja apa pun tak siap, Tak ke haru! Adam hanya mencebikkan bibir. "Maaflah.lambat buat air." Suara Aina kedengaran sambil menatang dulang berisi jag air dan beberapa biji gelas. Dibelakangnya, Hanna sedang membawa pinggan berisi kuih muih. Matanya tertancap pada Hanna. Terimgat kembali suara gadis yang halus dan merdu itu. Berlainan benar karakternya tempoh hari berbanding hari ini. Hanna Si lembut, Comel dan sungguh menawan hatinya. Hanna meletakkan pinggan diatas meja bulat yang besar itu. Bertentangan mata antara dia dan Amirul sebaik sahaja dia bangun mahu berlalu pergi. "Eh Hanna, nak pergi kemana tu? Kau duduk sini haa.. Tolong Amirul duk decorate langsir ni. Akak nak ukur langsir dengan Adam." panggil Aina tiba-tiba. Spontan dahi Amirul berkerut. Apehal dia dengan aku lak ni? Macam tahu-tahu je aku nak decorate langsir, Si Adam nak ukur langsir. Matanya terpandang kearah Hanna yang sedang mencerlungkan biji matanya kearah kakaknya. Entah apa masalahnya, dia tidak pasti. Yang penting dia bersyukur kerana tindakan Aina memberinya ruang untuk lebih mendalami Hanna, si gadis yang mulai mendapat tempat dihatinya. Kedua mereka membisu. Satu rumah riuh hanyalah kedengaran suara Aina, Adam dan beberapa suara pembantu rumah yang sibuk mengukur tingkap casement yang bersaiz lebar dan tinggi itu. Hanna pula lebih mendengar penjelasan dari Amirul. Sekali-sekala dia menyampuk membetulkan keadaan bentuk langsir yang mahu digubal. Tiba-tiba Hanna menarik sehelai kertas dari test pad milik Amirul dan menulis sesuatu pada kertas tersebut. Kemudian dicarikkan sedikit lalu dihulurkan pada Amirul. Lelaki itu menyambut dengan teragak-agak. "Ambillah." pinta Hanna tersenyum. Amirul akur. Ditelitinya setiap perkataan yang tertulis dikertas tersebut. 'Nak kawan boleh?' Spontan matanya terarah kearah Hanna yang sedang tersenyum menanti respon darinya.Wah ! Permulaan yang baik. 'Awak nak kawan dengan saya? Serius?' kertas bertukar tangan. Hanna menyambut dengan senyuman. Dipandang sekilas kearah Amirul yang turut tersenyum lebar. Kemudian, dicatatkan sesuatu pada kertas tersebut. Dihulurkan kembali kepada Amirul. Dan begitulah seterusnya.. 'Muka saya ada nampak main-main ke?' 'Eh, takdelah. Tapi, orang kaya macam awak ni. Nak ke kawan dengan saya? Si penjual langsir yang gajinya tak seberapa.' 'Janganlah nak merendah diri sangat. Tak bagus juga. Orang cakap orang yang suka merendah diri ni kurang keyakinan diri. Lagipun, kawan dengan awak, apa masalahnya? Saya tak nampak apa-apa pun masalahnya?' 'Perempuan akan pandang lelaki berharta. Sebab lelaki, tanggungjawabnya lebih. Membahagiakan pasangannya, memimpin keluarga ke jalan benar suatu hari nanti. Kalau kepapaan melanda hidup keluarga tersebut, tak ke naya nanti?' Huraiannya kali ni lebih panjang. Amirul menulis mesej tersebut pada satu helaian kertas putih. Lalu,dihulurkan kepada Hanna. Hanna menyambut dengan satu senyuman manis. 'Saya dapat teka yang awak ni takde girlfriend lagi,kan?' "Mana awak tahu?' 'Cara awak cakap pun dah tahu.' Amirul tepat memandang gadis dihadapannya. Wah! Satu prestasi yang membanggakan! Berbicara tentang status diri. 'Awak dah berpunya?' kertas baru itu dilipat dan diletakkan diatas meja berhadapan Hanna. Hanna menyambut sambil matanya memandang sekilas kearah Amirul sebelum membaca tulisan milik Amirul. Diambil pen biru lalu ditulis sesuatu. 'Belum lagi. Saya tengah tunggu someones special.' 'Bertuahnya awak.D ia tahu tak awak sukakan dia?' 'Rasanya tahu. Cuma bila fikir darjat dan keturunan ni, dia agak down sikit.' 'Hahaha.. Spesies sama dengan saya ni.' Kedengaran Amirul tergelak kecil sebelum dia melipat kembali lalu diberikan pada Hanna. Hanna mengambil kertas tersebut lalu dibaca. Gadis itu turut tergelak kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Entah apa yang difikirkan, Amirul sendiri kurang mengerti. "Hati perempuan mcm WIFI .. ada password, susah nak connect.. hanya lelaki yg istimewa sahaja yg tahu " Ujar Hanna perlahan kemudian bangun bergerak meninggalkan Amirul yang terpinga-pinga dengan penjelasan tersebut. Entah berapa ribu langkah dia berlari, dia sendiri tidak pasti. Yang pastinya, dia sudah sampai ke lapangan terbang walaupun agak lewat sedikit. Dia tercari-cari kelibat Hanna. Kata Aina, Hanna akan bertolak ke Jordan petang ini untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran. Setelah 6 bulan menyepikan diri sejak selesainya proses penggubalan langsir dirumah banglo itu. Masing-masing menyepikan diri. Amirul rindu. Namun sengaja disepikan setiap panggilan dan mesej dari Hanna kerana memikirkan statusnya sebagai penjual langsir sahaja. 'Hati perempuan macam WIFI, ada password, susah nak connect. Namun hanya lelaki yang istimewa sahaja yang tahu.' Kini, baru dia menangkap kata-kata sebenar Hanna. Mereka saling mempunyai perasaan yang sama namun disebabkan status darjat yang selalu menyelubungi fikirannya. Dia hanya menidakkan segala kemungkinan yang berlaku. "Ah..lelaki yang kaya untuk perempuan yang kaya sahaja." "Lelaki miskin direject mentah-mentah oleh mertua!" Ditepis segala tohmahan yang bakal berlaku. Apa nak jadik,jadiklah! Janji dia dan Hanna dapat mengikat kasih yang 'baru' bermula. "Hanna!" laung Amirul kuat menyebabkan semua mata memandang kearahnya. Langsung tidak dihiraukan mata-mata yang memandang. Hanna yang sedang menarik bagasinya terhenti. Ditoleh melihat kearah Amirul yang sudah kemerahan wajahnya. Nafasnya jelas kelihatan tercungap-cungap. Amirul mengesat peluh didahinya sebelum bergerak menghampiri Hanna yang tergamam. Tepat kedua matanya bertatapan mata Hanna yang sudah berair. "Langsir takkan sempurna tanpa buat header dan body." Ujar Amirul perlahan. Hanna memandang kedua anak mata Amirul yang berwarna coklat gelap itu. Mencari kebenaran disebalik pandangannya. "Same like a human. Kekadang ketidaksempurnaan seseorang itu menjadi pelengkap kesempurnaan seseorang itu." Dia menarik nafas seketika sebelum menyambung perlahan. Maafkan saya sebab lambat pick-up maksud awak hari tu. Dan, maafkan saya sebab tak reply mesej awak dan angkat calling awak. Sebenarnya saya terfikir kata-kata awak tempoh hari. Macam awak cakap hanya lelaki istimewa sahaja yang tahu. Dan,saya baru sedar dan yakin, sayalah lelaki istimewa itu." ujar Amirul cuba beromantis. Ini semua gara-gara Aina! Kalau Aina tak menyediakan dialognya, Parah juga! Terima kasihlah kepada Aina kerana memberitahu Hanna menyukainya. Kalau tidak, tidak merasa beranak cuculah hidupnya tanpa Hanna disisi. Hanna mengukir senyuman tipis. " Kak Aina bocorkan rahsia,ya ?" soal Hanna terus terang. Erkk?? " Eh, bocorkan rahsia apa ye?" Amirul buat-buat tak tahu. "Kalau Kak Aina tak telefon saya suruh tunggu awak kat sini, Dah lama saya naik flight pukul 2 petang tadi tau!" balas Hanna geram. Sekilas, Amirul memandang jam ditangannya. 4.3o petang! Pantas dia memandang kearah Hanna yang sedang tersenyum kecil. Amirul faham. Hanna meninggalkan flightnya semata-mata dirinya! "Minta maaf. Sebab saya, awak kena naik flight lagi satu." ujar Amirul serba-salah. Dalam diam, dia sedih. Apa gunanya confess jikalau Hanna tidak berada disisinya? "Nope! Saya tak nak naik flight lagi. Saya nak duduk dengan awak je. Bolehkan?"Hanna sudah tersenyum lebar. Amirul terkejut beruk. Segera lelaki itu mengukir senyuman bahagia. Dia terangguk-angguk beberapa kali. "So, mana cincinnya? Kak Aina cakap awak datang jumpa saya semata-mata nak melamar saya.." Hanna sedah melunjurkan jemarinya kearah Amirul dengan satu sengihan. Lelaki itu terkejut. Rahsianya sudah dibocorkan! Masaklah kau Aina lepas ni! Jaga kau! Dengan satu senyuman ala-ala ikhlas, dia menyeluk poket seluar jeans nya lalu duduk melutut di hadapan gadis tersebut. "Hope Aina tak bagitahu babak ni ye?" gurau Amirul membangkitkan tawa diantara mereka berdua. Tak dihiraukan langsung mata-mata juga mulut-mulut yang terlopong menyaksikan drama sebabak ini. "Jangan risau. Kak Aina just bagitahu awak nak kahwin dengan saya je." Gurau Hanna dengan perasaan gembira. Amirul pula mengukir senyuman bahagia. "Nur Hanna binti Zulfaqar. Sudikah awak menjadi isteri dan teman hidup seumur hidup saya? Berjanji menjadi sayap kiri saya dan setia kepada seorang lelaki yang bergelar suami? Yang sentiasa mengasihi, menyayangi dan mencintainya sepenuh masa walau apa jua keadaan?" Air mata Hanna sudah bergenang. Hanya tiba saat sahaja unutk menitis. Dia terharu. Sumpah! Kak Aina tak bagitahu langsung babak romantis ini padanya. Perlahan-lahan dia mengangguk kecil sambil membenarkan jemarinya disarung cincin indah yang bertatahkan 3 berlian itu. Semoga hubungan kita kekal hingga ke akhir hayat. Insya-Allah. glitter-graphics.com |
Have A Click!
Tuan Belog :D "Sometimes You Have To Bite The Bullet, Not Only Must You Learn To Accept Their Gaze With Your Eyes But Also With Your Heart" glitter-graphics.com
REVIEWREVIEW
CAKAPCAKAP!
glitter-graphics.com
Awesome People ! glitter-graphics.com
The Credits!
Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn Full Edited : Nurul Atiqah
|