#update
Esaimen berlambak, Final exam makin kemuncakk.


//Atiqah Tigertomey


Kasih Seindah Syawal

Monday, August 5, 2013 @ 8:13 PM | 0 Comment [s]






"Perjalanan jauh tak kurasa..
Kerna hatiku melonjak sama..
ingin ku berjumpa sanak saudara...
yang jauh di mata.."

Lagu 'Balik Kampung' nyanyian Sudirman yang berkumandang di corong radio memenuhi segenap ruang bas itu. Nurin meletakkan beg pakainnya dihujung kaki. Nasibnya baik kali ini. Dia mendapat duduk ditepi tingkap. Makin terasa nikmat balik kampung bila melihat suasana kampung yang sudah dua tahun tidak dikunjunginya. Sawah padi yang menghijau, angin petang yang bertiupan sepoi-sepoi bahasa, layang-layang dan wau yang bertaburan di dada langit menambahkan keterujaannya untuk pulang ke kampungnya yang terletak di Sungai Aceh, Pulau Pinang. Setelah agak lama dia melanjutkan pelajaran di Uitm, Puncak Alam di Shah Alam selama setahun baru dia berjaya menjejakkan kaki ke kampung lantaran kesibukan sebagai Pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Sosial.

Deringan telefon mematikan lamunannya. Segera dia menjawab panggilan itu bila tertera wajah Ibunya di skrin telifon. Dengan senyuman, dia menjawab.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam Nurin..Kamu ada kat mana tu?"

"Nurin dah ada dalam bas dah. Tapi, bas ni belum gerak lagi. Tengah tunggu pasengger lain."

"Baguslah macam tu. Agak-agak bila sampai sini? Nanti senang mak nak suruh abang kau ambil."

"Erm..Rasanya sampai malam. Pukul 9 kot. Mak cakap je dengan Abang suruh tunggu Nurin kat situ pukul 9. Agak-agak kalau lambat, suruh dia solat terawih kat tengah jalan stesen bas tu ha.." Nurin sempat berlawak.

"Alhamdulillah lah kalau macam tu. Mati Syahid abang kamu kena langgar dek bas, ya?" Sambut Puan Rohana dengan sindiran. Nurin tergelak lucu.

"Mudahan begitulah." Sambut Nurin lagi yang semakin galak tertawa lucu bila terdengar suara abang sulungnya, Akid yang merungut entah apa di corong pemanggil sebelah sana.

"Dahlah. Mak tutup telefon dulu. Nanti bila nak dekat sampai tu, bagitahulah mak. Nanti mak suruh abang kau ambil."

"Okeylah macam tu. Assalamualaikum mak."

"Waalaikumussalam."

Masing-masing mematikan talian. Nurin tersenyum kecil sambil menggeleng kepalanya beberapa kali. Gembira bukan kepalang. Tak sabar mahu melihat ahli keluarganya yang bersetuju menyambut raya disini. Pasti meriah!

"Beg kau ke ni?" Satu suara agak garau menyapa di pendengarannya. Pantas Nurin menoleh kearah seorang lelaki yang sedang berdiri disebelah tempat duduknya. Kemudian, pandangannya tertancap pada beg galas berwarna putih yang dimaksudkan. Segera dia mengambil beg galas tersebut.

"Sorry. Duduklah." Nurin melemparkan senyuman buat lelaki yang agak kasar perilakunya itu.

Lelaki itu mendengus marah. Dia menghempas punggung disitu dengan agak kasar. Nurin menahan geram dalam hati. 'Sabar! Bulan Puasa, Nurin!'

"Pesal kau tengok -tengok aku?" Lelaki itu merenung tajam kearah Nurin.

"Siapa tengok awak?" Nurin sudah hilang sabar. Tolong jangan cabar sifat harimau dalam diri. Merana nanti.

"Apa kau fikir aku tak nampak?" Lelaki itu yang sedang bersandar pada seat , bangun tegak menghadap Nurin.

"Suka hatilah. Lagipun, ni mata saya. Apa hak awak nak menafikan nikmat Allah bulan-bulan puasa ni? Sedar sikit. Cara awak tu yang menyumbang mata-mata tu tengok kat awak. Orang lain pun ada problems tapi, takdelah emo sampai saya yang takde kena mengena dengan awak pun, boleh terlibat.!" 'Nah. Lega. Panjang pulak teks yang aku bagi ni.' bisih hati kecil Nurin.

"Mak nenek." Balasnya sepatah membuatkan mata gadis itu terjegil.

"What?!" Dada gadis itu berombak ganas. Cuma tunggu masa merempuh bagaikan tsunami. Nafasnya menderu agak kasar. Bagaikan hembusan nafas seekor naga didalam cerita Saholin dahulu kala.

"Pekak ke?" Jeling lelaki itu.

Nurin menghembus nafasnya kasar. "Awak ni datang bulan ke? Nak emo tak tentu pasal?"

Lelaki itu tersengih sinis. "Dah takde idea nak balas? Hmm..?"

Gadis itu mencuka. "You know what.. Silence is the best reply to a fool." Nurin memalingkan wajah ke luar tingkap. Meluat duduk disebelah lelaki perengus ini. Emo tak tentu pasal di bulan puasa . Ya Allah, bagilah kekuatan pada ku ini. Kedengaran lelaki perengus itu tergelak sinis. Ahh ! Makin sakit hatinya. Biarkan. Biarkan Nurin. Nyahkan perengus itu dari pandangan kau.


Nurin terbangun bila kepalanya terhantuk pada satu benda yang keras. Sekali lagi matanya terjegil. Benda yang keras dimaksudkan dahi si lelaki perengus itu!. Dia tertidur, hinggakan terhantuk dahi lelaki tersebut. Hah! Ni balasan untuk kau! Mulut celopar sangat kan tadi?! Ambik kau. Nurin tertawa dalam hati. Tawa besar hinggakan tersungging senyuman dibibirnya. Namun entah macam mana, saat itu, lelaki perengus itu membuka matanya dan memfokuskan pandangan ke arah Nurin. Nurin kaget seketika. Kedua mereka berlawanan mata. Agak lama. Masing-masing tidak mahu kalah. Namun,tak sampai beberapa minit lelaki itu bergerak sedikit membuatkan Nurin seperti tersedar. Pantas dia memandang kehadapan. Merah mukanya. Jantungnya berdetak laju. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

"Asal? Kalah? It Should be. You a loser." Lancar ayat itu keluar dari bibir lelaki itu.

Nurin merenungnya kembali. Tajam. Tidak semena, Nurin menghantuk kepalanya pada kepala lelaki itu beberapa kali hinggakan lelaki itu diam tidak berkutik. Mati agaknya. Darah pun sudah keluar meleleh dari celahan rambutnya yang pacak itu. Nurin tertawa besar. Puas hatinya.

"Ada jugak orang gila kat bulan puasa ni,ya?"

Bayangan kejam itu sekaligus terbang dek teguran lelaki itu. Nurin kembali ke alam realiti. Tawanya tadi termati. Okey, dia berfantasi sebentar tadi. Dijelingnya lelaki itu dan memandang ke luar tingkap. Sakit hatinya.

"Woi, kau budak mana, hah?" Soal lelaki itu. Cuba untuk berbual dengan nya. Namun, Nurin diam. Malas mahu melayan lelaki gila disebelahnya. Sekejap mulut celupar habis, mulut bukan main memerli orang. Lepas tu, baik pula. Entah apa yang merasuk lelaki itu hinggakan nak berbual dengannya. Memang gila.

"Woi, aku tanya kau lah."

Nurin menoleh kearah lelaki itu. Lambat- lambat. "Awak cakap dengan saya, ke?" sinis soalan gadis itu.

Lelaki itu tersenyum nipis. "Kau merajuk?"

"Buat apa? Merajuk dengan awak? Sorry. I waste my time."

Lelaki itu tertawa galak. "Okey. Waste my time ,huh?"

Selepas itu, kedua mereka senyap. Macam mumia.




Pukul 6. 30 petang, Bas Ekspress berhenti di Rehat&Rawat Sungai Perak untuk memberi kelonggaran para penumpang untuk beristirehat sebelum menyambung perjalanan selepas berbuka. Nurin bangun setelah mencapai beg galasnya. Dia mahu turun, membeli apa yang perlu untuk berbuka nanti. Dilihat lelaki itu sedang nyenyak tidur sambil mendengar mp3 dari corong headphonenya yang besar bagaikan telinga gajah. Kaki lelaki itu bersilang hebat. Macam mana dia mahu keluar kalau kaki sebesar hippotamus itu menghalang pergerakannya? Dengan selamba, Nurin menyepak kaki lelaki itu sekali. Tiada respons. Aku sepak perlahan sangat ke? Sepak buat kedua kali. Kali ini kuat sikit. Tiada respons juga. Nurin sudah mengeluh. Kenapa? Kenapa? Jangan uji aku dibulan puasa dengan ujian begini,Ya Allah..
Dengan geram dan marah yang bersarang didada, Nurin menyepak kaki lelaki itu dengan kuat hinggakan kaki kiri yang bersilang itu terjatuh dari duk bersandar dengan kaki kanan. Serta merta lelaki itu terbangun dari tidurnya. Terkebil- kebil mata kuyu lelaki itu memandang sekeliling.

"Dah sampai ke?" soal lelaki itu dengan suara serak basahnya.

Nurin tersenyum manis yang dibuat-buat. "Dah. You arrived... at hell." Nurin menekan suaranya sambil menjegil matanya tanda geram.

"Dah sana! Saya nak turun. Nak beli makanan untuk berbuka. Lainlah awak. Entah puasa ke tidak?" Perli Nurin agak kuat menyebabkan mata-mata tersenyum sumbing melihat kedua mereka. Lelaki itu memandang sekeliling kemudian kembali memandang gadis itu dengan renungan tajam.

"Sayang.. apa ni? Awak tu sebenarnya yang tak puasa. Cakap Abang pulak. Abang lelaki. Mana ada period-period ni." Bidas Lelaki itu sambil membalas pandangan 'terjegil' milik gadis itu. Nurin yang berdiri tegak dihadapannya terlopong. Abang? Period? What the...?!

Lelaki itu tersenyum. Dia bangun sambil menyimpan mp3 berserta headphonenya kedalam beg galasnya. Kemudian beg itu disandang pada bahunya. Dia mengerling sekilas kearah gadis yang masih merenungnya tanda tidak percaya.

"Jom sayang.." Senyuman masih terukir dibibir lelaki itu. Nurul mengetap bibir bawahnya. Geram. Lelaki ini sahaja mahu malukan dirinya. Ah ! Memang padan dengan muka aku. Siapa suruh aku kenakan dia, kan diri sendiri dah kena malu. Sepantas itulah, dia keluar mendahului lelaki itu. Sempat dia melanggar bahu lelaki itu. Tunjuk protes sebenarnya. Tak dihiraukan mata-mata yang memandang. Mungkin ini adegan sepasang suami-isteri 'muda' yang tak patut mereka tonton.


SEUSAI solat maghrib, Nurin menjinjing beg plastik yang dipenuhi beberapa bungkus roti, sepaket gula-gula dan satu botol air mineral. Dia berjalan ke arah tempat parkir dimana semua bas terparkir disitu. Namun, kelibat Bas Ekspress yang dinaiki sebentar tadi... macam tiada! Entah kali keberapa, matanya terjegil melihat bas yang dinaiki sudah tiada. Terpusing-pusing gadis itu mencari Bas Ekspress tersebut.

"Err.. Pak Cik ada nampak bas yang balik ke Pulau Pinang tak? Tak silap saya, Nama bas tu Internatioanl..?" tanya Nurin pada seorang pakcik yang duduk di wakaf berdekatan tempat parkir bas.

" Bas tu? Oh.. Pukul 7.15 tadi dia bergerak."

"What?!" Matanya kembali terjegil. Entah kenapa hari ini, kerap kali matanya asyik terjegil.

"Pak Cik biar betul?"

Pak Cik itu mengangguk.

Nurin seperti mahu menangis. Sebak didalam hati cuba ditahan.

"Anak ni, kenapa? Naik bas tu ke?"

Nurin mengangguk lemah. "Takpelah Pak Cik.Saya pergi dulu."


DI BAWAH POHON, Nurin melepaskan tangisan kuatnya disitu. Selamatlah bulan puasa, Kalau tidak, orang yang lalu- lalang disitu pasti seram sejuk dek dengar tangisannya yang berlagu pilu itu di waktu malam itu. Dia menimbang nasib. Sudahlah pagi tadi, dia ditakdirkan duduk disebelah 'lelaki perengus'. Kemudian, kena tinggal bas pula. Pasti Mak risau. Oh ya! Mak ! Pantas itu, dia menyeluk poket seluarnya mengeluarkan Sony Xperia lalu mendail nombor telefon rumah. Lama deringannya.

"Assalamualaikum.."

"Mak!" Terjah Nurin tanpa menjawab salam terlebih dahulu.

"Ya Allah, Nurin.. Kenapa terjerit-jerit ni? Jawab salam dulu nak oi.." bebel Puan Rohana.

"Mak! Tolong Nurin mak.." Nurin sudah tersedu-sedu disitu.

"Kenapa Nurin..?Jangan takutkan mak. Kenapa kau menangis ni?" Suara Puan Rohana Kelihatan risau.

"Mak.. Nurin tertinggal bas."

"Hah?! Tertinggal bas? Ya Allah, budak bertuah.."

"Nurin solat je pun. Tak berbuka lagi ni. Ingatkan nak berbuka dalm bas. Tengok-tengok bas dah takde.. Sengsorang pulak tu..Takde kawan.."
Rengek Nurin sambil memangis tidak henti-henti.

"Nurin kat mana ni? Biar Abang yang ambil nanti."

"Tak menyusahkan ke?" Nurin mengelap airmata dengan telapak tangannya.

"Takkan mak nak tinggalkan kau sengsorang kat situ? Tak bahagialah raya mak tahun ni. Kau satu-satunya anak perempuan mak!" ujar Puan Rohana. Sempat Nurin tersenyum terharu.

"Nurin ada kat R&R Sungai Perak. Nurin tunggu sini. Cakap dengan Abang, terima kasih."

"Baiklah. Jangan pergi mana-mana. Tunggu kat situ." pesan Puan Rohana bersungguh-sungguh.

"Baik mak. Assalamualaikum." Talian dimatikan. Serentak itu, sepasang tangan kekar menghulurkan sehelai tisu. Nurin hanya mengambil tanpa kata. Dikesat hidungnya yang berair. Kemudian, barulah dia menoleh.

"Erk?? Awak?!"

Lelaki itu tersenyum. Senyuman ikhlas buat pertama kali dihadiahkan untuk gadis itu. "Saya pun kena tinggal jugak."




TEPAT PUKUL 11 malam, kereta Hyundai Tiburon selamat berhenti di hadapan mereka. Hilmi, si lelaki perengus itu segera bangun dan membiarkan Nurin jatuh tergolek setelah dibiarkan lama kepala gadis itu 'landing' di kawasan bahunya. Nurin terpisat-pisat sambil mata kuyunya memandang Hilmi yang bangun mencapai beg galas dan beg pakaian sebelum pandangannya tertancap pada sebuah kereta Hyundai berwarna putih. Eh, macam aku kenal kereta ni?. Pintu pemandu dibuka. Dan keluar seorang lelaki yang segak dengan pakaian T-shirt polonya dipadankan seluar jeans berwarna putih bersih. Serta- merta matanya terbuntang luas. Mak Aihh!! Handsome nya!

"Abang !" Nurin pantas bangun dan berlari menghampiri abang sulungnyanya, Akid. Tak dihiraukan reaksi muka Hilmi tika itu, pantas dia memeluk abangnya seerat mungkin.

"Maaflah. Abang lambat. Jalan jam betul tadi. Maklumlah, esok dah nak raya." Akid melepaskan pelukan erat Nurin. Digosok kepala Nurin yang dibalut dengan selendang. Nurin segera mencebik sambil menepis tangan abangnya. Pantang bila tangan kekar itu menggosok kepalanya.

"Jom balik. Hah, kau.. Lama tak jumpa. Bro, whats up?" Akid menghampiri Hilmi dan seperti biasa, mereka melakukan 'shakehands' versi mereka. Nurin melopong melihat kemesraan kedua lelaki itu.
Er..Ada apa apa yang aku tak tahu ke ni?

"Abang kenal dia?"

Akid pantas mengangguk. " Ni kan kawan Abang Azzam."

Rahang milik gadis itu terjatuh dan mengeluarkan lidahnnya yang tergulung panjang. 'Kawan Abang Azzam?'. Buat seketika pandangan mereka bertembung. Segera Nurin melarikan pandangan. Tak sanggup bertatapan lama dengan mamat perengus tetapi mempunyai hati yang baik itu.

"Dia yang telefon abang suruh ambil dia. Kebetulan, dia pun tertinggal bas kat sini. Sama dengan Nurin."

Sekali lagi, rahangnya terjatuh.

"Abang ambil dia? Why?" soal Nurin ingin tahu. Bertaut kemas kedua keningnya.

"Family dia balik raya kat London tahun ni. So, dia tak balik sana dan dia akan raya kat kampung kita." jelas Akid tersenyum nipis.

"Sengsorang?" Soal Nurin sambil matanya sempat melihat Hilmi yang sudah tersegih kerang busuk itu. Hilmi melemparkan pandangan kearah Akid sebelum kembali memokus kearah Nurin. Apa sebenarnya ini? Permainan apa yang mereka mainkan ini? Kenapa Hilmi pandang Abang Akid macam tu sekali? Kenapa dia tergelak sampai macam tu?

"Means, tahun ni Hilmi beraya dengan family kita." Kenyataan dari Akid membuatkan gadis itu sesak nafas. Terkejut. Dia memandang Hilmi yang tergelak tampan. Oh, apakah perasaan ini? Gembira? Excited? Berdebar? Tapi, untuk apa aku berdebar? Dia bukannya makan orang ! Fikiran Nurin bercelaru. Pandanganya terasa kabur seiring kesakitan teramat di kepala. Perutnya terasa perit. Hilmi , si lelaki perengus akan beraya bersamanya tahun ini ?.. Maknanya, lelaki perengus itu akan tinggal sebumbung dengannya! Oh My .. Pandangannya terus kelam.



DARI JAUH, sayup-sayup kedengaran takbir raya di masjid berdekatan. Nurin membelek wajahnya yang pucat di cermin meja solek. Tubuhnya lengkap bersarung baju kurung moden yang dibeli di Shah Alam dua minggu lepas. Seketika, pintu dibuka dari luar menampakkan Puan Rohana yang sudah siap bertelekung.

"Nurin okey tak? Muka pucat je tu?"

Nurin pantas mengangguk. Bersemangat mahu menunaikan solat hari raya. Manalah tahu, tahun ni tahun terakhir dia menyambut Syawal. Siapa boleh jangka? Kuasa Allah.

"Itulah.. siapa suruh tak makan? Kan dah kena gastrik."

"Eii. Nurin makan lah." protes Nurin manja.

"Makan coklat yang Hilmi bagi tu? Mana nak kenyang." Geleng Puan Rohana. Nurin hanya tersengih. Teringat pula mereka berkongsi makanan semalam. Roti, Gula-gula, dan coklat jenama Cadbury. Memang tak kenyang. Tapi, tak mengapalah. Tengok wajah Hilmi pun dah cukup kenyang. Hehe. Erk? Apa kau dah melalut ni, Nurin?

"Dah jom. Pergi makan dulu. Semua dah tunggu kat luar. Kita jalan kaki je lah. Bukannya jauh pun."

Nurin mengangguk. Pantas langkahnya diatur mengekori ibunya dari belakang. Sebaik keluar dari biliknya, matanya meliar mencari kelibat seseorang. Okay. Target sudah dikenal pasti. Lensa mulai memokuskan pada target tersebut. Snap! Matanya menangkap kelibat Hilmi yang sedang bergelak ketawa dengan Ayahnya, Tuan Mansur dan abang-abangnya sekalian di ruang meja makan. Hilmi tampak segak dengan baju melayu Johor berwarna hitam dipadankan dengan seluar jeans berwarna biru lusuh. Alahai.. Hilmi, apa pasal ko handsome sangat? Sekali pandang macam Robert Pattinson. Tapi, dua kali pandang macam vampire pulak dah. Asal ko putih sangat ni?

"Hah, Nurin! Apa pasal duk tercegat kat situ macam public phone? Meh duduk sini dengan kitaorang!" ajak Abang keduanya, Arif sambil menepuk kerusi disebelahnya. Spontan, mata-mata memandang kearah Nurin. Namun, pandangan gadis itu tertancap pada satu. Hilmi. Yang turut memfokuskan kearahnya. Cepat-cepat gadis itu melarikan anak matanya dan menghampiri meja makan. Reaksinya selamba. Tapi, Hanya Tuhan yang tahu bagaimana hatinya saat kini.

"Hah duduk. Nurin nak makan apa?" tanya Ayahnya, Tuan Mansur prihatin.

Mata Nurin melingas kearah lauk pauk yang tersedia ada. Lemang, ketupat, rendang, ayam masak sambal pedas, lontong. Wah!! Kecur air liurnya.

"Nak semua!" jawab Nurin bersemangat. Tuan Mansur hanya tergelak.

"Kalau Hilmi nak tahu, Nurin ni memang kuat makan. Dalam banyak adik beradik diaorang, Nurin ni je lah yang rajin menghabiskan lauk pauk kat rumah ni." terang Tuan Mansur selamba. Nurin sudah tercekik. Cepat dia menyambar gelas yang terisi air sirap bandung lalu diteguk rakus.

"Nurin. apa tu? Tak senonoh betul anak dara seorang ni!" ujar Puan Rohana sambil menggeleng kepalanya beberapa kali. Dia duduk bersebelahan suaminya dan berhadapan dengan anak perempuan tunggalnya.

"Nurin memang macam ni. Kau jangan buat bini ya, Hilmi." pesan Abang Azam, yang merupakan anak lelaki terakhir dalam keluarganya. Spontan, Nurin menendang kaki Azam di bawah meja. Azam sedikit tersentak namun dia hanya mengetap bibir menahan sakit. Kurang ajar punya adik! Nurin melemparkan jelingan tajam pada Azam. Malulah! Jangan burukkan adik sendiri depan prince charming, boleh tak?! Nurin memandang Hilmi. Gulp! Hilmi sedang merenungnya sambil tersenyum tampan.


SEUSAI solat sunat Aidilfitri, Nurin terus pulang kerumah tanpa ditemani sesiapa. Puan Rohana pulang agak lambat kerana sibuk menguruskan jamuan Aidilfitri untuk jemaah masjid begitu juga dengan ayahnya. Abang Akid, dan Abang Arif turut menyertai jamuan tersebut. Dia tidak pasti pula kemana pergi Abangnya yang ketiga iaitu Abang Najmi dan Abang Azzam. Oh, Tidak ketinggalan Prince Charming Hilmi! Hurm.. mungkin duk lepak kat sawah atau main mercun dengan rakan-rakannya yang lain. Ahh, Abang-abangnya tu bukannya betul sangat. Ada je nak kenakan orang. Lebih-lebih lagi hari raya begini. Mercun memang tak lepaslah!

"Poom!" Sergah seseorang dari belakang membuatkan dia melatah secara auto. "Mak kau Hilmi sayang!"

Nurin memandang tiga sekawan yang tersengih kearahnya. Siapa lagi kalau bukan Abang Najmi, Abang Azam dan.. Hilmi!

Wait a sec! 'Mak Kau Hilmi sayang?'. Ohh Tidakk!!! kenapa nama lelaki itu juga yang terkeluar? Wae?!

"Siapa yang Nurin sayang ni? Mak ke Hilmi?" usik nakal Abang Azzam. Nurin mencebik. Tapi, hatinya berdebar kencang. Malu mahu menatap wajah Hilmi yang entah apa reaksinya bila terdengar dia melatah begitu. Segera dia meneruskan perjalanan yang tertangguh. Sementara tiga sekawan berjalan menyaingi langkahnya.

"Hei adikku comel. Tak jawab soalan lagi." Abang Najmi menyandarkan lengannya pada bahu kiri Nurin manakala Abang Azzam memegang bahu kanan Nurin. Nurin buat tak endah.

"Nurin. Nak tahu satu rahsia tak?" bisik Abang Azzam pada telinga Nurin. Nurin pantas menghentikan langkahnya. Dia menepis kedua lengan abangnya. Berat. Macam batu bata. Naik lekuk bahu dibuatnya. Spontan, langkah tiga sekawan itu turut termati.

"Apa?" Tajam matanya menatap wajah Abang Azzam. Lelaki itu tersengih. Dia memandang kearah Hilmi yang mempamerkan riak wajah kosong memandang mereka tiga beradik. Entah apa-apa je mereka ni. Namun, dicuba juga memasang telinga. Takut- takut, kedua temannya itu memberitahu sesuatu yang tidak patut. Naya !

Abang Azzam tergelak kuat. Dia mengangkat kening beberapa kali memandang Abang Najmi kemudian pandangannya tertancap kearah Nurin yang sudah lenguh menunggu.

"Nak cakap.. Yang Hilmi ni sebenarnya.."

"Woi..Ko pehal?!" terdengar suara kasar milik Hilmi di belakang. Lelaki itu menghampiri kedua temannya. Segera ditarik bahu Abang Azzam agar menjauhi Nurin. Hish ! Bahaya! Rahsianya hampir terbongkar.

Abang Azzam tergelak kuat melihat respons Hilmi.Dia menapak jauh dari situ. Dia punyai rancangan sendiri. "Hilmi suka kat kau, dik!" Sambung Abang Najmi tiba-tiba dengan kuat. Hilmi tersentak. Pantas ditarik selipar yang dipakai. Spontan, dibaling kearah Abang Najmi yang sudah jauh meninggalkan mereka. Siot punye member! Kawan makan kawan!. Abang Azzam pula tersengih lebar melihat Abang Najmi berlari mendapatkannya. Nampaknya, rancangan mereka berjaya! Dilihat Nurin Dan Hilmi yang sudah jauh ditinggalkan.

"Hilmi! Balik mintak restu mak bapak aku!" jerit Abang Azzam kuat kemudian berlalu pergi bersama Abang Najmi. Kedengaran hilai tawa jahat mereka berdua.

"Errr..?"
"Erk?"
Kedua mereka kelu. Masing-masing saling melemparkan pandangan kearah lain. Malu!

"Awak.."
"Ada.."
Kedua mereka berbicara serentak. Seketika mereka tertawa bersama. Sempat mereka bermain mata. Benarlah kata orang, Mencintai seseorang tidak akan mengambil masa yang agak lama. Sebab, datangnya dari mata terus turun ke hati. Tak perlu bicara semanis madu, ia terluah melalui pandangan sahaja. Nurin tersenyum memandang Hilmi yang turut memandangnya dengan sebuah senyuman. Lama.

"Woi !! Jangan lupa ambil selipar jepun kau, tu!" laung Abang Azzam yang dari jauh memerhatikan mereka dan sekaligus mematikan lamunan mereka.

Nurin tertawa kecil manakala Hilmi tersengih sambil menggosok kepalanya beberapa kali. Dalam hati, berharap agar Kasih kita Seindah Bulan Syawal.



glitter-graphics.com



Cerita Dulu | Cerita Baru
Have A Click!

Diary About Stuff Site

Tuan Belog :D


22 YEARS OLD
BACHELOR OF PSYCHOLOGY

FREELANCER WRITER


"Sometimes You Have To Bite The Bullet, Not Only Must You Learn To Accept Their Gaze With Your Eyes But Also With Your Heart"



glitter-graphics.com



REVIEWREVIEW

BLOG 7 PELANGI CINTA. KARYA 7 PENULIS. KLIK SINI!
PENCURI HATI DI ILHAM KARANGKRAF!KLIK SINI
MENCARI CINTA DI PENULISAN2U! KLIK SINI!


CAKAPCAKAP!



glitter-graphics.com


Awesome People !



glitter-graphics.com


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Nurul Atiqah

Best View at GOOGLE CHROME!