Hidup Atas Kaki Sendiri
Thursday, October 2, 2014 @ 8:29 AM | 0 Comment [s]
Bismillah. Aucak Semua ! haha. Agak lama sudah aku tak update entri dek lantaran 'busy'nya seorang manusia yang bergelar mahasiswa. Agak dalm setahun jugak aku tak update *kire hari pakai jari* Yup. Percaya tak percaya, aku dah jadi mahasiswa *oush. sungguh jakunlah* haha. Lepas habis STAM aritu, dengan berkat doa ibubapa, kakak abang, abang ipaq dan kucing- kucing sekalian yang berbahagia di rumah, akhirnya aku berjaya diterima masuk oleh sebuah kolej universiti hak milik penuh Kerajaan Melaka. First, apa yang aku bayangkan setiap kali aku menonton cerekarama yang mana jalan cerita tersebut berkisarkan pasal universiti. Serta - merta otak aku akan imagine these.
Nah, nampaklerr yang aku ni tonton banyak sangat sinetron. muehehe. Abaikan. Jadi, apa yang aku nak ungkapkan. Sedarlah dari mimpi. Bangkit dari lena. Universiti tak seindah apa yang korang tengok kat cerekarama. Korang bawak buku tebal-tebal. Jalan berdua dengan pakwe/ makwe. Kelas full-time beb. Tak masuk kelas, kena potong carry mark. Assignment macam tsunami. Datang tak henti-henti. Adoii. Tutorial lagi. Kuiz yang bertimbun macam gunung Everest. Presentation tak usah cakap. Bertangguh sampai nak dekat final. Kawan-kawan lagi problem. Berebut nak kawan dengan yang tulah, yang nilah. Group Assingment yang masalah tu. Kita separuh mati buat kerja dua hari berturut, yang dia rilek outing dengan pakwe/ makwe *sila rejam beramai-ramai manusia ini* Dengan kawan sekelas seramai 75 manusia yang tak sebulu. Asyik pikir nak menang je, Ikut cakap depa je tahu. Jujur aku cakap, Depa akan menyemakkan fikiran korang. *Jahatnya aku* Dan, time tu jugak. Korang akan rasa betapa membazirnya membeli sebuah telepon pintar Samsung Galaxy Tab atau Ipad dan sekutu dengannya sewaktu kerja dahulu kerana korang akan terbeban dengan masalah duit di universiti. Kenapa? Duit penting ya, sayangg. Duit print assignment, duit makan untuk 6 semester, duit untuk shopping *bahaha*. Bagi ibubapa mereka hak kaya tu, tak usah risau kerana duit akan masuk dalam akaun bank setiap bulan. Tapi, bagi aku yang insan serba sederhana ni, akan rasa malu untuk pinjam duit dengan mak ayah. Rasa macam menyesal gila habiskan gaji aku dulu. *er..* Dan, pernah terpikir untuk cari kerja part- time ketika itu. Malu punya pasal nak mintak duit dengan mak ayah. Adehh. Haha. Hidup kat universiti tak seindah cerekarama yang korang selalu tengok kat tv3. Seyes. Kena berdikari. Terjojol otak aku pikir mana nak dapat duit punye problem. Tapi, apa boleh buat, rezeki aku memang disini. Nak tak nak kena teruskan hidup sebagai mahasiswa. Percaya lah, Allah takkan uji seorang hamba melainkan mengikut kadar kemampuan hambanya. Nah, nak dekat final exam dah pun. Papepun, doakan aku dapat Dekan ne. Nanti tak payah nak bayar duit pinjaman lagi. Jadi biasiswa teruih.. *hikhik* So, Apa yang aku cerita ni, hanya pengalaman. bukan untuk memburukkan keadaan. Hanya berkongsi. Korang jangan lah pulak lepas ni tak masuk universiti pulak lepas baca entri aku ni. *hoho* Jadi, selamat malam semua. InshaAllah, akan update entri lepas publish entri ni. *hoho* Salam semua. :D glitter-graphics.com |
Have A Click!
Tuan Belog :D "Sometimes You Have To Bite The Bullet, Not Only Must You Learn To Accept Their Gaze With Your Eyes But Also With Your Heart" glitter-graphics.com
REVIEWREVIEW
CAKAPCAKAP!
glitter-graphics.com
Awesome People ! glitter-graphics.com
The Credits!
Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn Full Edited : Nurul Atiqah
|