Beauty and The Beast
Wednesday, March 20, 2013 @ 10:15 PM | 0 Comment [s]
Aina mengeluh dihadapan cermin. Berat keluhan gadis 17 tahun itu. Dia leka membelek wajahnya yang menggerutu dek jerawat dan jeragat. Bintik-bintik hitam juga liang-liang roma terbuka luas dan jelas kelihatan di wajahnya yang bujur sirih itu. Sudah pelbagai produk disyorkan oleh mamanya namun penyakit muka di wajahnya sukar dilupuskan. Sudah pula, hanya dia seorang sahaja yang berpenyakit sebegini. Adik beradiknya yang lain pula molek rupa parasnya. Dia sudah tidak tahan lagi menjadi begini.D i sekolah,dia menjadi bahan ejekan rakan-rakan.. "...Muka kurap..!" "..Kudis buta..!" "Cagu aku lagi wangi weii.." "Beast!Beast!" Aina menekup kedua belah telinganya sambil menggeleng geleng keras kepalanya. Air matanya gugur. Deras membasahi pipi. 'Tok..Tok..Tok..' Ketukan di pintu menyentakkan lamunannya. Pantas dia menyeka air matanya. "Ada apa?" soal Aina malas mahu membuka pintu. "Aina dah siap? Dah pukul 7.oo sayang. Mari turun makan. Nanti nak pergi sekolah." Ujar Puan Rafidah mengingati anaknya. Pening juga melihat Aina yang dari tadi tidak keluar dari biliknya. Aina segera menepuk dahinya. Ya Allah! Macam mana lah aku boleh khusyuk sangat duk layan muka sangat ni? Dengan tergesa-gesa,dia bersiap. Sesampainya di pintu pagar sekolah, Aina sudah terlambat. Kelihatan dua pengawas lelaki yang ditugaskan hari ni sudah berdiri tegak di pondok pengawal bersedia mencatit nama pelajar yang datang lewat ke sekolah. Aduh! Terpaksa jugalah dia menebalkan mukanya. "Hei The Beast, datang lewat?" perli Ikhwan sambil tersengih sinis. Ligat tangannya mencatit nama yang tertera di name tag gadis itu. Aina Widya.Cantik namanya. Sedap didengar. Lembut dipendengarannya. Namun, sayang.. Sifat-sifat itu tidak berkait rapat dengan wajahnya. "Apasal datang lambat? Buat facial treatment ke? Kahkahkah!" Kedua lelaki itu ketawa terbahak-bahak dengan soalan dari mulut Ikhwan sendiri. Aina mengetap bibirnya. Geram. Ditenung wajah Ikhwan dalam-dalam. Harap je muka macam artis korea. Tapi, hati hati busuk macam bangkai. "Ikhwan! Dahlah tu, kang dah elok-elok pegang titile The Beast. Tak memasal pulak jadi The Hulk pulak kang!" Nazhin berpura-pura marah. Namun, akhirnya dia tertawa jugak! Serious ! Tak boleh nak tahan.. Kedua mereka masih lagi tergelak lucu. Aina mulai sakit hati. Dengan perasaan marah, Aina berlalu pergi. Malu, sedih, marah bila diperlakukan begitu. Apa? Hina sangat ke muka aku ni? Bukannya aku sengaja nak menambah penyakit kat muka aku ni. Dah memang macam ni! "Woi ! aku tak habis lagi dengan kau!" panggil Ikhwan seraya mencapai bahu kiri Aina. Gadis itu berpaling. Serentak dengan itu, satu tumbukan padu hinggap tepat di pipi milik Ikhwan. Lelaki itu terkejut. Terbongkok dia menahan sakit. Rasakan ! Padan muka! Dengan pantas, Aina berlari menyelamatkan diri bila Nazhin berlari-lari anak menghampiri mereka berdua. Terdengar suara Nazhin yang bertanyakan itu ini. Aina berdebar. Sudah dua hari berlalu namun namanya masih belum dipanggil menghadap guru disiplin. Sejak kes dengan pengawas lelaki bernama Ikhwan hari tu, tiada unsur-unsur tindakan disiplin dikenakan terhadapnya. Kebiasaannya, tercuit kulit pengawas saja, sudah berderet hukuman yang dikenakan. Ni lain pula jadinya. Dua hari berlalu tanapa ada hukuman. Ajaib bin Pelik! Atau...Ikhwan takut padanya?Yalah, makan penumbuk sulung dari tangan The Beast! Haha! Aina tertawa dalam hati. Tiba-tiba... " Aina Widya ada?" suara kasar itu menarik perhatiannya. Dia memandang kearah lelaki yang segak memakai blazer berwarna hitam itu. Lelaki tersebut berdiri tegak dipintu muka kelas. Matanya meliar mencari gadis bernama Aina Widya. Bukan dia tak kenal. Kenal sangat! Penumbuk gadis hari tu masih jelas terasa di pipi kirinya. Seketika matanya menangkap kearah seorang gadis yang duduk di hujung sudut kelas yang sedang tertunduk merenung lantai. Ah..pasti dia! "Hoi!" terasa jari telunjuk itu menunjal ubun-ubun kepalanya. Dia mendongak! Gulp! Mamat ni lagi! Apa? nak minta penumbuk untuk pipi kanan pulak? Boleh! No problem! "Nah,ambil ni!" Ikhwan meletakkan sekeping kertas yang sudah dilipat kemas diatas meja belajar gadis itu. "Baca dan ikut arahan!" arahnya tegas kemudian berlalu pergi. Aina terpinga-pinga. Seketika kemudian dia memandang sekeliling kelas. Banyak mata yang memandang kearahnya. Ada yang berbisik, menjeling sinis. Tak juga ada yang mentertawakannya dengan tawa yang sinis. Iyalah ! Lelaki yang bernama Ikhwan. Siapa yang tak kenal Ikhwan? Lelaki itu anak guru besar sekolahnya. Berkulit putih, korean look, handsome boy, bibirnya merah bak delima, redupan matanya yang bening menjadi tumpuan ramai pelajar perempuan yang memujanya. Tawanya menjadi dambaan. Tubuhnya tinggi, tegap dan sasa.Semuanya perfect! Jauh beza dengan dirinya. Ada jerawat dan jeragat melata di wajahnya. Dia rendah. Kalau dipadankan dengan Ikhwan, pasti orang ramai menyangka dia adalah adik Ikhwan. Adik Ikhwan? Mimpilah kau di siang hari. Sudahlah Kulit badan hitam bagaikan arang. Bulu roma pula lebat membanjiri kedu belah tangan dan kakinya menyebabkan dia malu untuk berbaju lengan pendek di rumah. Namun begitu, dia beruntung dikurniakan rambut hitam yang cantik. Rambutnya yang berbentuk layer itu menutupi sebahagaian mukanya yang 'cacat'. Memang kebiasaannya, rambut pada bahagaian hadapan depan, paras dagu itu sengaja dilepaskan. Dia tidak mahu keaibannya jelas terselah. Cukuplah keluarga terdekat mengetahui 'rahsia' sebenar wajahnya. "Jupe aku kat belakang sekolah after rehat" Aina melipat kertas itu entah beberapa kali. Jenuh menunggu kedatangan jejaka itu. Dia menyandarkan tubuhnya ke dinding. Otaknya ligat berfikir tujuan Ikhwan mahu menemuinya. Mungkin mahu meminta maaf? Atau.. Mengajaknya berkawan? Takkanlah ! Mustahil kebenor! Terasa dirinya umpama The Beast yang tergila-gilakan Si Beauty. Haha! Dunia sudah terbalik! "Aina." gadis itu terus mendongak. Baru pertama kali,dia dikejutkan dengan panggilan itu. Dihadapannya, Ikhwan sedang membalas senyuman dengannya. Ahh ! Cair beb..Lentok habis. "Hoi!" Gadis itu tersentak. Hilang segala lamunan indahnya bersama Ikhwan. Dilihatnya Ikhwan sudah tersengih kambing. "Sorry lambat. Aku baru habis meeting dengan cikgu." jawabnya tanpa dipinta. Direnung wajah Aina yang ditutupi dengan rambut itu. Ingin benar dia menyelak helaian rambut gadis itu kebelakang dan meneliti raut wajah gadis itu. "So,wassup?" gadis itu bersuara tanpa memandangnya. Takut jatuh hati! Ikhwan menggaru kepalanya yang tidak gatal.Lambat-lambat dia menutur sesuatu. "Aku..nak minta maaf.." Terjungkit kening Aina walaupun dia tahu lelaki itu tidak dapat melihatnya. Maaf? For what? "Maaf untuk apa?" soal Aina walaupun dia sudah dapat meneka. "Aku banyak ejek kau. Aku minta maaf sangat-sangat." jujur Ikhwan berkata. Aina terdiam. Kelu lidahnya untuk berkata-kata. Maaf? Semudah itu. Tidak! "Baru kau sedar? Selama ni? I need an explanation here." Tegas suara Aina. "Sejak kau tumbuk aku hari tu. Banyak yang kau dah sedarkan aku. Terima kasih banyak-banyak." Ikhwan tersenyum nipis. Aina menahan gelora hatinya. Terbuai jiwa gadisnya bila lelaki itu tersenyum . Hish!! Jangan terlalu over gedik, Aina! Tegas! Aina berdehem beberapa kali. "Aku..teringin nak berkawan dengan kau..." ujar Ikhwan. "Kawan? Kau tak malu ke kawan dengan aku?" tanya Aina perlahan. Entah kenapa, terasa air sejuk mengalir dicelah-celah hatinya kini. Tenang. "Decide you want it more than you are afraid of it" tenang Ikhwan berkata. Aina terdiam. Mendalami maksud sebenar Ikhwan. Dia takut Ikhwan hanya mempermainkannya. Bukan senang Ikhwan Si Beauty boy mahu berkawan dengannya. Aina teragak-agak. 'How can i love when i afraid?' Terngiang-ngiang bait lagu A Thousand Years nyanyian Christina Perri. Aina sudah tercegat dihadapan Cikgu Rizal yang sibuk meneliti kertas kerja Pertandingan Menyanyi Suara SMKS. Sesekali matanya melirik kearah Ikhwan yang sesekali memerhatinya dari hujung pintu. Kalau bukan disebabkan paksaan Ikhwan, takde maknanya dia masuk pertandingan bagai. Ikhwan lah yang beria-ia memasukkan namanya sebagai peserta Pertandingan Menyanyi Suara SMKS. Ikhwan yang secara rasminya menjadi temannya sejak tiga hari lepas mengesyorkan dia memasuki pertandingan tersebut. "Suara kau sedap apa!" ujar Ikhwan bersungguh-sungguh. "Aku mana reti menyanyi. Lagipun. penampilan aku..." "Shut your lips please.." Ikhwan berjeda seketika. " Tuhan adakan kekurangan dan kelebihan setiap manusia.Do not afraid of it." pesan Ikhwan tersenyum nipis. Aina terkaku. Jemari Ikhwan menekup lembut mulutnya. Bau minyak wangi Hugo Boss menusuk kedalam hidungnya. Wangi! "Pasal tu, kemudian kita bincang.yang penting kita practice lagu tu." Aina tertunduk lemah seiring dengan tangan lelaki itu. 'For you,e verything, anything i will do..' Baliknya dari sekolah, Puan Rafidah sudah menerpa kearahnya. "Aina, mama ada dapat discount 80 percent kat satu butik ni. Mama ingat nak hantar kau kat sana." Ajak Puan Rafidah girang. Aina menoleh malas. "Discount apa?" "Ni haa.. Kat Butik Sofie. Pakej 2 dalam 1. Facial treatment dan SPA. Mama teringin nak ajak kau. Ubah sikit penampilan tu. Kawan mama cakap, tiga minggu dah elok." "Tak payahlah ma. Membazir! Muka tak ubah-ubah jugak." "Tak! Kamu wajib kena pergi. Besok hari sabtu. Ikut mama ke sana.Ramai kawan mama saran pergi butik tu. Bagus! " Pujuk Puan Rafidah bersungguh-sungguh. Aina menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Tengoklah macam mana.." "Hah? Macam mana?" tanya mama sebaik sahaja Aina keluar dari bilik persalinan. Ditenung wajah Aina yang sudah mula menunjukkan kesan-kesan positif sejak dua minggu ini. Jerawat dan jeragat berkurangan. Bintik-bintik hitam sudah hilang. Pori-pori pula jelas mengecil. Tona kulitnya pula kelihata agak cerah berbanding dahulu. "Okey." Komen Aina sambil tersenyum lebar. Puan Rafidah menarik nafas lega. Aina kembali berkeyakinan dengan penampilan dirinya. Alhamdulillah.. Tiga minggu kemudian, Pertandingan Menyanyi Suara SMKS sudah pun bermula tepat pukul 9.OO malam. Para peserta sudah mengambil tempat masing-masing namun kelibat Aina belum muncul-muncul lagi. Ikhwan yang ternanti di muka pintu dewan resah. Dalam hati, dia berharap agar Aina datang tidak menghampakannya. Dipegang kejap gitar akustik yang menjadi teman setianya waktu mereka berdua berlatih vokal bersama-sama. Dari jauh,kelihatan seorang gadis memakai blouse bertanah putih dan berpolka dot hitam dipadankan dengan skirt labuh berwarna pink. Dia menapak perlahan menghampiri Ikhwan yang resah menanti. " Tunggu aku?" sapa Aina. Ikhwan menoleh. Gulp! Siapa ni? Najwa Latiff? Eh, bukanlah! Diamati wajah gadis itu. Lama benar. Ikhwan seperti tersedar. Aina! Dipandang dari atas ke bawah, dari bawah keatas cuba menyempurnakan lagi spekulasinya. Sah! Aina ! Ikhwan jelas terkejut. Aina banyak berubah. Rambutnya yang selama ni dibiar lepas disepit dengan klip rambut berwarna putih. Wajahnya disolek tipis. Jelas raut wajah itu berubah. Jerawat tiada lagi. Jeragat sudah berkurangan. Bintik hitam terhapus sudah. Satu lagi, Aina sudah pandai bergaya, pandai bersolek menampakkan serinya. "Ehem..Yang kau tengok aku macam nak terkam bagai, kenapa?" Soal Aina selamba .Dia dapat meneka reaksi Ikhwan. Terkejut ! Ini baru seorang, belum lagi penonton-penonton yang bakal memerhatikannya beraksi diatas pentas sebentar lagi. Ikhwan tergelak kuat. Aina pula tercengang. Sawan atau.. Parkinson? Skizofrenia barangkali? Entah.. "Lawa !" sepatah keluar dari mulut Ikhwan. "Nampaknya The Beast dah tukar jadi Beauty. Jatuhlah title aku ! Kau dah rampas." gurau Ikhwan. Aina tersipu-sipu. Dia menumbuk bahu Ikhwan perlahan. "Joker.." "Dah lah..aku masuk dulu." Aina berlalu masuk kedalam dewan melalui pintu belakang dewan tersebut. Ikhwan hanya memerhati dengan senyuman. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. "Eh Aina!" Langkah gadis itu termati. "Apa?" Dia memandang Ikhwan hairan. Ikhwan menghampirinya. Dia menghulurkan gitar akustik kepadanya. "Untuk kau. Dari aku. Good luck pal!" Aina memandang Ikhwan lama. Kemudian dia tersenyum. Perlahan dia mencapai gitar akustik tersebut. " Terima kasih.." Aina berlalu dengan senyuman yang lebar. Di satu sudut, Ikhwan tersenyum sendiri. Menghayati bait lirik-lirik yang dinyanyikan oleh Aina. "....Mungkin kita pernah rasa tentang cinta..Yang takdirnya bukan untuk kita..mungkin ini adalah cara meluah cinta, tanpa berkata atau berpandang mata..Mungkin aku mencintaimu walau engkau tak pernah tahu,mungkin aku mencintaimu tanpa lelah ataupun jemu..i m sorry but i love you,im sorry if i miss you,even i i cant have you,u know i always be that for you...." -najwa latif- glitter-graphics.com |
Have A Click!
Tuan Belog :D "Sometimes You Have To Bite The Bullet, Not Only Must You Learn To Accept Their Gaze With Your Eyes But Also With Your Heart" glitter-graphics.com
REVIEWREVIEW
CAKAPCAKAP!
glitter-graphics.com
Awesome People ! glitter-graphics.com
The Credits!
Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn Full Edited : Nurul Atiqah
|